Salah Bagi Nasihat, Salah Bagi Jalan

Assalamualaikum.. Terima kasih admin jika publish kan confession ni. Aku Kida berusia 30an. Tujuan aku buat confession ni harap dapat buka mata, share pengalaman mana tau ada yang lalui situasi yg sama dengan aku sekarang dan tentu sekali harap ada yang dapat bagi kata-kata positif dan nasihat supaya aku lebih kuat untuk lalui semua ni.

Cerita dia begini. Aku sudah berkahwin. Baru sahaja berkahwin. Usia perkahwinan aku 2 tahun dan masih belum punya anak. Aku dan suami bekerja. Kami pekerja swasta. Aku kerja office hour, suami pulak kerja tak tentu masa. Suami memang susah nak dapat cuti weekend tapi ada la dapat jugak dalam sebulan sekali. Cuti raya pun belum tentu dapat setahun tu. Dan kerja suami aku memang busy dan dia kerja shift.. Keluar pagi, balik malam. Disebabkan cuti kami selalu tak sama, aku memang akan buat hal sendiri waktu weekend. Klu ada kenduri atau majlis kahwin time weekend aku akan pergi sorang-sorang. Bila orang-orang tanya soalan “mana suami?” tu, aku dah macam lali dah dengar. Tapi deep down inside sebenarnya aku sunyi dan sedih bila orang tanya soalan macam tu. Kadang-kadang bila aku jalan sorang-sorang kat mall, lepak makan laksa cendol bawah pokok sorang-sorang time weekend aku rasa sunyi sangat. Aku rasa macam aku orang bujang. Padahal suami aku ada je.. Bukan dia kerja jauh pun. Malam nanti kami jumpa jugak. Tapi entahlah perasaan tu memang ada kadang-kadang. Nak-nak pulak kalau suami aku outstation beberapa minggu sampai sebulan lagi la rasa kesunyian tu. Aku pun tak pasti kalau suami aku faham apa yang aku rasa ni. Jadi aku selalu doakan suami aku dapat kerja office hour macam aku. Sebab aku harapkan kami akan selalu ada masa sama-sama especially time weekend. Boleh spend time sama-sama, jalan sama-sama macam pasangan lain.

Nak dijadikan cerita, Allah bagi rezeki kat suami aku. Suami aku dapat tawaran kerja dari government. Aku happy sangat sebab apa yang aku gambarkan untuk aku dan suami boleh spend time dengann family tu akan ada. Masa suami aku nak buat keputusan untuk resign dari kerja dia untuk ambil tawaran tu memang banyak konflik yang jadi antara kami.. Boleh kata tiap hari gaduh. Suami aku ada pandangan dia, aku ada pandangan aku. Suami aku berstatus pekerja kontrak di private company tu tapi benefit dia ok jugak sebenarnya, gaji pun boleh la Alhamdulillah cukup nak sara keluarga, bayar komitmen bil sebagainya. Kerja government yg suami aku dapat ni berstatus tetap tapi gaji dia memang jauh lebih rendah. Jadi concern suami aku lebih pada gaji sebab nak bayar bil dan macam-macam lagi. Aku pulak lebih concern kan pasal masa dengan family tanpa ambil tahu kerisauan lebih besar suami aku pasal gaji yg rendah untuk kelangsungan hidup yang selesa.

Aku mula lah tanya dengan kawan-kawan lain yang ada pengalaman bekerja dengan government. Kebanyakannya cakap benda positif untuk ambil saja tawaran tu. Aku convince kan suami aku dengan hujah-hujah yang aku dapat dari kawan-kawan lain. Aku nampak kerisauan suami aku tapi dia cuma cakap pasal gaji dan tak cukup nak bayar bil semua nanti. Suami aku bagi tahu dia dah buat solat istikharah dan dia tak nampak untuk dia terima tawaran tu dan dia rasa berat hati sangat untuk resign. Dipendekkan cerita, akhirnya suami aku resign dari private company yg dia kerja dan terima tawaran kerja government tu dengan berat hati.. Aku pulak gembira dia pilih untuk buat keputusan tu sebab mungkin suami aku pun rasanya dia ada rasa bersalah dengan aku sebab dia ada buat hal salah dengan budak office dia. Aku pulak ingatkan dia tak nak behenti sebab benda tu. Jadi mungkin dia ambil keputusan untuk resign je.

Malangnya apa yang aku harapkan dan gambarkan selama ni memang tak seperti yang diharapkan. Mungkin betul la apa yang orang cakap, tak semua benda kita akan dapat kat dunia ni. Minggu pertama suami aku report duty kat tempat kerja baru, seminggu tu dia murung, mood dia tak baik, marah-marah.. Dan of course tu semua sebab kerja baru yang memang dia tak suka. Paling tragis, suami aku kena posting kat tempat yang lebih jauh dari tempat kerja sebelum ni. Dan kerja baru suami aku ni pulak perlu kerja time weekend utk sekali dua kali dalam sebulan. Itu lah yang paling tragis. Suami aku cakap baik dia stay tempat kerja lama je klu weekend pun kena keja dan lagi dekat dengan rumah kitorang. Klu lagi jauh maknanya akan banyak lagi kos belanja untuk minyak keta, told and mileage. Dia cakap tempat lama dia boleh buat overtime tapi tempat keja baru ni tak boleh buat. Masa tu aku betul-betul tersentak dan baru aku sedar sebenarnya suami aku sayang kerja lama dia. Barulah dia buka cerita and cakap betul-betul dengan aku yang dia sayang kerjaya dia di tempat lama walaupun sebelum ni dia selalu mengeluh dan marah-marah kalau ada benda yang tak kena kat tempat keja tu. Aku pulak encourage dia ambil kerja yang skop kerja tu dia tak minat. Dia cakap kat aku dah la downgrade gaji, passion nak keja pun tak ada. Macam mana dia nak hadap kerja tu hari-hari.

Masa tu, aku rasa BERSALAHHHH sangat-sangat dengan suami aku sebab terlalu nak sangat dia ambil kerja tu. Aku betul-betul tak fikir apa yang akan jadi dan tak fikir jauh. Aku tak sangka suami aku boleh jadi sedih dan murung yang sangat teruk sampai aku tak jangka dia jadi macam tu. Dia sedih sampai nangis tak boleh terima apa yang jadi. Aku lagi lah sedih sebab aku yang encourage dia ambil kerja tu. Apa yang buat aku paling sedih bila dia cakap dia baru nak rasa selesa dengan gaji yang lama dulu sebab boleh bagi duit lebih kat parents dia dan aku, nak jalan-jalan ke tempat orang, nak buat hobi dia.. Sebab orang lain yg umur 30an dah selesa dgn kerja, tak payah pening-pening pasal duit.. Dia pulak dia kata kena menapak makan gaji macam fresh grad balik. Suami aku cakap dia tak nak rasa susah macam mana dia rasa masa dia baru mula-mula kerja dulu sampai tak cukup nak makan, dia tak nak lalui benda tu lagi. Dia sampai terluah kenapa Allah uji dia dengan ujian macam ni sampai dia rasa memang nasib dia tak kan pernah rasa senang ke.. Sebagai isteri, of course aku rasa sedih sangat dan buat aku betul-betul rasa bersalah dengan nasihat-nasihat yang aku bagi untuk convince kan dia untuk ambil peluang kerja tu.

Kalau lah aku boleh foresee semua benda ni akan jadi, aku akan support je suami aku supaya dia stay tempat lama. Takpelah klu aku rasa sunyi pun klu dia takda sama-sama dengan aku time weekend ke raya ke apa. Tapi kita tak boleh undur masa. Allah nak uji kami. Aku rasa ni ujian untuk aku supaya lain kali dengar cakap suami yang dah buat solat istikharah. Sbb aku ingatkan itu just alasan dia je. Rupanya dia memang sayang dengan kerjaya dia sebelum ni. Aku pulak dah hancurkan kerjaya dia yang dia sayang. Aku memang dah tak mampu nak buat apa selain buat solat hajat, solat tahajud minta Allah beri rezeki yang lebih baik buat suami aku. Sekarang ni suami aku decide nak cari kerja lain ikut minat dia dan tentu sekali dengan gaji yang lebih baik dari sekarang. Sebab dia stress gaji tak masuk-masuk lagi. Kalau tanya pengalaman orang lain yg baru masuk keja government, memang kena tunggu 2,3 bulan baru gaji akan masuk sebab proses yang panjang la apa aku pun tak berapa nak faham. Aku bukan nak condemn apa ke pasal keja government ni, tapi aku harap ni akan buka mata untuk sesiapa yang dalam dilema untuk buat keputusan yang mungkin dalam situasi sama dengan aku dan suami aku.

Apa yang aku nak cakap, buatlah keputusan ikut kata hati dan minta petunjuk dengan Allah. Jangan jadi macam aku. Suami aku dah cakap dia dah buat solat istikharah, tapi aku tak ambil berat apa dia cakap. Aku anggap ini ujian Allah untuk rumah tangga kami yang baru je usia dia ni. Doakan suami aku dapat rezeki kerja yang lebih baik dengan gaji yang lebih baik di tempat yang lebih baik sesuai dengan minat dia. Itu je doa aku sekarang sebab nak tengok dia bahagia balik. Bila suami bahagia, isteri pun ikut bahagia, insha Allah sejahtera rumah tangga. Doakan kami kuat dan moga kami jumpa jalan keluar untuk kesulitan ini. Dan moga rezeki tu tak kan pernah salah alamat… Aamiin.. Aku doakan kalian yang mendoakan baik-baik untuk aku dan suami akan bertambah rezeki. Aamiin.

Yang bersalah dan ingin bahagia,

– Kida

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *