Aku membesar dalam keluarga yang kucar kacir. Ibu bapaku tidak berpisah, tetapi sentiasa bergaduh atas sikap bapa yang sentiasa buat hal. Curang, boros, tak solat, tak bertanggungjawab, mentally abusive, suka mengeluarkan kata-kata tidak elok.
Ibu pula akan lempias kan kemarahan dekat anak-anak. Tapi bila dah besar, ibu berhenti memarahi anak-anak. Aku pula jadi rapat dengan ibu sebab aku anak perempuan bongsu yang masih tinggal dengan mereka setelah abang dan kakak-kakak ku berkahwin.
Aku tak nak tinggal kan ibu aku dengan bapa aku sebab ibu cakap dia boleh jadi g*la kalau hidup berdua dengan bapa. Ibu banyak kali minta cerai, tapi bapa tak nak lepaskan ibu dan ibu redha hidup macam tu. Jadi aku lah yang setia menjadi saksi pergaduhan ibu dan bapa.
Satu hari aku berkenalan dengan seorang lelaki dan kami berkahwin. Pada masa itu aku masih belum pindah keluar sebab ibu aku sakit. Sebulan selepas aku nikah, ibu meninggal dunia. Selepas itu aku berpindah ke rumah yang suami aku sediakan. Bapa aku pula tinggal dengan keluarga kakak aku.
Setelah ibu tiada, hubungan keluarga aku makin renggang. Aku pula ibarat tak dapat menerima hakikat bahawa ibu telah pergi selama lamanya. Aku sedar ada yang tak kena dengan diri aku jadi dengan sokongan suami aku pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikiatri.
Aku didiagnos dengan depression, anxiety dan post-traumatic stress disorder. Semua berpunca dari childhood trauma aku. Suami aku sangat baik. Dia merupakan tempat yang selamat bagi aku.
Tapi disebabkan aku susah kawal emosi, suami juga menjadi saksi tiap kali aku mengalami mental breakdown. Dia terlalu sabar dengan aku dan semakin lama aku sedar yang aku sebenarnya menyakiti dia. Kalau lah aku tahu aku seteruk ini, tak mungkin aku akan terima lamaran dia.
Setahun selepas nikah, aku mengandung. Selepas bersalin, aku didiagnos Post-partum depression pula. Aku tak dapat kawal kemarahan sehingga sekecil-kecil perkara buat aku marah meluap-luap.
Aku tahu, begini lah keadaan ibu aku semasa aku kecil dahulu. Sentiasa mengamuk disebabkan bapa yang tak bertanggungjawab. End up anak-anak membenci sama sendiri, keluarga jadi kucar kacir. Aku tak mahu jadi seperti ibu aku.
Suami aku bapa yang sangat baik, juga seorang suami yang bertanggungjawab. Tapi aku tahu aku menyakitkan dia apabila aku triggered. Aku selalu memarahi dia. Aku terlalu sayangkan suami dan anakku dan aku tak nak mereka sakit disebabkan aku.
Aku berbincang dengan suami, bahawa lebih elok sekiranya dia lepaskan aku. Sebab sesungguhnya suami aku terlalu baik dan aku tak sanggup untuk menyakitinya lagi.
Disebabkan aku terlalu attached dengan suami aku, attachment turned into feelings, and feelings made me vulnerable. Bila aku vulnerable, end up aku akan menyakiti orang sekeliling aku.
Pada awalnya suami aku berkeras tak mahu lepaskan aku. Dia mahu menjagaku tapi aku sedar diri yang aku hanya akan sentiasa menyakitkan dia.
Kami masih berkahwin, tapi dalam masa yang sama aku izinkan suami aku untuk mencari wanita lain sebab aku tak mampu nak provide dari segi emosi. Jadi aku akan tunggu sehingga dia berubah hati.
Satu hari, suami beritahu bahawa dia sedang berkenalan dengan seseorang. Bagi aku, senang begini supaya suami aku tak terlalu sakit untuk lepaskan aku bila dia jumpa orang lain.
Tapi syarat aku, sekiranya dia ingin berkahwin lain tolong lepaskan aku. Sebab aku tak sanggup lihat dia dengan wanita lain walaupun itu yang terbaik untuk dia. Aku terlalu sayangkan suami aku, jadi aku perlu lepaskan dia because he deserve better.
Bekas suami aku kini telah berkahwin lain. Mereka mempunyai anak bersama dan anak aku juga tinggal dengan mereka. Aku bersyukur ibu tiri anak aku seorang wanita yang baik dan terima anak aku seperti anaknya sendiri.
Anak aku juga sentiasa ceria apabila giliran dia bertemu aku, jadi aku rasa amat lega kerana aku merasakan keputusan aku selama ini tak sia-sia.
Dalam hati aku, aku masih sayangkan bekas suami aku. Tak mungkin dia akan bahagia seperti ini sekiranya kami masih berkahwin. Aku redha bahawa mungkin tiada jodoh aku didunia, dengan sikap aku begini aku tak mahu sakitkan hati sesiapa.
Kepada N bekas suami ku, saya sentiasa doakan awak bahagia. Kepada isteri bekas suami ku, A, terima kasih kerana menyayangi anak ku sepenuh hati.
N seorang lelaki yang sangat baik dan kalian truly deserves each other. Terima kasih kerana saling menyayangi antara satu sama lain. Kini aku bahagia bila aku lihat kalian bahagia.
Adakah aku tak teringin rasa disayangi pasangan? Sudah tentu aku mahu. Sejujurnya hati aku hanya ada N. Tapi tak mungkin aku akan kembali pada dia disebabkan aku terlalu sayang, jadi melepaskan lebih elok daripada bertahan.
– Awan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Besarnya pengorbanan awak… sangat kuat ye.. sy doakan semoga pengorbanan awak Allah gantikan dgn syurga Aamiin Aamiin Aamiin.. btw, terus berjuang dlm melawan kesakitan.. semoga awak sembuh suatu hari nnti Aamiin
kesudahannye ko jadi gila kah?
kau ni kan, banyak kali dah aku tengok menyibuk dekat posting orang, kalau rasa xboleh cakap benda baik. leboh baik diam
aku rasa yang gila tu engkau. aku perhati aje setiap kali kau komen.
kau ni kan, dah banyak kali aku tengok sibuk dekat posting orang lain. kalau rasa tak boleh cakap benda elok, leboh baik diam
aku doakan semoga dipermudahkan segala urusan kau di hari mendatang..besar sungguh pengorbananmu..
semoga suatu hari nanti, kau dipertemukan dengan jodoh yang baik2, yang boleh terima buruk baikmu dan bahagia hingga ke jannah..aamiin