Sahabat vs Ahlul Bait

Assalamualaikum, baru-baru ni aku ada terbaca satu posting tentang sahabat nabi yang masuk syurga, (https://iiumc.com/kenapa-talhah-bin-ubaidillah-dijamin-syurga/). Alhamdulillah posting nya sangat bagus dan aku nak ucapkan tahniah buat confessor tersebut.

Ok, kali ni aku cuba nak sampaikan pendapat aku berkenaan dengan figure figure dalam sirah Islam. Of course yang paling popular secara umumnya adalah para sahabat Nabi s.a.w.

Dan sudah tentu antara para sahabat yang sering dijadikan role model antaranya adalah para Khulafa Rasyidin selepas Nabi s.a.w. Tak dinafikan mereka adalah para sahabat yang sangat dedikasi terhadap perjuangan Islam bersama Nabi s.a.w.

Okay, kita kembali kepada topik asal. Iaitu Sahabat vs Ahlulbait. Barangkali akan ada yang berfikir yang aku ni seorang syiah, sebab cuba sampaikan soal ahlulbait dan sahabat..hehe. Tapi aku tau di mana garis pemisah antara syiah atau tidak apabila bicara soal sahabat dan ahlulbait.

Sebelum tu, agak penting untuk aku beritahu bahawa tujuan posting ni bukanlah untuk pembaca memilih samada sahabat atau ahlulbait. Tujuan aku tulis posting ni lebih untuk menjernihkan apa yang kita faham secara umum terhadap para sahabat dan ahlulbait.

Sebab apa aku nak sangat tulis posting ni, sebab nya dalam komuniti Islam moden kita akan jumpa banyak firqah dan macam-macam versi sirah dalam Islam. Kalau ikutkan dalam kategori para sahabat vs ahlulbait ni, sering yang menjadi perdebatan dan percanggahan pendapat adalah antara Sunni dan Syiah.

So sebab tulah aku tulis posting ni, supaya apabila kalian kebetulan satu hari termasuk dalam kancah perdebatan, diskusi, atau perbincangan mengenai hal ini, para pembaca boleh untuk menilai atau ada cara respon tersendiri terhadap hal ni.

Sebab isu para Sahabat dan Ahlulbait ni sangat kontroversi, twist cerita sikit boleh bergaduh. Dan perdebatan tentang hal ini bukan baru sahaja timbul hari ni, sebaliknya dah zaman berzaman topik ni sering dibincang, dibantah, disemak dan diulang ulang.

Dalam ruangan confession ni, mungkin agak terhad untuk aku petik sekian-sekian riwayat itu ini tentang hal ni. Aku cuma mampu sampaikan konsep atau garis pemisah supaya kita tak terjerat dengan isu polemik macam ni.

Sebenarnya sebelum aku nak sampaikan hal ni, aku dah berjumpa dengan beberapa individu baik dari kalangan Sunni, Syiah, Sufi dan lain2 dan minta pendapat mereka tentang para sahabat dan ahlulbait.

Aku berjumpa dengan orang Sunni, mereka sangat menghormati dan menerima ahlulbait serta para sahabat. Tetapi lazimnya dalam Sunni hanya mengetengahkan para sahabat dan jarang sekali untuk bercerita tentang ahlulbait. Mungkin sebab tu tak ramai dari Sunni yang tahu peristiwa kesyahidan cucu Nabi s.a.w di padang Karbala.

Kemudian aku berjumpa dengan kawan Sufi, mereka lebih kurang dengan orang Sunni. Menghormati dan meneriama para sahabat. Dan bezanya dengan Sunni terdapat beberapa sufi yang gemar merisalahkan ajaran Imam Ahlulbait (Imam 12).

Seringkali aku terjumpa dengan artikel rohani sufi yang pasti ada petikan mutiara kata salah seorang Imam 12, iaitu Imam Jaafar Sadiq. Dan aku sangat meminati dengan Imam Jaafar Sadiq.

Kemudian aku berjumpa dengan Syiah, mereka amat berbeza berbanding 2 golongan yang aku jumpa sebelumnya. Orang Syiah sangat berprinsip dalam memahami para sahabat dan ahlulbait. Mereka hanya pilih satu antara 2. Iaitu ahlulbait dan menolak para sahabat. Tapi tak ada lah sampai semua para sahabat yang ditolak.

Para sahabat yang ditolak itu kebanyakannya ada kedudukan terhormat dalam komuniti Islam. Dan sahabat yang paling ketara mereka menolak adalah Hz Umar dan Hz Khalid Bin Walid…aku pun tak tau apa pasal.. hihihi…

Soal ahlulbait pula, mereka sangat menghormati sehinggakan ada ritual ritual tertentu bagi menambahkan kecintaan terhadap ahlulbait seperti tawassul dan mengamalkan doa-doa yang diajarkan ahlulbait. Jadi, untuk jadi seorang syiah, kau harus mencintai ahlulbait dan menolak beberapa para sahabat. Kalau tidak berprinsip begitu, kau tak boleh jadi syiah sejati.. hehe.

Okay, Konklusinya. antara para sahabat dan ahlulbait masing-masing punyai kelebihan tersendiri yang kita boleh ambil pelajaran dari mereka. Bagi para sahabat kita boleh mempelajari bagaimana mereka mendedikasikan diri buat agama Islam, prinsip pengorbanan dan kesabaran begitu tinggi.

Ahlulbait pula mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri kerana mereka mempunyai pertalian darah secara langsung dengan Nabi s.a.w melalui Hz Ali dan Hz Fathimah Zahrah. Hz Ali merupakan antara para sahabat dan keluarga nabi yang sangat mahir dalam berpidato.

Maksudnya pidato beliau tu tak ada lah sampai teriak-teriak terdengar suara berbatu-batu.. haha. Maksudnya pidato, kebijaksanaan berkata-kata Hz Ali r.a mudah menghiburkan jiwa manusia terutama sekali mutiara kata Hz Ali terhadap alam kehidupan.

Jadi, berkenaan dengan hal ini, garis pemisahnya kita tak perlu terlalu ghulluw atau fanatik terhadap sebelah pihak. Bilamana kita terjebak dengan perdebatan macam ni, perlu hati-hati dan firmkan diri untuk tidak menjadi fanatik.

Bila ada golongan yang fanatik sebelah sahabat, raikan sahaja kelebihan para sahabat dan terima juga kelebihan ahlulbait. Dan bilamana berjumpa dengan yang fanatik ahlulbait, raikan dan pelajari kelebihan ahlulbait, dan tak perlu ikut sehingga memisahkan antara ahlulbait dan para sahabat.

Konsep ini penting sebab dalam kitaran kehidupan komuniti Islam, yang menjadikan Islam itu gagal adalah persetelagahan antara umat. Dan pertelagahan sering terjadi bekaitan dengan fakta-fakta sejarah dan mencetuskan fanatism ke arah sebelah pihak.

Apabila fanatisme ke arah sebelah pihak berlaku, maka akan bertembung 2 gelombang fanatisme yang berlainan arah dan akhirnya menjatuhkan maruah Islam itu sendiri.

So sebagai generasi Muslim yang muda, kita perlu lebih bijak supaya tak terjerat dengan isu-isu pertembungan macam ni, sejarah komuniti Islam yang busuk atas sebab fanatisme perlu diubati dengan prinsip dan pegangan yang berbeza dari generasi Muslim yang lebih muda.

– Zahid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *