Sampai Bila Mahu Begini?

Hidup aku mula tak menentu sejak arwah umi meninggal. Aku tak pernah fikir dia akan pergi secepat ini. Mula-mula aku susah nak accept tapi aku boleh redha sikit2.

Tapi lepas 3 bulan umi pergi, adik aku tiba2 sakit. Mula dia masih mampu buat kerja dia walau kadang2 tak berapa kuat. Tapi lepas operate dia terus tak boleh jalan sebab operate kat kaki dan berjalan akan lambatkan penyembuhan.

Semua urusan dari menjadi penanggung keluarga sampai suri rumah tu semua jatuh kat aku. Aku pun ada 17 ekor kucing yang dulunye adik aku yang banyak urus. Rutin2 aku start dari pagi:

– rebus ikan.
– masak air & nasi, hangat lauk.
– kemas tempat tido.
– siapkan makanan untuk 20 kucing.
– siapkan makan adik aku pagi & tengah hari.
– siapkan bekal aku.
– lepas subuh bagi kucing makan dan kemas sangkar. Biasanye aku habiskan sejam untuk siapkan diaorang.
– dah siap mandi bersiap pergi kerja kejar bas 2x.
– dalam bas siap baca quran dan aku post pasal item dropship.
– sampi office, kerja.
– balik kerja kejar bas lagi 2x.
– sampai rumah dalam waktu maghrib, rebus ikan.
– siapkan makan adik aku.
– lepas maghrib aku bawa adik aku pergi berubat kat rumah orang.
– balik rumah dalam pukul 10 bagi kucing makan, kemas sangkar sampai pukul 12 kadang2.
– kalau dah tak ada lauk aku masak pula.
– ada hari aku kena basuh baju.
– dah settle semua dalam pukul 1 baru tidur.

Hari2 aku doa mudah2an adik aku cepat sembuh dan boleh kerja balik. Aku bukan mintak kaya asal mencukupi. Aku cube positif selama 6 bulan, tahan jer apa2 yang kena. Contoh aku kena maki dengan adik aku sendiri sebab orang sakit selalu cepat marah, prestasi kerja aku menurun, langsung tak ada masa rehat dan macam2 lagi.

Tak di nafikan dalam masa2 ni ada juga insan2 yang baik hulurkan bantuan untuk kami sekeluarga. Aku betul2 rasa terharu dengan kebaikkan sesetengah manusia. Dalam masa yang sama aku try cari part time yang aku boleh buat dari rumah. Macam2 aku cari tapi tak berjumpa yang sesuai sebab semua nak duit dulu. Aku dah lah cukup2 jer dan aku takut kalau aku guna duit yang cukup2 ni aku kena tipu.

Tapi start bulan lepas aku rasa betul2 sangat tertekan. Aku cuba jadi dropship tapi langsung tak ada hasil. Sale aku baru 2 customer itupun daapt kurang dari RM10. Aku down giler. Tapi aku cakap takpe aku try sampi boleh.

Hari2 post sebelum pergi kerja sebab aku fikir kalau kite rajin rezeki mesti datang. Tiap2 malam aku berfikir apa lagi cara aku boleh buat untuk dapatkan sale. Dahlah aku benci buat bisnes tapi aku buang kepentingan aku sebab aku fikir tanggungan aku.

Jujurnya aku rasa dah penat dengan hidup. Aku rasa dah tak ada roh nak hidup dan orang cuma tahu cakap sabar akan ada hikmahnye. Jawap aku dalam hati sampai bila aku kena tunggu. Adik aku tak sihat2, kewangan keluarga makin sempit, aku makin tak terurus, sekarang asyik nak marah jer.

Aku nak jerit tapi tak boleh, aku nak lari tapi tak boleh, aku nak mati pun tak boleh. Aku cuma nak mak aku hidup balik sebab aku tak boleh lalu hal ni sorang diri tu pun aku tak boleh dapat.

Aku jadi putus harap dengan Allah. Aku persoalkan, orang2 macam bang jat, syinta dan yang seangkatan cam tak ada apa2 pun. Bahagia pula terlebih-lebih.

Aku bukan minta banyak, semua pun hanya untuk tanggungan aku. Aku betul2 dah tak mampu nak lalu semua ni. Aku rasa ujian ni lebih dari kemampuan aku. Dah 5 hari aku asyik nangis senyap2 sebab tak tahan.

Lagi beberapa minggu, genap setahun umi pergi tinggalkan aku tapi aku tak tau nak cekau mana duit nak hantar buat tahlil arwah. Malu aku jadi anak macam ni. Jadi aku persoalkan lagi sampai bila aku gini, bila aku nak dapat hikamahnya.

Aku takut kalau aku kena depression dan buat benda yang tak patut. Sebab tu aku tulis dekat sini, sebab aku perlu luah apa yang terbuku walau mungkin siapa yang baca tak kenal aku.

Doakan aku dipermudahkan segala urusan okay…

– Si Buntu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *