Sahabat Jannah

Terima kasih admin siarkan artikel ini… =)

Whatsapp group is created on 23.11.2015…

“Sahabat Jannah”

“Assalamualaikum semua. Aku namakan group ni sahabat Jannah. Maksudnya kita bersahabat sampai ke Jannah ya”..

Aku A, sahabat tiga orang lagi ialah B, W dan N.

Tentang B

Dalam group tu aku dengan 3 orang sahabat. dua budak kelate dan sorang budak Ganu. Aku budak Sabah. Sorang budak kelate tu namanya B. Dalam satu batch kos aku tu, dia sorang yang satu kepala dengan aku. Tapi kalau di nilai tahap intelektual, dia lagi tinggi tahap intelektual daripada aku. Aku bahagia dapat berkawan dengan dia. Walaupun pernah sorang pak cik kata aku dengan dia ni macam ayam dan itik. Sorang cakap pelat Sabah pekat, sorang lagi cakap pelat Kelantan pekat. Tapi tak apa, aku bahagia. Aku faham juga loghat kelante boh.

Baru kenal dia first year di Universiti, macam aku rasa dah lama kenal dia. Cepat masuk kali, tu yang terus senang nak bergurau semua tu. Dia seorang yang sangat tepati masa, dan sangat prihatin dengan semua kawan-kawannya. Dalam batch kos aku, dia agak pendiam. Kalau tak ada yang tegur, dia akan diam sahaja. Kalau dengan aku, belum sempat aku duduk dalam kelas, dia dah membebel. Haha sampai aku kata dengan dia, “dengan aku kau bising ja eh, banyak pula cerita kau”. Dia terus ketawa “dengan kau lain, dengan kau aku boleh masuk air haha”

Dia seorang yang sangat baik sampai aku pun kadang-kadang geram dengan dia. Bukannya apa, aku tidak mau dia sampai susahkan diri dia. Aku selalu cakap dengan dia, janganlah baik sangat. Kau baik sangat sampai kau pula yang jatuh susah B. “Tkpa, aku tak sampai hati nak biarkan macam tu je. Kau rileks je ye”. Kalau banding dengan aku, aku ni selalu tak menepati masa dengan dia. Selalu dia yang tunggu aku, rasa bersalah juga sebenarnya. Sebab dia la, aku belajar tepati masa, on time haha.

“A, bilalah kita dapat keluar ikut pintu nih. Keluar ikut tingkap pun jadilah”

Mesti korang tak faham kan, macam ni. Kos kami ni klinikal. Jadi kami perlu melalui exam klinik, ospe, osce dan viva untuk lulus dan grad dengan jayanya. Aku dengan B ni agak lambat sikit, berbanding sahabat kami N dan W. ada satu masa tu exam klinik kami tidak lepas, maksudnya failed la. Jadi kami kena buat klinik tambahan masa cuti sem. Jadi, dialah tempat aku kongsi masalah aku. Begitu juga dia, banyak dia kongsi dengan aku. Aku bersyukur dapat tajaan JPA, dia dapat PTPTN sahaja, tetapi memandangkan aku dari Sabah. Aku kena save banyak juga duit utk persediaan balik KG. Lepas jumlahkan perbelanjaan, lebih kurang sama ja kos kami untuk survuve di bumi KL ini. Lupa nak cakap, kami belajar di ibu kota. Chehh.

Dapat keluar pintu : lulus dan dpt grad dengan jayanya. Tulah term kami. Biasalah budak banyak berpuisi. Mengharungi kehidupan siswi kampus dengan mereka membuatkan rasa pahit nak ulang exam tu kurang sikit. We motivate each other. Kami belajar sama-sama, tak ada duit, kami pekena nasi bujang. Siapa tahu nasi bujang? nasi+telur goreng+sambal+kuah sup = RM 3 shj (kalau tak silap). Sedapp.

Last semester, aku dengan dia amik part time kerja hujung minggu. Duit dah habis untuk tiket raya huhu, jadi kerja la. Minta dengan family memang malu dah. Aku kerja di Bukit Bintang. Dia kerja di Berjaya Times Square. Malam aku habis pukul 9.30 malam. Dia akan habis pukul 10 malam. Habis kerja, aku tunggu dia balik. Baru kami makan sama-sama. Masa tu la, kami shared cerita satu hari tu. Cerita tentang impian, kerjaya dan apa yang kami akan rancang lepas ni. cerita sedih dan gembira. Dia pendengar yang baik, walaupun cerita aku tah apa-apa, dia tetap dengar. Buat-buat dengar… haha

And the time comes.. kami dapat grad dengan jayanya. Gembira tak terkata.

“B, kita dah dapat keluar pintu dah. Kau pergi konvo kah”

“Taklah A, aku nak kumpul duit. Nak start cari kerja dah. Bantu keluarga aku”

Kehidupan kampus tamat dengan jayanya. Aku dapat kerja di Sabah. Dia dapat di Kelantan. Kami masih berhubung kadang setiap hari. Ketika di alam pekerjaan, kami masih memberi motivasi antara satu sama lain. We encourage each other.

“Kau rindu aku tak”

“Of course la rindu, hok aloh”

Perancangan Allah lebih baik dari segalanya. Tak sangka 11 Februari 2019, terakhir kau mesej aku. 12 Februari 2019, aku call kau malam tu lepas aku balik kerja, tapi tidak dapat. Aku ingatkan kau tidur awal, biasalah kau jenis yang tidur awal kan. Kau tak suka kena ganggu kalau dah tidur. Jadi aku pun tak call balik-balik. Dan 13 Februari 2019, N call aku ketika aku di tempat kerja.

“B dah tak ada”

Aku hilang fikiran seketika sahabat. Aku hampir pengsan. Aku kuatkan langkah aku, aku simpan sebak itu. Aku tunggu sampai aku habis kerja. Aku diam, aku anggap ia cumalah mimpi. Aku lepaskan tangis aku dalam bilik. Aku telengkupkan mukaku pada bantal. Aku istighfar ulang kali, aku tidak ingin kau sedih. kau selalu cakap kalau sahabat kau nangis “tak payahlah nangis, buruk muka tu kalau nangis”. Aku senyum seketika, tapi aku tak mampu. Aku ambil wudhuk dan capai Yassin. Aku baca untuk kau sahabat. Baru nak baca, air mata aku laju mengalir.. aku tarik nafas dalam-dalam. Satu kata-kata kau yang paling aku ingat “hargai orang yang ada dekat dengan kau sekarang”

“Assalamualaikum semua. Aku namakan group ni sahabat Jannah. Maksudnya kita bersahabat sampai ke Jannah ya”..

Aku imbas kembali, aku senyum. Semoga Allah tempatkan kau di kalangan orang yang beriman. Jumpa di syurga, cari aku kalau aku tak ada sahabat. Al fatihah buat B.. Aku rindu kau.

– A

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *