saving oh saving..

Aku ngan wife combined duit gaji kitorang setiap bulan..so wife aku jd MOF kat umah..dia yang akan salurkan duit untuk untuk bagi mak aku..mak dia..bayar umah..kereta,susu anak,barang dapur dan utilities..aku just pakai rm50 je per week termasuk duit minyak..tu pun kadang2 aku akan beli bahan mentah like ikan dan sayur bila ade duit lebih..biasa nya bila dah tolak semua expenses kitorang akan ada balance lebih kurang rm2000 setiap bulan..so kitorang plan rm 1000 untuk saving dan rm 1000 untuk emergency..tapi percaya atau tak..dah setahun 4 bulan kitorang kawen tapi satu sen pon kitorang xde saving..nak kata kitorang boros dan membazir memang x la sebab aku memang x pnah lagi beli baju wahima seluar kecik kat dalam tu pun aku x pnah beli since dah kawen..wife aku pon x membazir..baju ngan tudung dia aku je yang paksa suh beli time tengah bejalan..tu pon dia cakap x payah tapi aku bekeras nak dia beli..wife aku bukan suka beli barang mahal pon..just tudung bawal rm10 je..kitorang hidup simple je..x de nak bermewah2..makan kat luar pon seminggu sekali je..still tiap bulan kitorang xde saving..
nak kata aku ni jarang bersedekah x jugak..bila lalu kat depan bank ade budak2 yang jual kacang tu aku akan bagi sedekah kat diorang..setiap jumaat aku akan masukkan sedekah kat tabung masjid..mak aku..mak mentua aku pun kitorang bagi duit setiap bulan..tu tak termasuk bila diorang ngadu zink umah kat kampung dah bocor..bil api x bayar lagi..nak pg kenduri sedara and so on..bila abg2..kakak2..anak buah sebelah aku mintak pinjam duit kitorang bg je tanpa harap balasan sebab dulu2 masa aku still belajar kat uia diorang juga la yang selalu bagi aku duit..wife aku pun sama macam tu juga..so kitorang x kisah sangat pasal duit yang bagi kat family..
nak kata aku ni keje x ikhlas..hanya Allah je yang tau..aku x pnah skip meeting..semua report aku review dan siapkan..
so serius aku tak tau apa yang buat rezeki Allah bagi kat aku tak berkah..orang cakap bila rezeki yang Allah bagi kita rasa x cukup je makna nya rezeki tu x berkah..kitorang in sha Allah duit tu cukup tapi saving yang xde..
Wife aku macam biasa x pernah nak mengadu..pernah sekali dia dia suh saya yang jd MOF tp still kitorang xde saving.so aku suh dia je buat keje tu..
aku bukan x bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi kat aku tapi aku pun nak jugak saving..nak juga bawa anak ngan bini aku bercuti macam masa time bujang..tapi ntah la..hari ni hari gaji dan aku dah buat budget untuk bg kat wife harap2 bulan ni dapat la kitorang saving..rm 100 je pon kalau dapat aku dah bersyukur sangat2..

– En Husband..

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

74 Comments

  1. -bang,sedekah tu elok tapi kalau dah sedekah,tak payah pikir dah.sori cakap,the way u write nampak cam mengungkit.”nampak macam” ye.

    -well….kalau bersyukur,kenapa mengeluh?i mean yes,takde saving agak membimbangkan,but from what i read,u have a happy live.

    -make a list,duit tu keluar ke mana.trace habis2.benda tak penting,next month potong.

    -sori kalau tersinggung dengan apa saye tules.

    • I dont think die mengungkit..die cume nk bg reader clear dgn ape yg die dah buat sume.So that xde nanti org yg komen ‘bro kurang sedekah nih’..so dr reader bt mcm2 assumption, lbh baik die bg sume org clear.. ?

    • Negative btol ko ni.. nmpaknya salah org je.. xnmpak pn dia mengungkit.. jz nk bgthu yg smua dia dah buat spy rezeki dia dpt tu jd berkat.. dah melencong ke lain plk ko ni..

    • Negative btol ko ni.. nmpaknya salah org je.. xnmpak pn dia mengungkit.. jz nk bgthu yg smua dia dah buat spy rezeki dia dpt tu jd berkat.. dah melencong ke lain plk ko ni..

  2. Salam. Nak. Suggest bro n wife boleh start force saving seperti buat tabung si hijau. Bila ade rm5 dlm purse masing2, simpan terus jgn guna. Kalo terpaksa pun, keraskan hati jgn guna. Sanggup lg pecahkan rm10 or rm50 utk byr. Alhamdulillah sy b4 kawen n lepas kawen amalkan cara ni. Lepas kawen lg seronok sbb sumbangan dr 2 pihak. Sebulan dpt la dlm 80 keping si hijau. Busuk2 tiap bulan secara xsedar da save rm400. Lelap mata setahun dlm 4.8k. Ok la drpd xde. Bro bole start slow2. Lg satu simpan syiling. Kitorg guna botol air mineral 5L tu je as tabung. By the time penuh nnt mungkin ratus2 juga hasilnya. Kalo save put a side dlm bank account ni dia mcm senang keluar. Lagi2 ble tgk cheap airline tickets. Haha. So cubalah bro!

  3. Rilek beb, time senang ko laki bini belum sampai lagi. Insyallah soon. Btw, gi bank buat akaun satu lagi. Bila hari gaji buat auto transfer ke situ. Akaun simpanan tu jgn sentuh.

  4. aku student lagi .. pun pening nak menguruskan duit .. hahaha .. aku siap tulis setiap sen yang aku guna tu .. tulis dalam fon jee .. so dari situ aku tau duit aku habis kemana ..

    pasal saving .. before ni aku tak pernah saving papee .. konon tunggu sampai hujung bulan kalau ada lebih baru nak saving .. tapi tiap bulan duit tak cukup .. then aku ubah .. first first aku dapat elaun jee terus pergi pejabat pos masuk asb 200 .. lepas tu baru laa yang lain lain .. kesan diaa sama jee .. waktu kau tak saving duit tak cukup , waktu kau saving pun tak cukup .. tapi atleast sekarang ada simpanan tiap bulan .. daa simpan tu jangan gatal pergi keluarkan pulak .. hahaha ..

    kadang kita takk perlu fikir sangat pasal duit .. just follow the flow .. tapi still dalam limit .. insyaAllah everything going smooth ..

  5. Selalu pantau aliran duit keluar masuk. Kadang2 bila tgk account bank ade duit keluar sy akan catit utk withdraw or bayar ape2 thru online banking. Pastu sy akan reconcile blk dgn resit2 n slip atm. Kalau puas hati br buang resit2 tu. Ade baik jugak kita simpan resit2 tu.. kdg2 mmg xigt bile kita belanja sekian2 tu. Bile ade resit terus igt blk. Kdg2 kita beli benda x penting tanpa kita sedar.

  6. cuba suruh wife berhenti kerja. duk rumah jaga anak. mungkin lebih berkat. sapa tau.tp sblm tu buat solat istikharah dan jaga solat.

    kadang solat rongak2 or org ckp tak berkualiti pun buat rezeki jadi tak berkat jugak. ni aku ckp melalui pengalaman jugak ni. dulu tak jaga solat ada 60k dlm akaun sebulan ja habis rumah tak beli kereta tak leh bayar tah mende aku dgn laki buat pun tatau la hahaha anak pun tak dak lagi masa tu.

    bila jaga solat, anak pun dah 3, rumah boleh beli (cash pastu renovate) dgn satu lagi dlm pembinaan, kereta bebas finance dua bijik, sekolah anak semua ok, saving pun ada, tanah pusaka untuk anak2 pun ada, padahal income bulanan lebih kurang 5k je pun. aku pun housewife je sekarang. tak mewah tp cukup. rasa tenang je hidup.

  7. Salam. Jangan risau en husband. Rezeki tuan xpernah terkurang walau satu sen pon. Kalo rezeki tuan dah habis, maknanya dah ajal la tu. Org mukmin ni, kalo dalam bank dia ade RM5 ke RM50juta ke.. Dia xrasa apa2 kesan. So, tuan hidup macam biasa je, usaha semampu mungkin.

  8. Rezeki awak dtg dlm bentuk lain tu… Kesihatan, kebahagiaan, ketenangan, anak2 yg baik dll. Bersedekah bukan hanya tambah rezeki kita di dunia, tapi di sana yg lebih penting, juga menolak musibah yg mendatang.
    Sy juga sedang pujuk hati sndiri, kekadang cemburu tgk harta dunia org lain yg tak putus2 sesangkan sy nk mentimpan pun susah. Pastu muhasabah diri, sy kata kat diri sy, lebih baik cemburukan org yg harta akhirat nya tak putus2.. dan berusaha jadi spt dia juga. Usah risau ya.

  9. Macam kak & suami buat, lps suami byr monthly commitments (kereta/rumah/pinjaman pelajaran/bil api & air/nafkah isteri), kami asingkan 10% drp total gaji utk ‘simpanan lupa’, means lps save terus lupa kewujudan duit tu. Guna acc yg xde on9 banking & ssh nk jmpa ATM machine bank tu. 5% drp total gaji utk emergency need cthnya mcm tiba2 kereta rosak/anak sakit/etc2. Lps tu kami buat tabung hijau khas utk RM5. paksa diri istiqomah buat semua ni.. suami kak sorg je kerja, kak stay at home mother jaga anak smbil bisnes on9 kecil2an. Alhamdulillah setakat ni istiqomah buat saving walaupn x byk sbb monthly commitments agak tinggi esp kereta (boleh cut down lagi sbnrnya utk save duit lagi byk). Selain solat dhuha & bersedekah, pastikan bg mak ayah duit stp kali balik, minta mak ayah doakan kemudahan urusan famili kita & make sure gaji tu da byr zakat siap2. masih byk yg boleh diperbaiki tp insyaAllah kita buat sikit2.

  10. Sy rasa problem both couples ni lack of financial management. Dgn surplus korg RM2000 sbulan, rasanya banyak benda awak boleh saving. Mmg susah nak saving dlm account sndri, lagi2 bila dah waktu tgh2 bulan (org kata bulan tua). So kat sini sy share sikit kat mana awak boleh letak duit lebihan awak 2k tersebut.

    1) ambil pelan takaful utk retirement plan. Ada mcm2 jenis takaful skrg, ada prudential, etiqa, MMA, AIA. Semua tu ada kelebihan masing2. (Boleh baca kat google kelebihan takaful). Let say RM250/each. (Total RM500)

    2) ambil pelan takaful utk anak. (Child education takaful plan). Yg ni utk anak awak bila dah besar nanti. Bila dia dah masuk uni, dia akan perlu high expenses. So bila dah ada takaful ni, awak xperlu risau dah utk anak awak. Let say untuk anak awak yg sorg tu, bayaran bulanan RM150.

    3) sepatutnya dalam emergency account awak, awak perlu ada 6 bulan gaji yg diambil 10% dari net income kamu. Cth: let say gaji kamu suami isteri RM6000. ( 10% x 6,000 = 600. RM 600 x 6 months = RM3,600) . So dlm emergency acc awak should be RM3,600. Dan memandangkan awak dah berkahwin setahun 4 bulan, supposedly korg dah ada dlm emergency acc around RM9,600.

    4) Dari segi expenses, sy yakin family awak dpt manage dengan betul. So dalam surplus rm2,000 tu. Tolak rm500 (takaful), rm150 (takaful anak), rm600 (emerg acc) , awak still ada lebihan RM750. Utk lebihan ini, awak boleh fikir nak letak kat mana. Buka account tabung haji ke, asb ke, mcm2 boleh buat. Mungkin awak x rasa duit tu utk masa sekarang, tapi in the future, ull get the benefit on it.

    Bila sembang pasal financial management ni, kena fikir masa hadapan. Fikir bila satu hari nanti kita dah xdpt nk bekerja atau dah xde (nauzubillahiminzalik). siapa nak sara hidup anak2 isteri kita nanti. Rancanglah kewangan anda dengan bijak. InshaAllah, Allah akan beri kemudahan kepada hambanya yang berusaha.

  11. mcm aku, sbb susah nk saving, klu nmpk duit kt dlm acc, mulalah nk on9 shopping, aku buat mcm ni:
    -asb, sbb aku tau is a must kena simpan monthly & dpt dividen pun, aku guna untuk beli rumah or travel, x guna untuk makan..
    – skrg aku dgn laki aku tgh berjinak dgn tabung syiling, as a start bfore kitorang proceed tu tabung hijau & biru..
    – makan kt luar?seminggu skali or 2 minggu skali..mostly hari² aku masak, breakfast, lunch & dinner (dan aku pun bekerja)

  12. bro…lepas dpt gaji je..terus masuk dlm ASB…ko sikit…bini ko sikit…asb ni susah sikit nk kuo…so ko pun mls sikit nk banje pakai duit dr asb tu…kalo ade kad atm laju je nk kuo kan…mula2 kawin mmg susah bro nk menyimpan…tmbh2 pindah umh duk berdua…mcm kitorang byk benda nk beli masuk umh baru…tapi bila rase da stabil…baru bole menyimpan kot…In sha Allah…lagi satu bro…ko xyh pikir duit tu berkat ke tak ke ape ke…ko idup je mcm biasa…aku gaji pas byr itu ini…ade la balance 700 nk wat mkn belanja kt opis…beli tudung…nk mkn ape mkn je bro…ko happy ngan idup ko..ko sihat tubuh badan pun dah kira satu keberkatan

  13. Macam kak & suami buat, lps suami byr monthly commitments (kereta/rumah/pinjaman pelajaran/bil api & air/nafkah isteri), kami asingkan 10% drp total gaji utk ‘simpanan lupa’, means lps save terus lupa kewujudan duit tu. Guna acc yg xde on9 banking & ssh nk jmpa ATM machine bank tu. 5% drp total gaji utk emergency need cthnya mcm tiba2 kereta rosak/anak sakit/etc2. Lps tu kami buat tabung hijau khas utk RM5. Save utk setahun lps tu kita ada target nk beli motor guna saving tabung hijau tu.. bila ada target kita akan jd lg sungguh2 saving. paksa diri istiqomah buat semua ni.. suami kak sorg je kerja, kak stay at home mother jaga anak smbil bisnes on9 kecil2an, lps la nak beli keperluan kehendak sendiri tnpa minta2 kt suami. Hehe. Alhamdulillah setakat ni istiqomah buat saving walaupn x byk sbb monthly commitments agak tinggi esp kereta (boleh cut down lagi sbnrnya (tukar kereta murah) utk save duit lagi byk). Selain solat dhuha & bersedekah, pastikan bg mak ayah duit stp kali balik, minta mak ayah doakan kemudahan urusan famili kita & make sure gaji tu da byr zakat siap2. masih byk yg boleh diperbaiki tp insyaAllah kita buat sikit2.

  14. Bro beli 1 rumah baru under developer so down payment xbanyak kan, pilih hot area, yg senang nak jual balik. pastu sewakan. Simpan lg duit sikit, beli rumah flat plak, kwsn hot area jugak, wat sewa. Kami beli rumah flat tahun lps, tahun ni nak jual balik, total bersih tolak lawyer fee ngn deposit sblm ni busuk2 dpt 20k bro. Sape nak bg tu free2 hehe rumah lg 1 tu kami nak jual jugak busuk2 pon kalo jual below MV blhlah dpt 50k.

    Jgn beli rumah atas 250k bro sbb amik masa lama nak jual, beli apartmen/ flat mudah nak jual. Nak sewakan pon cover monthly komitmen. ok bro ini tips kehidupan.. Takpe sedekah banyak2, belanja org byk2, jgn kedekut, Allah ganti kot lain nnt.

    Psl travel, kalo nak sgt travel tiap bulan asing siap2 rm500, so ujung thn ade dah 6k. Letak kat bank yg plg susah nak dikeluarkan. Ok dats all. Topup dr nasihat2 kat atas skali. Nsht kat atas bagus utk diikut.

  15. Salah 1 cara sy buat tuk saving
    Dapat gaji terus asingkan masuk bank yg nak keluarkan guna buku
    Lps tu baru bayar bil dan lain2
    Dpt la gak simpanan skit tuk kahwin

  16. Bro duduk mana.. Klu duk KL selangor atau bandar besar lain mmg x cukup.. Boleh cari bandar baru tgh naik.. Mungkin kurang dr segi attraction area.. Tp bnyk boleh saving.. Market pun besar kalau nak start bisnes

  17. Istighfar byk2..

    Apa yang disebutkan Allah Subhana wa Ta’ala tentang Nuh alaihis salam yang berkata kepada kaumnya.

    “Artinya : Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. (Nuh : 10-12)

  18. Salah cara penyimpanan korang..bukan duit baki buat saving..tapi duit save dulu..lebih baru buat belanja..lagi satu..gaji korang ni 10k ke y saving smpai plan 1000 tiap bulan..mmg ke laut la plan tu..amik dlm 10percent j gaji kita..save siap2 jangan usik lansung..lebih tu buat belanja..simpan rm50 j pon..kalo dh tiap bulan jadi banyak jugak..dari xda lansung.

  19. Hahaha siyes kite sama bro. Aku pun gigih nal saving walau rm100 sebulan tapi lepas tu, ade jela bende yg buat, jadi aku pejam mata beli at least 0.5g syiling emas. Letak tepi siap2, kalau bro berminat boleh pm aku.

  20. Check solat.check hubungan dgn tuhan.buat dhuha..tahajuud.berserah pd Allah.konsep syukur kena ada.dapat isteri baik rahmat.dpt anak baik rahmat.sihat jrg sakit rahmat.silap kita slalu ingat DUIT bagi kita bahagia..mmg bahagia tp for short term.ade duit tp sakit tak guna.ade duit keluarga berpecah xguna.

    Kalau nak buat saving jgk..simpan duit syiling dan buat simpanan rm5.saya pnh buat 2 3 bln dpt da kumpul 2k.kena istiqamah skit.dan rezeki yg sikit tu jgn lupa syukur..

    Percayalah..kita ni manusia tidak pernah rasa cukup dgn wang yg kita ada.da dpt 500 nak 5000.da dpt 5k nak 50k plak..jd sampai bila2 pon xkan cukup.

    Allah belum nak berkehendak memberi lebih pd saudara..maka sabarlah..org bersabar tinggi ganjarannya.

  21. takde saving bukan bermaksud tak berkat. when you have done your best, but you’re still in difficulties, itu mksdnya Allah tangguhkan dulu hikmah & balasan baik utk amalan baik brother & isteri dah buat. bukan bermaksud tak berkat semata2 klu kita ada mslh dgn duit.

  22. takde saving bukan bermaksud tak berkat. when you have done your best, but you’re still in difficulties, itu mksdnya Allah tangguhkan dulu hikmah & balasan baik utk amalan baik brother & isteri dah buat. bukan bermaksud tak berkat semata2 klu kita ada mslh dgn duit.

  23. Rseny… berkah rzeki awk.. insyaallah.. tp nmpak x? ALLAH bg awk dn 1fmily cukup? Alhamdulillah… sbr.. Allah tgh buat krja dy.. rzeki awk ad pd tmpat lain tu yg awk xprasn.. insyaallah.. ddik hati utk sntiasa bsyukur je ok.. jgn sskali bsgka bruk pd Allah..ye.. jika TER… cpt2 bristighfar… pcyalah.. Allah plih awk dn fmily… tu… sbr.. Allah tgh buat krja dy.. ye..

  24. Salam dik, saving tu bukan tunggu sampai hujung bulan baru nak saving..ada baik nya saving tu dh termasuk dlm komitmen tiap2 bln..asal gaji je terus transfer duit msk akaun ASB (contohnya) setiap bulan RM300 (ikutkan nasihat ayah saya 10% dari gaji kena simpan), 10% lagi bagi parents, dan lain2 perbelanjaan tetap (duit kereta, rumah, utilities etc)..ada balance baru masuk akaun lain utk travel/apa yg diidamkan..
    Bukan nya tgk ada balance ke tak, baru nak dimasukkan ke dlm saving..terbalik kalau mcm tu..
    Selamat mencuba..

  25. Bila dpt gaji,jgn belanja dulu baru simpan,tp simpan dulu baru blanja.
    1.buka tabung haji,buat ptongan tiap bulan.
    2.buka akaun bank lain,simpan dlm rm100 setiap bulan.kad bank tu kasi frozen dlm peti.
    3.create tabung warna n tabung coins.ade duit hijau je trus masuk tabung.ade coins je masuk tabung.
    4.bykkan sedekah
    InsyAllah ade rezeki

  26. Maaf tuan sy menegor..bukan masalah cara tuan alir kn duit dengan tidak betol..tp yg utama skli adalah khendak allah…

    Sbb apa sy kata kehendak allah?
    Sbb dlm cnfess ni tuhan je tahu apa yg nk di luahkn oleh saudara..

    Apa yg sy perhati..saudara sudah ikhlas..kerja tu kerja ni..sedekah,amal baik2..tp 1 je saudara kene self recheck,adakah saudara mengeluh dengan ujian ni??jgn tanya sy,cuba tanya hati kita dan para commenter lain sblm mebangkang apa yg sy bagitahu ini..baik saudara kalian berfikir,lepas kita mngharap,lps usaha,amal,ikhlas tp tuhan tidak makbulkan tuan dan istri…kata seorang ustaz yusof mansor
    “Adakah kalian masih mngeluh dgn ujian ni dan itu?”

    Jadi…tanya dri sndri,kdg2 kita sdekah,ikhlas,tp kita di takuk lama…sbb apa?mungkin ada 1 sifat mngeluh ni yg kita nafikan ada kewujudan dalam hati..padahal sifat tu bersarang dlm hati..

    Maaf kn sy saudara..ini nasihat buat sy dan kalian smua

    • Alhamdulillah..lepas buat budget dlu kita da ade saving sket skang…tp blh maximize kan lg..just kena control some area skit2 lg…

    • Nice story!byk pngajaran kt situ..myb rzki xsmpai lg..who knows..nnti allah bg die segedebuk duit..pastu blh smpn trus..btl x?

  27. Ak rasa hidup korang tu dah bahagia sgt2 dah…untung ko bro ada bini camtu…pasal saving aku ada cadangan tuk korang….free consultation about financial management….no charge…rasa terpanggil tuk membantu…klau berminat pm je…

  28. menolong org tu amalan yang mulia.. tp secara am nye, memberi hutang la yang paling banyak hilang sumber kewangan.. janji Allah tu pasti.. insya Allah nnt ada rezeki tu.. atau mungkin skrg tgh dapat dgn bentuk yang lain..

  29. Sekadar meluahkan pendapat . pernah dgr yang cite pasal isteri kerja gaji mahal dari suami tapi still tak cukup ? last sekali suami nekad suh isteri jaga anak kat rumah lepas tu duit elok2 je boleh simpan siap ada balance lagi . Satu lagi kisah nabi dulu yg ada org mengadu gaji dah banyak tapi still xmencukupi seolah2 banyak yg keluar , lepas tu nabi suh kurangkan gaji contoh dari 5dirham jadi 4dirham . xjadi lagi sampai la 2dirham baru la elok hidup dia tu . nabi cakap maybe kerja dia tak sepadan dgn gaji dia dpt so banyak yg keluar kpd yg tak sepatutnya . lebih kurang mcm tu la . Tak cakap situasi bro macam ni tapi at least kalau amik masa nak cari artikel ni mungkin boleh ubah sedikit sebanyak insyaallah . Maaf kalau ada silap psl kisah tu . Mencuba utk membantu kan . TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *