Sakit Yang Tak Sembuh-Sembuh

Assalamualaikum semua.Terima kasih kerana sudi baca masalah aku .Aku minta maaf awal2 kalau cerita aku ni panjang sangat dan banyak typo buat korang jadi pening nak baca.

Aku perkenalkan diri aku dulu.Aku perempuan berumur 22 tahun.Belajar di luar negara dalam kos agama dan anak sulung dari 5 beradik.Aku juga memang mengalami sakit kepala yang kerap hampir setiap hari (masa tingkatan 4&5) dan berkurang sedikit bila masuk universiti di Malaysia.

Aku fly ke luar negara pada Oktober 2014 dan sepanjang aku berada di sana ,alhamdulillah aku susah sangat kena sakit kepala.So,aku fikir mcm dah sihat lah .Aku pun tak tahu kenapa aku macam tak ada sakit kepala je kat sana.Siap boleh sukan ,hiking,berjalan jauh sana sini lagi.Kiranya mmg enjoy tanpa rasa ada sakit kepala tu.Tapi ,tiba2 sesuatu yang tak diduga telah datang kepadaku iaitu awal Mac 2017,aku diserang sakit kepala yang sangat teruk.Tak boleh nak bangun,rasa nak baring je.Seminggu sakit tu tak hilang2,aku pergi jumpa doktor.Doktor suruh aku buat x-ray bahagian leher.Keputusan x-ray menunjukkan bahawa tulang leher aku straight(x curve mcm org normal yg lain).Aku pun buat ct scan kepala tapi takde apa2,okay je.Pastu doktor cakap tulang leher tegak nilah punca aku sakit kepala tu.Aku pun ada google pasal benda ni.Memang ada sakit kepala yang disebabkan oleh tulang leher tegak namanya Cervical Headache.Aku pun kena cek darah dan analisa daripada ujian darah tu menunjukkan aku mmg kurang darah merah.Aku ni dikategorikan sebagai pesakit anaemia jugaklah sbb doktor kata aku ni nampak pucat ,cepat letih,mengah dan selalu penat.Lagi satu,aku jugak ada cek jantung dan doktor cakap ada injap bahagian kiri jantung yang tak tutup rapat yang boleh menyebabkan benda yang tak diperlukan masuk ke dalam jantung ,tulah yg jadikan cepat penat jugak.Tapi doktor kata ini masalah kecil je,insyaallah takde apa2 dan ini bukan punca sakit kepala tu.Cuma dia mmg cakap yg tulang tegak tulah punca utama sakit kepala sebab saraf terhimpit.Memang sakit guys,sbb 24 jam setiap hari aku sakit.Ya Allah,mmg aku pun tak tahu bika aku boleh sihat semula.Then,aku makanlah ubat yg doktor bagi dan buat exercise leher yg doktor bagitahu supaya boleh dptkan curve leher tu balik.

Dah sebulan makan ubat ,takde apa2 perubahan smpai hujung bulan 4,aku beli bantal curvical yg elok untuk betulkan leher.Bila dah sebulan guna bantal tu,pun takde rase kurang langsung sakit kepala aku ni.Lepastu,awal bulan 6 2017(awal Ramadhan) aku nekad nak balik Malaysia,nak berubat kat Malaysia je.Yelah,kat luar negara tu dgn masalah bahasa tambah duit belanja tak cukup nak rawat kat sana.Lagi sedih sebab aku TERPAKSA tinggalkan sem terakhir aku dalam ijazah yang mana aku boleh habis dalam bulan 8 2017 dan boleh graduate semata2 nak rawat sakit aku yang dah berbulan2 ni.Dahlah aku balik tu betul2 tengah minggu exam,sedih sgt ,dengan aku yg balik sorang2 ,flight 20 jam,dlm keadaan sakit kepala lagi tambah pulak tengah puasa,memang nak nangis sgt.

Bila dah sampai Malaysia,aku terus pergi buat physical therapy di Shah Alam(hampir 3 jam dari rumah aku).Then, sis yg rawat aku tu kata tulang belakang aku pulak yg straight,x curve.Dia kata bila tulang belakang straight,ia menyebabkan tulang leher pun straight dan seterusnya membawa sakit kepala.Dia pun suruh aku selalu buat exercise leher yang dia ajarkan.

Sebulan berlalu ,takde perubahan jugak,aku pergi klinik kerajaan .Doktor biasa tu kata tulang leher tegak ni terjadi sejak lahir lagi dan memang tak boleh nk ubah.Masa dia cakap tu mmg rasa down habis.Then,dia suruh buat physical therapy kat klinik tu jugak(sekali je pergi sbb exercise yg dia suruh buat tu sama mcm kat Shah Alam) dan makan ubat klinik tu.Ubat tu aku tak ambil,sbb mak aku tak syorkan.Lagipun aku jumpa doktor biasa bukan doktor pakar.Doktor biasa ni pun ada suruh pergi jumpa doktor pakar tulang kat hospital kerajaan tapi aku tak pergi sebab aku fikir kalau buat appointment je dah lambat sebulan mcmtu.

Bila dah buat cara moden,aku cuba pulak pergi berbekam(3 kali je) sehingga awal bulan 9.Dalam tempoh tu jugak,setiap minggu aku buat terapi yang untuk tulang(bila diurut tu,tulang kita bunyi krupp,krapp mcm tu).Itupun aku buat dekat rumah orang yang pakar bidang tu.Tapi still takde perubahan ,tetap sakit kepala 24 jam tiap2 hari.

Pertengahan bulan 9,aku pergi semula klinik tapi klinik swasta pulak.Jumpa doktor dan dia suruh makan ubat yang dia bagi. 3 kali jumpa doktor, makan ubat yang dia bagi ,tetap takde perubahan.Aku pulak takut ada tumor atau kanser otak,minta pengesahan dari doktor untuk buat ct scan bahagian kepala.
6/10/2017,aku pergi hospital swasta dan jumpa doktor pakar saraf.Buat ujian cek saraf dan ct scan kepala.Hasil ujian saraf,doktor kata aku cuma ada stress+migrain dan ct scan menunjukkan otak aku takde pape,ok jer.Tapi aku ada silap besar yang aku buat,aku cuai di mana aku TERLUPA nak bagitahu doktor pakar ni yang aku sakit tengkuk dan tulang leher tegak ni punca sakit kepala.Jadinya,mmg doktor ni anggap aku migrain biase jerlah.Then,doktor bagi ubat ,aku makan dalam 2 minggu mcm tu tapi tetap takde perubahan .Padahal dos dalam ubat2 tu tinggi kot (pharmacist yg bgtau aku pasal dos ni,aku dtg farmasi bila ubat hospital swasta tu habis).

Bulan 12 2017,aku pergi pusat rawatan homopati.Dalam tempoh satu bulan tu,2 kali aku jumpa doktor homopati.Setiap kali aku jumpa,aku beli ubat homopati yang baru .Itupun setiap 2 minggu,ada ubat yang sama jenis dari yg sebelumnya dan ada penambahan yang baru.Sebab aku takde rasa perubahan apa2 ,itu yang doktor buat mcm tu.Dan 3/1/2018,aku jumpa lagi doktor homopati ,beli ubat lagi dan smpai sekarang aku still makan ubat homopati tapi tak hilang2 jugak sakit kepala ni tambah pulak selalu sgt kebas2 kaki dan tangan.

Bila sakit ni tak hilang2,mcm2 yg aku fikir.Sebabnya aku dahlah masih muda lagi,tgh belajar(tmpat belajar jauh beribu2 batu dr Malaysia) ,lepas tu anak sulung pulak tu, (mak bapak busy menguruskan adik2 lain),susah nak minta tlg org.Aku cemburu sgt2 tgk kawan2 atau org2 muda yg sihat2 tgh belajar,happy2 dgn kawan2 and family.Sepanjang aku sakit ni,aku mmg ade masalah interaksi dgn kwn2 dan keluarga aku.Maksudnya aku mmg pendiam sgt2,susah nak keluar rumah dan contact kwn2.Yelah ,bayangkan korang sakit kepala lg2 yg teruk,ade ke mood yg ok jer,mesti nak berehat dalam bilik jer.Nak exercise berlari tu pun sakit,cakap banyak,berborak2 ,bergelak ketawa pun sakit,naik kereta pun sakit.Ya Allah,aku ni kena sakit kepala 24 jam sehari dah hampir setahun, tak taulah nak buat apa lagi padahal aku buat je exercie leher tu jugak.Tolonglah,please aku merayu sesiapa yang boleh bagitau pasal cara merawat sakit kepala dr tulang leher tegak dan sakit tengkuk ni. :( Aku tinggal satu sem je lagi nak habiskan kat sana.

-si pesakit

– pesakit

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit