Untuk part I, (https://iiumc.com/sampai-bila-8/).
Assalamualaikum semua pembaca di IIUM Confession. Ini adalah confession aku yang kedua. Susulan daripada yang pertama bulan lepas.
Terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberi sokongan kepada aku, dengan kata kata semangat dan tidak kurang juga yang menafikan hak aku, supaya aku redha dan sabar.
Aku simpan semua komen-komen kalian. Aku baca bila aku perlukan kekuatan.
Ada yang Tanya, ke manakah duit suami ku dihabiskan. Dengan gajinya yang kecil, hanya cukup untuk isi minyak keretanya pergi kerja, tu pun kadang-kadang tak cukup, bayar bil api dan air serta astro.
Bil telefon aku yang bayar. Dulu kereta yang dia pakai, dia suruh aku bayar separuh, walaupun aku yang bayar deposit.
Tapi sekarang aku dah tak bayar. Dan dia beli barang dapur. Itupun banyak yang aku topup. Tak berkira. Beli barang basah lebih banyak aku bayar
Duit aku memang banyak untuk keluarga. Anak nak bayar yuran U aku yang kena. Anak nak beli buku, aku juga. Anak nak bayar yuran semester, aku bayar. Anak nak belajar kereta, aku bayar.
Memang aku buat kesilapan semasa awal perkahwinan, dengan aku yang banyak bayar dan beli apa2. Beli baju raya anak2. Sehingga dia tak beli apa pun.
Tapi, sepatutnya beli baju raya untuk aku. Pun tak de. Bila aku mintak, alasan tak de duit. Itu ajelah yang gegendang telinga aku dengar. Sampai naik tepu.
Aku? Cuba bergembira, sekadar dusta semuanya, di mata keluarga dan masyarakat. Memang orang lihat kami pasangan yang sangat senang, ideal dan solehah. Hakikatnya, aku cuba menutup keaiban dia dalam memberi nafkah.
Puas sudah aku ulang, carilah duit lebih, buat beberapa kerja untuk tampung kos perbelanjaan yang sangat besar.
Tapi, kesudahannya jadi bergaduh. Aku jadi penat. Jadi sedih dan berendam air mata. Ye, dia tak pernah nak berubah. Malahan semakin menurun
Kalau hari cuti, dia boleh bangun dari tidur jam 10 atau 11 pagi. Aku selalu ingatkan dia, dengan usia dah hampir 50 janganlah bangun lewat macam ni. Rezeki jadi payah. Anak-anak tengok pun tak elok. Tapi begitu juga.
Semasa PKP 2020, dia wfh, hari hari bangun lewat, sehingga aku rimas. Aku ingat kan dia tentang keberkatan gajinya. Pun sama, tidak berubah. Susahkan
20 tahun aku telan semua benda ni. Hatta semasa aku umrah, aku doakan dia berubah. Tapi tidak ada. Dia sangat selesa dengan apa yang ada hasil daripada pengorbanan aku dan wang ringgit aku.
Dia tak kisah apa pun. Tak ada ucapan terima kasih mahupun penghargaan untuk aku. Nafkah aku? Ke lautan hindi, tenggelam di mana entah.
Aku selalu ingatkan dia tentang keberkatan gajinya jika memberi nafkah kepada aku. Tapi dia tak bagi juga. Selepas bertahun-tahun meminta, akhirnya aku penat sendiri. Aku tak lagi merayu dan meminta kepadanya. Biarlah
Dan biarlah ini yang menyebabkan aku jadi tawar hati. Hilang redha, hilang ikhlas, tiada rasa cinta dan sayang lagi. Dia bunuh jiwa aku dalam senyap. Dia biarkan aku sendiri.
Tak pernah dia tanya apa masalah aku sehingga aku diam tidak bercakap. Dia tak pernah tanya aku ada duit atau tidak. Tak pernah. Aku bawa haluan aku sendiri.
Sehingga aku terdetik dalam hati aku 5 tahun yang lepas, kalua dia tanya aku bahagia atau tidak berkahwin dengan dia, aku nak jawab, kalau aku kahwin dengan orang lain mungkin aku lagi bahagia. Tapi dia tak pernah tanya.
Sukarnya aku nak bercakap dengan suami sendiri. Sukar sangat. Bila aku bercakap, dia diam. Tak de respon apa pun. Seperti aku bercakap dengan orang bisu.
Allahu sedihnya. Aku nak berkongsi masalah dengan dia, nak ketawa2 dengan cerita apa sahaja dengan dia, tapi aku tak dapat semua tu. Akhirnya aku memendam rasa sendiri.
10 tahun lepas, sewaktu dia meminjam duit aku, aku tetapkan syarat. Boleh nak pinjam, tapi tolonglah bercakap dengna aku.
Tolonglah. Cakaplah apa sahaja. Ceritalah apa sahaja. Jangan biarkan aku sendiri, diam tidak berteman. Sedihkan, bila isteri yang meminta suami bercakap.
Tiada komunikasi. Memang dia bercakap dengan aku, sebab duit sahaja. Berapa lama. Dua inggu sahaja. Lepas tu dia akan diam. Back to normal. Penat kan.
Yang peliknya, aku perhati bila balik ke rumah mertua, dia boleh pulak berbual, bergelak ketawa dengan adik beradiknya, anak anak saudaranya. kau orang boleh bayang tak apa aku rasa sebagai isteri.
Dan inilah, kesudahannya. Aku telah hire peguam untuk failkan kes perceraian aku selepas 20 tahun bersabar. Dengan dia yang tak pernah berubah selepas aku memberi ruang dan peluang untuknya.
Minggu ini aku akan ke mahkamah untuk affidavit bersumpah. Semua peguam aku yang uruskan.
Anak anak aku dah tahu. Yang bongsu menangis. Memang aku tak kuat bila melihat air mata anak, tapi aku harus kuat untuk diri aku sendiri.
Aku nak bahagia. Aku tidak mahu lagi bergelumang dengan dosa sebagai isteri yang tidak memenuhi kahendaknya. Aku tidak sanggup lagi mengadapnya
Aku harap urusan aku akan selesai secepatnya.
Nanti mahkamah akan memberikan tarikh untuk sebutan kes yang pertama. Mudah mudahan semuanya dipermudahkan. Aku memohon kepada Allah agar aku terus kuat.
Aku dah mintak ampun dan maaf kepada suami kerana terpaksa berundur kerana keadaan ini tidak memungkin lagi aku meneruskan kehidupan bersamanya.
Mungkin tempoh masa perkahwinan kami sampai di sini sahaja. Semuanya telah tetap semenjak azali. Buat semua kawan kawan di sini, doakan aku kuat. InsyaaAllah…
– JIWA LARA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit