Sakit Rasa Dikhianati

Assalamualaikum. Tujuan aku menulis confession ini adalah untuk mendapatkan pandangan / pendapat berkaitan ujian yang aku hadapi sebulan yang lalu.

Aku sudah istikharah dan berdoa, tapi nampaknya masih buntu.

Aku wanita 43 tahun (sudah matang dan boleh buat keputusan sebenarnya, tapi untuk ujian kali ini aku betul-betul tiada idea).

Bersuami dan mempunyai 6 cahayamata, 3 ada bersama kami dan 3 lagi sudah kembali pada Allah.

Tahun ini genap 16 tahun usia perkahwinan. Kami bercinta 2 tahun sebelum kahwin. Alhamdulillah, bahagia (Aku mudah adapt dengan masalah kecil dan besar – jarang2 stress, so aku assume journey 18 tahun berkenalan dan bersama suami adalah bahagia pada skala 8/10 – alhamdulillah)

Aku berniaga, every month alhamdulillah walaupun pendapatan kecil, tak pernah takde gaji. Suami kerja tak tetap. 2 tahun lepas berhenti kerja dari sebuah firma dan ambil keputusan kerja sendiri sebagai Pemandu Peribadi.

Jadinya pendapatan suami hanya cukup sara dirinya sahaja, besar kemungkinan ada lebihan Cuma aku tak pasti dia buat apa, Cuma baru-baru ini selepas 1 kejadian, aku mula paksa dia untuk tanggung yuran transit anak dan bayar bil elektrik (tujuannya supaya dia take responsibility setelah hampir 16 tahun aku tanggung segalanya)

1 malam, dia pulang lewat dari JB. Entah kenapa tiba-tiba aku terfikir untuk cek handphone milik anak2 malam itu (sebelum ini kerap cek tapi tak terjumpa yang pelik-pelik ketika itu).

Luruh jantung aku bila terjumpa SAYANG, LUV U, RINDU, dekat henfon anak, message dari suami kepada seorang wanita. Aku baca overall 70% dari message. Rupanya henfon anak ada link dengan messanger milik suami.

On the spot, aku screenshot dan tanya dia APA INI ? Aku tanya dia, macam inikah balasan awak untuk isteri yang selalu awak tinggalkan (kerja), dengan tiada nafkah zahir (95% perbelanjaan keluarga aku tanggung) dan batin (suami diabetes dan sudah tidak mampu beri layanan atas katil sejak setahun lepas).

Aku benar2 tersentak dan rasa dikhianati. Betul-betul rasa jijik bila gambar2 selfie suami dikirim pada perempuan itu berserta kata2 manja.

3 hari, aku tidak menangis. Makan pun ala kadar. Ujian kali ini benar2 buat aku fikir mahu keluar dari perkahwinan. Selama tempoh 16 tahun bersama suami, hampir 4 kali dia pernah berbalas message begini dengan perempuan yang berlainan.

Aku maafkan dia atas sifat kemanusiaan. Bagi aku, dia ataupun aku tak lari dari kesilapan (tapi aku tak pernah curang dan betul2 jaga ikhtilat – apatah lagi kami sudah pergi menunaikan haji, so nak jaga mabrur)

Hari ke 4 aku menangis sepuasnya. Suami pujuk dan minta maaf. Dia ceritakan segalanya.

Perempuan itu sahabat lama di universiti, dulu mereka sama2 suka tapi tak pernah luahkan, sehinggalah suami dan aku berkahwin.

Terjumpa semula 3 bulan yang lepas, PEREMPUAN ITU SUDAH BERKAHWIN DAN ADA SUAMI (bukan janda). Allahuakbar.

Mereka decide untuk panggil sayang2 sebab terkilan kenapa tak pilih each other untuk jodoh mereka (nampak kebodohan di sini, jodoh Allah tentukan bukan korang la hanat). Mereka memang berjanji untuk hentikan perhubungan ini kerana bagi mereka hubungan ini tak akan kemana (agak bodoh di sini, sepatutnya fikirkan dosa)

Kali ini aku baru merasa dan tahu apa itu stress. Aku reverse kereta boleh terlupa sudah tekan brek atau tidak. Driving rasa macam kereta terbang. Tanya homework anak berulang-ulang sampai anak confused, staff kata nampak aku bercakap sorang2. Semua tu di luar sedar.

Allahuakbar. Alhamdulillah, aku tersedar, yang aku letak kasih sayang pada manusia berlebihan. Jarang-jarang aku menangis untuk Allah. Inilah hikmah yang aku nampak. Baiknya Allah, aku masih boleh tidur lena dan pergi kerja macam biasa di sebalik ujian kecil ni.

Suami dan perempuan itu berjanji putuskan hubungan. Aku tarbiah, tazkirah cukup2 mereka berdua siap loudspeak phone. Aku beritahu ibu mertua, supaya suami kena tiow dengan ibunya.

Tetapi, kerap-kerap moment sedih ini mengganggu aku, disebalik kata REDHA dengan ujian itu. Banyak perkara yang aku fikirkan.

Pada usia 41 tahun, aku rasa sudah muak dengan masalah skandal suami. Aku sudah mula jemu untuk menyara perbelanjaan keluarga. Aku mula terfikir, ada baiknya jika aku cari BAHAGIA AKU SENDIRI.

Aku luahkan cara berhemah pada suami. Dia menyesal dan berkali-kali mohon maaf.. Jujur, aku sayangkan keluarga, tapi kali ini benar-benar rasa dikhianati. Sekiranya bercerai, aku berjanji untuk jadi kawan yang baik untuk suami. Tetapi, aku mensyaratkan nafkah zahir perbelanjaan anak2 berjumlah RM 1,000.00 sebulan.

Aku fikir, mahu BAHAGIA sendiri. Bukan untuk berkahwin dengan orang lain. Aku mahu pergi bercuti, mahu lebih masa untuk hobi, pergi kursus yang saya minati, mahu buka cabang perniagaan baru.. Banyak impian aku yang tertangguh kerana asyik bantu suami. Aku ada beritahu suami mengenai ini, suami hanya diam.

Sehingga kini, aku masih belum nampak bayangan samada perceraian adalah jalan terbaik atau tidak. Aku pun tak pasti suami betul2 sayangkan aku, tapi aku tak pernah bersangka yang suami mahu mempergunakan aku. Aku sayangkan suami tapi aku rasa macam kena sayang Allah dan diri sendiri lebih.

Selfish ke aku jika aku mahu bercerai? Memang betul kah perceraian akan buat aku jadi manusia yang lebih bahagia atau aku belum cukup berkorban? Aku buntu.

– LIA ATHIRAH – PERAK (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *