Scammer Affiliate (Shopee, Lazada, Amazon)

Assalam semua. Kisah aku panjang sikit. Tapi banyak point boleh ambil pengajaran. Harap admin IIUM Confession approve and pembaca pun baca sampai habis ye.

Aku percaya ramai yang dah jumpa iklan “Data entry. E-commerce. Affiliate dan lain-lain lagi. Iklan mostly dalam bahasa english. Range gaji yang diletakkan selalunya RM150-300. Kalau jumpa iklan macam ni, memang scammer.

Apa yang aku nak cerita memang pengalaman aku sendiri. Kalau sebelum ni, scammer target orang-orang tua atau orang kampung yang kurang berpelajaran. Tapi sekarang, budak-budak lepasan U yang ada knowledge pun dah jadi sasaran.

Semuanya berpunca kononnya nak tambah income sampingan la konon. Tapi hampeh. Kena tipu ada laah.

Aku terjumpa iklan data entry ni dekat timeline FB aku. So aku saja2 laa tekan link yang terus bawa kita ke whatsapp personal. And “receptionist” diorang memang on the spot reply whatsapp kita.

Terus dijelaskan macam mana affiliate semua ni berfungsi. Kononnya diorang ni dibayar dari client untuk naikkan rating client. Contohnya shopee, lazada, zalora. So diorang cari orang lain untuk buat kerja ni. Dan kita dibayar commision.

Bermula dengan diorang minta kita like and subscribe video and akaun tiktok. Selalunya payment dibuat melalui touch n g. Dapatlah dalam RM3 ringgit untuk 1 task.

Masa ni ok lagi. Sebab tak ada duit yang terkorban. Sedangkan ini la detik scammer nak gain trus kita. Bila kita dah percaya yang diorang ni legit. Bermula laa taktik scammer ni nak tipu duit kita.

Hari kedua aku join group tu. Admin group scammer ni cakap. Kalau nak dapat double payment. Kena buat 1 task special untuk dapat VIP Payment. So, ahli group ni berpusu-pusu setuju nak buat task. Aku masa tu pun teruja nak tau apa task untuk up level aku.

Yela, kalau sebelum ni RM3. jadi lepas ni aku akan dibayar RM6. Siapa yang tak nak kan? Then admin tu hantar 1 link shopee.

Aku pun klik. Lepastu ada barang yang harga RM170 (Hair dryer). Masa tu aku rasa macam mahal laa sebab dah hujung bulan. Duit pun tinggal serdak saja.

So aku tak jadi buat task tu. Aku ada 1 perangai tak suka pinjam duit orang. So aku stop kat situ.

Admin tu whatsapp aku private. Tanya kenapa aku tak buat task tu. Dia cakap susah nak dapat peluang macam ni, aku jawab la, aku ada RM30 saja tu pun duit buat task (eheks).

Pandai pulak admin tu suruh aku pinjam dekat kawan-kawan sebab tak sampai 15 minit akan dapat balik refund.

Tapi aku still tak nak. Esok nya, aku tunggu kalau ada task biasa lagi dalam group. Tapi sepi saja group tu. Bila tanya, admin cakap, task diberi dalam VIP group. Which means, diorang dah move next level punya group. Siapa yang tak buat VIP task, tak boleh masuk VIP group dah.

Aku ni macam sedih laa. Kalau ada duit, mesti aku buat. Then aku fikir time dapat gaji nanti aku nak pm balik admin group tu. Tapi aku ada suspicious jugak. Benda-benda kena bayar dulu ni selalunya scammer. Aku rajinkan diri send whatsapp kat semua ahli group tu.

Aku tanya sama ada diorang dibayar betul atau tak. Yang buat aku percaya, ramai yang profile gambar perempuan pakai tudung, tapi kan. Semua reply bahasa english. Siap cakap diorang tak faham malay.

Masa tu memang aku yakin yang diorang ni scammer. Masa tu memang rasa bersyukur sangat aku tak meminjam semata-mata nak buat task .

Tapi turning point aku percaya balik bila ada lelaki melayu yang reply. Dia cakap boleh percaya dan memang dibayar cuma jangan buat level tinggi lah sebab harga tinggi. So aku macam 50/50 nak cuba. 1hb aku dapat gaji. Aku terus whatsapp admin tu.

Tapi tak ada reply. Siap ada 1 tick saja. Profile whatsapp pun dah tak ada gambar. Aku pun macam. Ok laa tak buat pun tak rugi apa.

Lepas 2-3 hari. Aku scroll-scroll fb. Aku terjumpa iklan lagi. Kalini aka gambar perempuan pakai tudung lagi.

Jari aku yang gatal ni klik la link whatsapp tu. Terus bawa aku ke personal chat and profile gambar pun sama macam dalam fb. Tapi speaking english beb. Aku ni usaha la cakap melayu. Ingat dia nak reply malay jugak .

Sama macam yang sebelum, kalau nak double payment. kena buat task. Hendak diingatkan.

Masa ni aku tengah masyukkk sebab baru gaji and masuk duit I-sinar. Aku rasa macam why not to try kan. Aku pun klik link merchant yang diberi, kalini lazada. Harga RM99 saja. Aku rasa ok la. Tak mahal pun.

Then aku buat payment semua. send resit dekat admin. Admin cakap nak check dulu then proceed refund beserta komisyen. 10% komisyen.

Tak lama kemudian aku dapat notify dari online banking aku. RM108 received. Wahh.. senangnya buat duit .

Aku start rasa aku ni berjasa naikkan rating seller kononnya. Tapi aku buat payment bukan direct lazada ye. Terus direct owner katanya.

Masa ni aku tak fikir bukan2 lagi. Aku percaya bulat2. Lepastu aku di-add dalam group VIP. Task like and subcribe tiktok atau Youtube masih ada. Kalini aku dibayar double. Kalau sebelum ni RM2. Sekarang aku dibayar RM4.

Tak sampai berapa task. admin scammer ni cakap ada task urgent yang boleh dapat komisyen 30%. Diorang bagi time 30 saat saja untuk kita hantar 1 kalau nak buat task. Sesiapa yang tak sempat, tak boleh buat task ni.

Aku dengan lajunya hantar 1. Lepastu admin send private chat kat aku. Dia send link shopee. Bila aku klik. Terkejut sekejap sebab nilainya RM680.

Aku ingat lagi barang tu adalah gold charm 916. So aku rasa legit la harga ni. Kalau lah waktu ni duit dalam akaun ada kurang dari RM680, mesti aku tak buat.

Tapi tu lah. masa ni aku ada dalam RM1K dalam akaun. Masa duk berfikir-fikir, admin mintak aku settle dalam 15 minit atau akan diberi pada orang lain. Aku tutup mata then terus transfer ke number bank yang diberi. Aku send resit and berdebar-debar gila jantung aku masa tu.

Admin minta masa nak check. dalam 5 minit. Dia cakap aku dah berjaya jadi VVIP. Dia minta aku left group yang sekarang sebab nak invite masuk dalam special group task.

Aku macam blurr jap. Group task? Ada task lagi. Masa ni dah start menyesal. Aku pun left group lepas diminta screenshot yang aku betul2 dah left group.

Aku tanya admin bila refund aku nak dapat. Dia cakap aku kena buat group task. Aku be like “what the fish”. Aku argue dengan dia kenapa tak diberitahu pun kena group task bagai.

Then dia screenshot rules yang panjang2 beserta link shopee tadi. Memang ada tulis group task. Aku memang tak baca pun. Yelah, diorang minta settle dalam 15 minit. Memang fikir sama saja macam yang sebelum ni.

Aku dah tahap redaha. tapi aku still tanya apa group task tu. Dalam group tu cuma ada aku and lagi 3 orang beserta admin. Admin sent link shopee, kalini RM1500. Ternganga jap. tapi lagi 2 orang tu relax2 jer send resit dah buat payment.

Then aku cakap, aku tak cukup duit so tak boleh buat task ni. Diorang minta aku pinjam kawan-kawan kalau tak. RM680 aku tu burn. Masa tu memang nak marah pun tak guna. Salah aku jugak. Aku pun redaha saja laah. Bukan rezeki aku.

Aku sempat maki-maki sebelum di remove dari group tu. HAHAHA. Admin tu suruh whatsapp dia kalau dah ada duit nak buat task. Dah la baru 4 hb masa tu, aku tinggal kurang dari RM 500 untuk survive. Ikat perut weh tak boleh berjimba.

Disebabkan dendam kesumat, bulan seterusnya, aku search semua iklan-iklan yang sama. Kalini aku direct ambil yang terus buat purchase task.

Tapi aku cuma buat 2 task. Yang nilai RM50 and RM120 macam tu. Memang akan dibayar balik sebab kononnya nak gain trust kita.

Ada dalam 32 iklan aku whatsapp. And dalam masa seminggu aku buat. aku dapat balik duit aku RM680 and extra. Kiranya setiap 2 task tu aku dapat RM22 X 32 task = RM704. Sesiapa yang nak buat macam aku ni kena hati-hati.

Kalu boleh guna account bank nama orang lain and number phone lain-lain. Sebab diorang ni ada link memasing. Ada yang maki aku sebab tak proceed buat next task yang RM500 ++. Sebab task ni la diorang nak scam.

Aku pun ada dapat kawan baru yang sama-sama kena tipu. Aku tak cerita sesape pun yang aku kena scam ni sebab memang aku punya salah jugak. Kalau aku cerita. Means aku cerita ketidakpandaian aku kat orang. Nak report polis pun macam susah saja nak menang.

Pengajaran dari kisah aku yang tak berapa cerdik ni. nak duit kena usaha. Bukan duduk main phone then dapat duit. Lainla buat dropship ke ape. Lagi satu, ingat jangan sekali keluar modal melainkan kita jadi agent jualan tu ada logiknya.

Sekarang aku nak tanya. Ada kerja-kerja partime tak? Contoh macam menaip ke. Translater ke. Aku nak buat duit tepi. Tapi tak tahu.

Ok. Sekian kisah aku yang boleh diambil pengajaran. Assalamualaikum..

– Anggerik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit