Salah Faham Isteri Dalam Rumahtangga III

Untuk part I, (https://iiumc.com/salah-faham-isteri-dalam-rumahtangga/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/salah-faham-isteri-dalam-rumahtangga-ii/).

Assalamualaikum semua. Semoga semua sihat. Bab nafkah dan kerja rumah memang ramai perempuan sensitif dan sentap. Tapi itulah salah faham yang dipegang oleh sebahagian isteri diluar sana.

Ada satu komen akak tertarik. Dia kata akak merendahkan harga diri kaum perempuan. Huhu. Akak nak tanya pembaca jatuh ke maruah seorang perempuan buat kerja-kerja rumah?

Sejak bila buat kerja rumah menjatuhkan maruah seorang isteri? Adoi. Cuba baca semula part I dan part II dengan perlahan dan fahamkan betul-betul. Dan JANGAN BACA DENGAN EMOSI. Huhu.

Akak tak nak sentuh lagi bab nafkah dan tanggunjawab kerja rumah. Akak bukan nak mengarang kitab. Dan akak takkan mampu nak mengubah pandangan dan pegangan korang. Lebih-lebih yang jenis perempuan ego lebih tinggi dari ego seorang lelaki.

Akak proceed ke salah faham isteri yang seterusnya.

Salah faham ketiga ialah berkenaan solat berjemaah.

Ramai wanita sebelum berkahwin mempunyai expectation supaya suami menjadi imam solat mereka. Solat fardhu sama-sama. Lepas solat salam dan cium tangan suami dan suami balas dengan ciuman didahi. Sweetkan?

Tapi bila dah kahwin rupanya suami tak solat.. Pening.. huhu..

Bukan isu suami tak solat yang akak nak share sebenarnya. Tapi expectation suami mesti solat berjemaah dengan isteri adalah salah satu salah faham dalam rumahtangga.

Ramai juga ustaz ustazah anjurkan supaya suami solat fardhu berjemaah dengan isteri untuk keharmonian rumahtangga. Drama-drama cinta pun selalu ada scene suami jadi imam dirumah.

Akak tak kata solat berjemaah dengan isteri adalah salah dan tak boleh. Cuma ia adalah satu salah faham.

Sebenarnya keutamaan solat fardhu bagi seorang lelaki adalah solat berjemaah disurau atau masjid. Dan kaum isteri lebih aula solat dirumah.

Kita sebagai isteri sebaiknya memberi galakkan dan memudahkan urusan suami supaya dia boleh solat berjemaah disurau.

Bila suami solat fardhu dimasjid ganjarannya lebih banyak. Suami akan dapat banyak ganjaran. Setiap langkah dia menuju ke masjid adalah sedekah. Dan setiap langkah akan dihapuskan dosa dan diangkat darjat.

Selagi dia berada dimasjid malaikat sentiasa mendoakan dia. Dan jika suami berniat iktikaf dapat lagi pahala iktikaf.

Dan yang paling best, Isteri boleh dapat pahala yang sama seperti suami walaupun hanya solat dirumah. So rugilah kalau kita biarkan suami solat dirumah.

Bila nak solat berjemaah bersama isteri? Sewaktu solat sunat atau bangun tahajud.

Dari segi dalil dan sirah begitulah yang nabi lakukan. Nabi akan solat fardhu berjemaah di masjid. Dan solat sunat atau solat malam bersama isteri.

Jika disebabkan kebatasan waktu atau ada keperluan hal dirumah menyebabkan suami tak dapat solat berjemaah dimasjid.

Yelah kalau suami balik kerja sibuk nak masak, cuci pinggan, mengemas rumah, lipat baju tak sempatlah dia nak kejar solat berjemaah dimasjid. Ini contoh jika kerja rumah tanggungjawab suami. Akak gurau saja. Jangan serius sangat. Huhu.

Kita sebagai isteri mudahkanlah urusan suami dan beri galakkan suami. Supaya dia boleh pergi solat berjemaah dimasjid.

Dari pengalaman akak. Bila suami jaga solat jemaah dimasjid. Anak-anak akan senang mengikut. Jadi tak susah nak ajar or suruh depa solat.

Salah faham keempat ialah berkenaan poligami dan isteri kedua adalah b*b* penyondol. Yang ni akak nak sambung ke part seterusnya. Akak tak suka betul bahasa kurang ajar tu dan merendahkan kaum wanita.

Akak rasa akak nak menulis panjang sedikit topik poligami ni. Tunggu tau untuk sambungan part IV. Huhu.

Tata.. titi.. Assalamualaikum.

– Kak Long (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *