Sabar

Nurul!!! Seriously hang nak kawin lari??? Kenapa?? Yee… Let me tell my story please.

Once upon a time.. cewahh cewahh hahaha acah² macam cite dongeng Mat Salleh pulak dah.

Kita tak kan tahu sesuatu benda tu macam mana sakitnya pedihnya koyaknya mental bila kita tidak berada di tempat seseorang tersebut.

Ibarat kata sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul.

Buat beberapa orang di dunia ini, keluarga bukanlah tempat pulang. Melainkan tempat yang menakutkan dan tidak aman. Tiada ketenangan.

Rasanya terlampau banyak memori yang buruk tercipta. Dihina, dimaki, dibandingkan, di abaikan itu yang menyeramkan.

Keluarga mungkin ada, tapi rasanya macam tiada.

Perkenalkan nama saya Nurul. Anak kedua dari 3 beradik. Ibu merupakan suri rumah manakala ayah bekerja sebagai buruh.

Alhamdulillah bersyukur keperluan tercukupi. Tapi tidak dengan emosi dan mental kami 3 beradik.

Tuhan bagi ujian kerana Tuhan lebih mengetahui kita mampu menanggung ujian tersebut.

Dulu sehingga sekarang ibu memang perangai seperti itu tidak pernah berubah. Keras betul hati ibu. Panas barannya, kuat memaki, membandingkan, menghina, membuat kami rasa down.

Tapi diantara kami 3 beradik. Saya la yang selalu dibuat seperti itu. Kerana apa?

Kerana saya yang berani mempertanyakan semua benda.

Ibu tanpa anda sedar atau tidak ibu yang mengajar saya menjadi kedekut sama engkau, mengajar saya melawan engkau, mengajar saya untuk tidak perlu memahami engkau. Itulah anda ibu.

Setiap kali bila orang tanya sayang ibu? Saya punya fikiran selalu terimbas memori yang menyakitkan hati tentang bagaimana ibu melayani saya sedari kecil.

Hati kecil ku ingat menjerit tapi akal ku berkata sabar. Ini ujian.

Pernah dia cakap kenapa kami biadap, tak dengar kata? Padahal dia lupa dari mana kami belajar semua itu? Fikirkan wahai ibu.

Jadi ibu jika saya bertindak tanpa mendahului engkau maafkan saya. Jika keputusan yang saya buat amat menyakiti engkau maafkan la.

Kerana ini hidup saya, saya yang tentukan bagaimana jalan hidup saya. Ko ibu tidak berhak untuk menentukan kehidupan saya.

Kalaupun ko ingin mengungkit segala benda yang ko rasa terbaik ko buat semasa kami kecil. Dipersilakan. Memang tiada manusia yang ikhlas di dunia.

Eh, Ada tapi sikit. Orang tua yang sepatutnya memberi contoh yang baik pada anaknya tapi boleh mengungkit bila anaknya tidak mengikut kehendaknya. Allah.

Ini hidup saya, saya berdiri di atas kaki sendiri. Kami anak tidak minta lahir d dunia ni. Jadi jangan guna kata² “bersyukur kami lahirkan ko di dunia”.

Kalau boleh memilih kami mau jadi pokok saja ka batu. Kalau tahu dapat ibu berperilaku seperti engkau.

Itulah ibu yang seharusnya dihormati, disegani tapi menjadi buruk d mata anaknya kerana dia sendiri yang menjadikan citra ibu itu rosak.

Ibu kamu yang minta sama Tuhan diberikan anak. Anak tidak tahu menahu tentang dunia sejak dilahirkan, suci bersih. Kamu la yang mencorakkan nya.

Dan bila anak itu menjadi kurang ajar di mata mu ibu kamu lupa apa yang kamu perbuat kepada anakmu sedari kecil.

Setiap kali ibu marah keluar semua nama binatang. Selepas da tenang lupa balik apa yang dia katakan ketika marah… huuu.

Tiada dendam cuma hendak menjauhkan diri saja dari ibu sebelum kesabaran & kewarasan akal saya hilang.

Kesimpulannya, semua wanita di dunia ini sebelum kalian menjadi ibu. Bahagiakan diri kalian sendiri terlebih dahulu.

Buat apa yang kalian sukai. Kerana anak yang baik lahir dari rahim ibu yang bahagia. Bahagia, bersyukur & ikhlas…

Semua rasa sakit hati, mental, emosi, saya simpan di otak saja.

Tuhan sayang sama kami, itulah Tuhan bagi ujian tersebut pada kami supaya kami menjadi orang tua yang baik untuk anak² nanti.

Dari ini ditulis hingga masa akan datang sebelum ajal menjemput saya, saya belajar untuk memaafkan apa yang ibu buat dengan saya.

Setiap kali memori buruk bersama ibu datang setiap kali tu la saya akan cuba maafkan.

Dunia tempat ujian, kadang menangis, kadang tertawa, kadang terjatuh, kadang naik. Itulah dunia, tiada yang kekal.

Bersederhana lah dalam melakukan sesuatu. Ingat Tuhan Allah SWT insyaallah hati tenang.

– Bianca (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *