sayang mak – 6:08 PM

sayang mak

Assalamualaikum adik2. first of all akak nak mintak maaf sbb akak bukan student uia. akak confess sini sbb page universiti lain banyak pasal cintan cintun. mintak maaf akak tumpang page korg. admin mohon approve ye.
.
akak nak cerita sikit pasal mak ni. ohh by the way akak alumni salah sebuah ipta dkt malaysia ni. dulu ambik medic. family susah. ayah buat masalah masa akak kecik2 dulu lepas tu mak ayah bercerai. mak tanggung kitorg adik beradik sampai semua berjaya masuk universiti. mak akak tu kerja jadi cleaner je.
.
tadi akak tengah rindu kat mak, tiba2 teringat kisah2 masa akak kecik dulu. masih sekolah rendah. akak ingat lagi masa tu akak dgn mak je dekat rumah. then datang seorang makcik ni naik rumah terus marah2 mak. mak akak cakap macam ni 'mintak maaf kak saya takde duit masa tu saya terpaksa ambik sikit duit jualan tu, anak saya nak makan. saya janji minggu ni saya bayar balik.' korang tahu apa makcik tu buat? dia bagi penampar and rentap rantai dekat leher mak akak. akak kecik lagi, sedih, tapi tak tahu nak buat apa. lepas tu ayah akak balik, tapi buat bodoh je dekat mak.
.
akak ingat lagi masa tu akak dah besar sikit, ayah masih duduk dengan kami. ada satu ketika ni ayah pegi outstation seminggu. mak surirumah (mak start keja lepas berpisah dgn ayah). masa seminggu tu semua macam ok. tapi lepas akak dah dewasa sikit mak akak cerita. sebenarnya seminggu ayah pegi tu dia langsung tak tinggal duit belanja. seminggu tu mak cuma makan bubur nasi kosong sebab nak bagi anak2 dia makan sedap. mak ingat ayah takde duit. bila ayah balik dari outstation, mak bukak wallet ayah nampak la duit berkepuk. esoknya mak terus keluar rumah cari keja. mak cakap dekat ayah dia taknak anak2 dia mati kebuluran. last2 ayah pun bagi. (mak tetap isteri solehah walau macam mana pun ayah buat jahat dekat dia)
.
banyak lagi sebenarnya pengorbanan mak akak dah buat untuk kami adik beradik. sekarang anak2 dia semua dah masuk universiti dah kerja dah ada master. mak baru merasa hidup senang lepas separuh abad mak dekat bumi Allah ni.
.
akak ingat semua yg jadi masa akak kecik2 dulu, mak kena tengking kena marah mak menangis semua akak ingat. hari ni akak rindu sangat dekat mak. nak balik sekarang tapi kekangan kerja. tiba2 kenangan lama tu muncul. akak sayang mak akak. adik2 semua hargailah mak ayah kita, syurga kita. kita taktahu apa yang diorg lalui semata mata nak bagi kita makan bagi kita berjaya. dan jangan lupa sedekahkan Al-fatihah dan sentiasa doakan mak ayah kita sama ada masih hidup ataupun dah tak ada.
.
adik semua belajar rajin2. mungkin adik2 tak tahu pengorbanan yg mak ayah adik2 buat untuk hantar adik2 semua masuk universiti. mungkin ada yg tengah ikat perut. tu je yg akak nak cerita. terima kasih luangkan masa untuk baca.

– kak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *