Scam Hantar Wang Melalui Western Union

Saya ingin berkongsi kisah saya kena Scam dengan menghantar Wang melalui Western Union. Ini adalah sebagai pengajaran bagi saya dan bagi kesedaran untuk orang ramai.

Sebaik sahaja saya selesai mengiklankan basikal saya di satu website pada Hari Sabtu, kemudian pada esok Hari nya saya pun di SMS nombor Telefon Dari USA melalui WhatsApp konon nya scammer tersebut berminat untuk memebeli basikal saya itu.

Jadi, Kami pun berinteraksi melalui WhatsApp Dan saya pun terpengaruh dengan perbualan scammer tersebut Yang mana saya memberi maklumat seperti email, alamat Dan nombor akaun saya.

Pada Hari berikutnya, scammer tersebut SMS saya menyatakan yang dia telah membayar saya melalui bank akaun nya berserta shipping charges.

Kemudian, scammer tersebut menyuruh saya membuka email saya Yang bank tersebut tadi sudah pun memotong akaun scammer itu bagi pembayaran basikal Dan shipping charges itu.

Setelah itu, scammer tersebut menyuruh saya untuk membuat pembayaran melalui Western Union bagi shipping charges tersebut sebanyak USD 276 kepada agent Yang dilantik untuk mengambil basikal Yang saya jual supaya bank tadi akan membayar kepada akaun saya. Saya pun membuat pembayaran itu tanpa ragu dan membalas email bank tadi dengan screen shot resit pembayaran.

Bank tersebut pun merespond saya Yang akaun saya akan dibayar Dalam masa 24 jam.

Pada esok Hari nya, scammer tersebut SMS saya lagi Yang mana akaun nya di debit lagi oleh bank tadi bagi insurance fees untuk basikal Yang saya jual itu sebanyak USD649. Jadi, scammer tersebut pun menyuruh saya untuk membuat pembayaran melalui Western Union dan saya pun membayar jumlah itu tanpa ragu dan screen shot resit pembayaran dengan membalas email bank tadi.

Bank tersebut pun merespond saya Yang akaun saya akan di bayar Dalam masa 24 jam (akaun saya tidak dibayar pun) dengan jumlah harga basikal, shipping charges Dan insurance fees tadi Dalam US dollars.

Pada esok Hari, saya tergerak hati untuk membuat pengesahan dengan menghantar screen shot email bank tadi kepada bank asal melaui tweeter.

Bank asal itu pun merespond saya Dan menyatakan Yang email tersebut adalah email palsu Yang dibuat oleh scammer.

Jadi saya pun melapor Kan hal ini kepada pihak polis Dan Western Union bagi siasatan lanjut.

Saya berharap, Wang saya akan di kembalikan Dan akan sentiasa berwaspada setiap masa supaya perkara ini tidak berlaku lagi.

Scammers tersebut sangat licik Dan begitu pandai meyakinkan Kita untuk memperdayakan mangsa nya. Berhati Hati lah jangan mudah terpedaya dengan tipu helah scammer. Sebelum membuat sebarang pembayaran, pastikan dulu akan kebenaran email Yang dihantar kepada Kita Dan jangan panik.

– Arddy Isma

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *