Salah Ke Introvert?

Assalamualaikum semua. Aku Anne (bukan nama sebenar), berumur 23 tahun dan sekarang bekerja sebagai pendidik di sebuah tadika swasta.

Sepanjang aku bekerja ni, aku ada satu persoalan yang aku teringin nak tanya orang-orang yang diatas aku ni (individu yang sepatutnya) yang SALAH KE SAYA SEORANG YANG INTROVERT SIFATNYA?

Setiap hari tak kira dulu semasa PKP yang kerja buat kelas online sahaja atau sekarang yang sudah back to school, aku selalu ada isu dengan persoalan ini.

Salah ke aku seorang perempuan yang introvert, yang selesa untuk mendengar dan melihat pada kebanyakan masa, selesa dalam kumpulan yang kecil,

Dan selalu akan selesaikan kerja dahulu baru duduk bersembang dengan semua orang dan dalam pada masa yang sama menjadi seorang pendidik di tadika sekarang ini.

Aku ni bukan tidak bersosial langsung dengan yang lain, tapi kenapa setiap kali aku bergaul, bekerja bersama-sama orang lain, Hamba Allah ini tidak pernah nampak. Jujur aku kata, dengan hamba Allah ini dan geng-gengnya sahaja aku awkward untuk duduk bersembang sebab bagi aku mereka itu orang atasan.

Aku pon tau yang aku tidak pandai nak susun ayat mengambil hati, sembang perkara-perkara tiada isi lama-lama and bergelak ketawa tiba-tiba,

Jadi aku sendiri elak situasi macam ni sebab aku tak nak orang boleh rasa betapa fake-nya aku, nanti mesti rasa tidak seronok tiba-tiba.

Aku memang kurang dalam bahagian-bahagian macam ni. Bukan tidak pernah mencuba, banyak kali cuba macam orang lain buat tapi hati sendiri rasa fake kenapa perlu dipaksa.

Senyap-senyap aku, aku tidak pernah ada masalah dengan ibubapa anak-anak kecil aku. Ada masa, kami (pendidik dan para ibu siap boleh bertukar cerita tentang anak-anak). Aku tak sombong dengan mereka pun.

Aku diajar dan selalu diingatkan abah, kerja kena datang awal, kena berdisiplin, kerja kena bersungguh bukan sambil lewa.

Dan aku sehabis baik, siapkan kerja walaupun diluar skop sebagai pendidik, berusaha cari jalan macam mana aku nak buatkan anak-anak kecil aku mudah untuk belajar sebab aku letakkan kejayaan,

Dan kesenangan mereka adalah kejayaan dan kesenangan aku, gunakan wang simpanan aku sendiri untuk lengkapkan barang-barang yang akan memudahkan proses pembelajaran anak-anak.

Tapi bila aku dah berusaha sehabis baik dan tiba-tiba diserahkan surat yang menyatakan bahawa aku tidak capai KPI SOCIAL mereka, aku jadi kecil hati.

Sebab bila aku minta penjelasan, mereka menyatakan seorang hamba Allah ini tidak nampak langsung nilai itu pada aku.

Dan disebabkan aku ni tidak pandai mengampu, tidak pandai beramah mesra tiba bertanya khabar, bertukar cerita terus dicop sebagai seorang tidak beradab, tidak pandai bersosial.

Adakah untuk jadi seorang pendidik di tadika ini perlu mempunyai kriteria pandai mengipas orang atasan?

Jadi Puan, buruk sangat ke saya ni puan sampai puan perlu jejaskan prestasi kerja saya macam ni.

Maybe saya kena belajar cara untuk terus menghidupkan sius helicopter selepas ini jadi puan dengan jelas akan nampak cara saya bekerja macam mana,

Seperti yang puan kata saya ada masa lagi beberapa bulan untuk buktikan saya ini bersosial sebelum ditendang keluar.

Di pihak puan sendiri beritahu saya yang tidak boleh buang pekerja tanpa alasan, jadi sebab itu ke puan gunakan masalah introvert ini sebagai isu sepanjang saya bekerja?

Memang salah ke saya untuk menjadi seorang pekerja cum pendidik yang sifatnya introvert?

Maafkan saya puan kalau saya ada buat silap yang saya tidak sedar..

Tapi tolong lah terima puan manusia ini ada pelbagai sifatnya dan selagi sifat ini tidak menganggu gugatkan outcome pekerjaan, ia bukannya sebuah isu besar.

Tolonglah lihat sama pada pekerja yang betul-betul menjaga fokus pekerjaannya dan bukan bertumpu pada individu-individu yang manis mulutnya dan kuat kipasannya.

Saya tidak mahupun wang penghargaan yang dijadikan hadiah jika mendapat KPI tertinggi tapi cukuplah hargai segala usaha saya yang menjaga kebajikan customer-customer puan.

Maaf ya jika confession ini terlalu panjang.

Jika sekali dilepaskan, teacher anne memang rasa macam tak boleh letak lampu merah pulah untuk berhenti.

Terima kasih sudi membaca and Teacher Anne sayang semua.

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *