Saya Suka Lelaki Lembut

Assalamualaikum, hi semua. Saya nak share cerita saya suka/tertarik pada lelaki lembut.

Dulu saya pernah ada kawan lelaki ni, nak kata rapat takdelah rapat sangat tapi dia layan saya sangat baik, dan ye, dia seorang lelaki lembut.

Lembut maksud saya bukan jenis softspoken atau sopan tapi lembut macam nyah. Hahaha kelakar pulak. Tapi ye, saya suka vibes2 gitu.

Lelaki ni mempunyai rambut yang agak panjang (but not panjang yang macam perempuan tu, just a guy with long hair) he looks so hot you know, tapi dia lembut vibes dia memang macam nyah kau!

Tapi I suka sebab dia ni sangat pandai menjaga saya, hati saya dengan baik. Dia hormat saya contoh walaupun dia tersentuh saya sikit dia akan minta maaf.

He’s so sorry about it like dia minta maaf macam dia dah raba saya je padahal tersentuh sikit je berlapik pulak tu. Haa saya suka cara dia. Then he treats me so well and special.

Pendek kata dia sangat hormat saya sebagai seorang wanita yang mempunyai darjat tinggi gitu.

Saya rasa special lah tapi at that times kawan2 kami, ada cakap dia memang macam tu dengan perempuan so jangan take it as a special treatment lah meaning jangan lah rasa speciallah atau jatuh hati or apa2.

Nak kata handsome saya pun tak tahu lah, saya pernah tanya kawan2 saya pasal kehenseman lelaki tu tapi kawan saya geli katanya. HAHAHA.

Saya pun jatuh hati dekat dia, dia lembut dan dia sangat memahami wanita!

Saya pernah tanya dia, sebab kawan2 saya ni ramai yang songsang, saya pun tanya dia, tapi berlapik lah, saya tunjuk gambar perempuan cantik cuns hots meletops, tapi reaksi dia just biasa2 je. Tapi saya dah confirm dia straight! Hahahaha.

Saya pernah nak confess ke dia tapi ada perkara tak diingini berlaku, kesalahfahaman. Tahu kan lelaki lembut ni dia macam perempuan sikit emosi dia. Atau boleh kata lebih dari perempuan lah.

Nak dipendekkan cerita daripada kami memang rapat dulu, setiap masa keluar berdua melekat je setiap masa sampai ada yang cakap2 belakang kami (department course saya) cakap yang kami ni in relationship gitu….

Sampailah satu masa kami tiba2 renggang, tak jumpa the awkward gila bila jumpa. Bende ni terjadi dalam masa 2 hari sahaja.

Kadang saya tertanya, salah saya ke semua bende ni jadi tapi entahlah saya rindu dia tapi mungkin perasaan saya tak sama macam dulu. Sampai lah saya kenal lelaki lembut yang sekarang ni. Saya baru kenal dengan dia, dia member kepada member saya.

Pada mulanya saya tak pandang pun. Tapi bila cara dia layan saya sebagai “kawan” ni sama macam lelaki lembut yang saya suka sebelum ni, saya jadi terpaut hati.

Like bayangkan you tengah period pain, kami tak rapat pun saya just kenal dia gitu2 je, but then bila kami keluar tu dia tahu saya tengah period pain, day after that dia keep on asking me, how are you? dah okay ke? like setiap hari beb.

Even tanya I perlukan apa like weh kau kenapa? you rarely know me?! but you sangat2 care dah kenapa kan. Then act of service memang tiptop weh! Ye, dia lelaki lembut yang gaya2 macam maknyah tu.

Kami berkawan sampai sekarang dan ye saya simpan hati ke dia.

Paling saya terharu, ada jamuan (not jamuan rumah more tu event lah) dia invite saya tapi saya memang plan tak datang tapi dia pujuk saya and I dont know dia tunggu saya dekat hall tu dari pada shah ale saya bertolak more than sejam perjalanan nak sampai sana..

Dia tunggu dekat luar sampailah saya sampai (like patutlah setiap 10 mins tanya saya dah sampai ke belum kau tunggu aku dekat luar rupanya) dalam gelap sebab luar hall tu takde lampu sangat.

Then he saw me dari jauh dia agak excited ye. Hahahaha tak ke cute tu sumpah saya pun excited sekali weh bapak happy nya dapat jumpa setelah agak sekian lama tak jumpa. Terus dia ambik beg saya dan iring saya masuk dalam. Sumpah cair do.

Tapi sampai lah saya rasa diri saya ni ada masalah. Saya happy dengan dia sebab gaya nyah dia tu kelakar namati. Vibes datin nyah. Menghiburkan and he treats me so well. Faham tak?!

Ya saya tahu tak salah pun jatuh hati dekat lelaki macam ni tapi weh. Kalau dia ni songsang macam mana? Tak ke heart brokennya aku nanti.

Dan saya takut saya sendiri yang syok sendiri sebab bila saya tengok memang dia layan perempuan lain pun macam tu weh.

Macam caring sangat. Saya kadang agak jealous lah bila tengok dia rapat dengan perempuan, yela kalau korang tengok lelaki2 lembut ni mostly kawan diorang perempuan, yang hot hot pulak tu.

Entahlah itu je saya nak share, btw saya tahu tak salah pun perasaan saya ni, cuma nya bila saya cerita pada kawan2 saya diorang semua gelakkan saya. Entahlah sebab kawan2 lelaki saya ramai yang lembut2 and saya suka berkawan dengan diorang.

– Akasia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. i pun suka lelaki lembut, masa study mmg kamceng ngn geng ni.. sbb apa? pergi mana2 mudah sbb ditemani lelaki(wlpn lembut).. masa study week, blh stay 24hrs kt library nk balik anytime pun xpe, dorg teman.. mmg terjatuh hati sbb hensem, then habis belajar move on.. tersuka plk kt officemate (pun lembut jgk).. pdhl ushar lelaki hensem sama2.. hahahaha.. tp takat tu je lah, last2 dua2 resign pastu xde contact dah..

  2. tak salah pun.. lama lama diorang akan rasa nak kahwin jugak. doa banyak banyak supaya orang jenis macam ni bukak hati untuk mencintai pasangan yang halal.

  3. Tp tu la bila suke lelaki lembut ni terpaksa hadap dgn pandangan dan mulut org. Dulu ms blaja ade bdk lelaki ni lembut confess suka kat sy. Dlm proses kenal2 xtau mcm ne ramai pulak tahu. Tp bdk2 laki la mulut boleh tahan dok tya btl ke sy nak ke budak tu, dia tu lembut. Sy ckp la ok je xkisah asal dia baik. Tp tu lah mcm2 xsedap dorg kata. Last2 si dia pulak makin menjarak dri sy. Xtau la kenape dia menjauh. Habis blaja contact.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *