Scam Bermadu

Assalamualaikum. Hi pembaca. Nama aku scha (bukan nama sebenar). Apa yang aku nak luahkan ni hanyalah luahan dari seorang ibu tunggal yang hampir menjadi mangsa scam untuk bermadu. Maaf kalau jalan cerita aku carca marba dan terlalu panjang untuk dibaca.

January 2021, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Suami orang. Aku namakan dia A. Ok aku terima kecaman pembaca. Tapi perkenalan kami tak lebih dari seorang kawan atau kenalan. Dia bukanlah taste aku.

Maaf aku ni ada masalah sikit dengan orang yang berasal dari negeri pantai timur. Pengalaman kurang baik aku berkenalan dengan lelaki2 yang datang dari pantai timur buatkan otak aku telah di brainwash bahawa lelaki dari negeri sana kebanyakannya bermasalah.

Sejujurnya aku tahu, masih ramai lagi yang baik tapi mungkin bukan rezeki aku bertemu yang baik2. Aku sedia dikecam.

Oklah, perkenalan aku dengan A ni berlanjutan sehingga tempoh 6 bulan. Aku kenal A dekat dating apps.

Aku pun tak faham kenapa suami/ isteri orang sibuk nak join apps dating ni. Aku malas ambil pusing. Aku dan A agak serasi kerana kami lebih banyak bersembang mengenai soal kerja dan routine harian.

Si A ni agak alim. Bagi aku sebagai seorang suami dia ni memang kategori yang dikejar oleh mana-mana perempuan single la kot. Setiap hari jam 5 pagi, dia akan bagi ‘alarm’ salam tahajud atau salam subuh. Then dia akan sediakan breakfast untuk isteri dan anak dia. Setiap hari.

Then baru dia ke surau untuk tunaikan solat subuh. Kalau dia single mungkin aku lah yang akan tackle dia kot and terus aku abaikan tentang perkauman negeri. Hahaha… Tapi tulah, dia suami orang. Seorang suami dan ayah yang baik pada si isteri dan anak.

Namun pada 1 hari, tanpa aku sendiri terfikir, dia ajukan soalan ‘andai ada suami orang yang ikhlas memperisterikan you dan diatas persetujuan isteri pertama adakah you akan terima?’…

Eh, aku terus tanya soalan apakah ini? Tanpa buang masa dia tanya semula terima atau tidak?

Jawapan aku adalah tidak tahu. Sebab aku sendiri tak pernah terfikir tentang soalan ni.

Then dia pun beritahu bahawa dia rasa aku calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri ke2 memandangkan dia cakap aku bukanlah seorang yang tergedik2, dia nampak aku struggle membesarkan anak seorang diri sambil menjaga orang tuaku juga.

Maka dia rasa aku layak atas faktor dia mampu dan si isteri izikan seikhlas hati. Hahaha… Drama tv3 jam 7 mlm. Gila2 drama…

Aku katakan aku tak pernah terfikir dan terlintas. Tapi dia cuba memujuk untuk bertemu dengan isterinya. Aku setuju.

Tapi niat aku pada mulanya adalah untuk mengetahui kebenaran dari isteri A. Aku andaikan pertemuan aku dengan isteri A nanti hanyalah satu perjumpaan biasa.

Kami deal hari dan tarikh yang sesuai. Sampai pada hari yang dinantikan. A text minta aku send location rumah aku. So dia nak pickup aku kat rumah jela.

Dia cakap isterinya lebih selesa berbincang di rumah mereka kerana sebab2 tertentu. So pada fikiran aku, pkp kan? Mana boleh pergi mana2 untuk melepak or dine in mana2 restaurant pun. Oklah, aku setuju perbincangan diadakan di rumah mereka.

Setelah 30 minit perjalanan, sampailah kami ke tempat yang dituju. Ya, rumah mereka. Syurga mereka. Aku diperkenalkan oleh A pada si isteri. Aku berikan nama si isteri sebagai S. S menyambut kedatanganku dengan mesra.

Manis orangnya. Lembut, sopan dan ramah. Saat tu aku terfikir dimanakah kekurangan si isteri? Memandangkan suasana dalam rumah agak kelam jadi aku tak nampak dimanakah kekurangan fizikal S.

So aku dipelawa duduk di ruang tamu. Simple tapi kemas. Suasana dan keadaan rumah mereka tenang. Jauh dari hiruk pikuk kota. Oklah bermula perbincangan dan perkenalan kami. A keluar untuk membeli makanan, katanya adalah lebih baik perbincangan tu diantara aku dan S sahaja.

Dia rasa benda ni sangat awkward. Dah tentu awkward untuk aku juga. Tapi aku act biasa2 saja. Konon2 cool la. Padahal dalam hati Allah je tau perasaan aku. Konon2 nak merasakan pengalaman bagaimana seorang isteri merelakan si suami untuk berkahwin lagi. Hahaha… Bodoh betul…

Apa yang buatkan S ni merelakan dan mengikhlaskan A untuk beristeri 2? Sebab S sakit. Eczema ditahap terpaksa bergantung dengan steroid.

Ye dalam kami bersembang dan berbincang memang aku perhatikan tingkah laku S. Dia berasa tidak selesa. Menggaru muka. Dagu. Tangan.

Dan aku ternampak juga kesan2 kulit yang menggelupas. Alasan sakit lah punca dia merelakan A untuk berkahwin lagi. Kenapa dia tak nak bercerai? Sebab S fully housewife dan anak masih kecil. Maka dia lebih rela dimadukan.

Dan akan menganggap madu dia nanti bakal jadi sahabat dia juga. Tanpa diduga perasaan simpati aku datang. Aku tak pernah jatuh hati pada A pun. Sikit pun tak pernah. Tapi hati aku tersentuh ketika S meminta aku menerima A sebagai suami.

S sangat berharap dan dari riak wajah dia aku tahu dia sebenarnya masih belum redha tapi dia cuba kerana dia nakkan yang terbaik untuk A. Sebab A masih muda lagi. Maka dia rasa tidak salah untuk dia berkorban andai itu boleh membahagiakan semua pihak.

Disebabkan perasaan kesian dengan S yang terlalu berharap, maka aku bukakan pintu hati aku dan aku minta masa 2 bulan untuk aku fikirkan. Tetapi S membantah minta fikirkan selama 2 minggu sahaja. Ahhhh ni memang kerja gila. Aku terima.

2 minggu. Aku cuba fikirkan. Aku istikharah. Selesai solat aku tak berhenti minta Allah beri petunjuk. Petunjuk apa yang aku dapat? Aku seolah angau dengan A. Tiberrr… Setiap hari selepas pertemuan aku dengan S aku akan teringatkan A.

Setiap hari sehinggalah hari ke-7, belum cukup 2 minggu pun. Aku beri kata putus aku terima. Namun, aku berikan syarat A haruslah adil dan aku seboleh-bolehnya taknak serumah dengan S. Ini adalah permintaan S pada awal perbincangan kami di rumah mereka.

Haruslah lain rumah, gila nak serumah. Andai ada salah sorang yang kecil hati siapa yang berdosa? A yang harus tanggung. Maka bagi mengelakkan semua tu berlaku perlulah aku untuk duduk dirumah lain.

Namun, baru sahaja aku berikan kata putus tiba-tiba S text aku.. Katanya dia mahu berjumpa aku tapi tanpa kehadiran A. Aku dapat rasakan sesuatu.. Hati aku tertanya2 kenapa secara tiba2 dia nak jumpa? Dia kata dia sanggup drive datang ke office aku.

So, aku pun cakap ok boleh je jumpa. Seminggu berlalu, hari yang dinantikan tiba. S datang ke office aku setelah aku berikan location. Maka bermulalah episod dimana dia berterus terang yang dia masih belum redha dan ikhlas untuk jadikan aku sebagai madu dia.

Dia cuba namun dia tau tidak mungkin benda tu berlaku. Apa aku rasa? Tentulah agak terkilan. Kenapa setelah aku beri kata putus? Kenapa setelah aku berbincang dan memujuk kedua ibubapa aku? Kenapa dia tidak fikir betul2? Tapi apa aku mampu buat?

Aku katakan okay. No problem.. Nampak aku macam cool jelah.. Dalam hati aku agak kecewa. Sebab aku yakin A mampu bahagiakan kami berdua.

Semasa dalam perbincangan and pertemuan dengan S pun, S tak pernah sekalipun berkata yang buruk tentang A. Malah S asyik memuji mengatakan A adalah lelaki yang layak dijadikan suami oleh mana2 wanita…

Selepas dari perjumpaan S di office aku, aku telah berjanji dengan S bahawa aku akan stop contact dengan A. Aku sedaya upaya cuba jauhkan diri dengan A. Namun A tak dapat lupakan aku.

Maka bermulalah luahan hati A bahawa ini bukanlah kali pertama S meminta dia untuk mencari isteri kedua.

Ini adalah kali ketiga dimana setiap kali S diserang depressions dan anxiety, dia akan memaksa dan meminta A untuk mencari isteri kedua.

Dengan alasan dia tidak cukup sempurna untuk A. Pembaca bayangkan bagaimana perasaan suami yang selalu di provoke oleh isteri supaya berkahwin lain?

A mengatakan bahawa dia tak pernah terlintas untuk kahwin lain pun, sebab dia terima S seadanya dan tak pernah merungut sekalipun bila dia yang terpaksa buat segala kerja rumah sebab bagi dia itu adalah tanggungjawab dia sebagai suami yang mempunyai isteri yang sakit.

Tapi disebabkan oleh tindakan S yang suka provoke, maka ini lah hasil kejadian tu. Aku? Aku dijadikan mangsa scam bermadu. Tapi aku bersyukur, aku berjaya larikan diri dari kehidupan mereka.

Dan aku tak pernah ambil kisah lagi apa yang terjadi diantara mereka, yang pasti kini aku bahagia dengan kehidupan aku walaupun tidak berteman. Aku masih bersyukur dikurniakan seorang anak dan masih mampu untuk berjasa dengan kedua orang tuaku.

Aku tahu pasti aku akan dikecam hebat oleh para pembaca. Aku akan pandang kecaman pembaca dari sudut positive. Ini perjalanan dan pengalaman hidupku.

Malah aku ingin berpesan pada mana2 wanita yang single diluar sana, agar berhati2 dengan scam bermadu. Sila selidik sehabis2nya andai ada suami/ isteri orang offer untuk bermadu/ jadikan isteri no.2.

Salam kasih Scha.

– Scha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *