Sebarkan Salam dan Senyumlah

Assalamualaikum readers. Aku tak tahu nak mula dari mana sebab topik ni basic sangat. Tapi sebab ramai sangat dah lupa nak buat, biarlah aku ambik tanggungjawab ni untuk ingatkan.

Bagilah salam kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa kerana dalam salam tu terkandung doa yang sangat baik iaitu sejahteralah ke atas kamu. Lebih-lebih lagi kalau orang yang kita jumpa tu tengah senyum dan pandang kita, sangat moleklah kita bagi salam. Kalau orang tu tergesa-gesa, tak sesuai, tak payahlah. Nabi Muhammad S.A.W berebut-rebut nak bagi salam kepada sahabat. Kita sebagai umat yang serba fakir pahala ni langsung tak terfikir ke nak amalkan?

Apa yang selalu terjadi ialah salam jadi benda wajib when it comes into student kena bagi salam to lecturer, junior to senior, anak kepada mak ayah, orang muda kepada orang tua… Jadi macam satu kewajipan. Kewajipan yang baik macam ni memang elok diteruskan tetapi macammana pulak jika lecturer bagi salam kepada student? Masa mula-mula aku nak berjinak-jinak memberi salam dulu, setiap kali aku bagi salam kat student aku, depa macam termalu-malu sebab ITU BUKAN KEBIASAAN. Kebiasaan dan kewajipan yang diterap semasa minggu orientasi ialah semua student perlu hormat dan berebut bagi salam kepada lecturer dan senior. Tapi bila student jumpa rakan sebaya? Macam hazab. Biasanya lelaki panggil Bro! Kalau perempuan suka guna ‘hai kak’ sebagai mukadimah sapaan. Kat mana silapnya? Silapnya sebab kita tak jadikan beri salam tu sebagai sesuatu yang sukarela.

Beri salam to non-muslim satu isu lagi. Cuba korang tengok maksud ‘Assalamualaikum’ iaitu Salam sejahtera ke atas kamu. Bagi aku doa tu sangat baik dan boleh dipraktikkan. Ada hadith yang membenarkan beri salam kepada non-muslim. Aku pegang yang tu sebab bagi aku itu adalah medium untuk runtuhkan persepsi buruk mereka kepada non-muslim. Aku mahu kawan-kawan non-muslim aku tahu bahawa orang Islam adalah baik dan ‘selamat’ untuk dijadikan sahabat. Walau pun begitu, sebab menghormati pendapat sekeliling yang menentang beri salam kepada non-muslim, aku pun tak sebut Assalamualaikum tapi tukar kepada Salam Sejahtera.

Bagi salam ni jadi habit aku sampaikan ada seminggu tu aku MC sebab warded, hari pertama pergi kerja, kawan aku cakap “Seminggu ni tak de Kak Suzie, tak de orang bagi salam kat saya pagi-pagi.” Aku terkejut sebab tak sangka benda kecik macam tu besar impaknya kepada orang lain.

Satu lagi, aku harap sangat kita berilah salam kepada semua orang termasuk yang kita tak kenal. Jangan pilih-pilih bulu. Lagi-lagi anak remaja yang kita jumpa kat taman-taman, tengah lepak-lepak atau tengah merayau-rayau naik basikal. Manalah tau dengan salam kita ni jadi doa yang melindung mereka daripada terrrrrbuat perkara nakal dan terselamat daripada malapetaka. Masa beri salam tu pandanglah mereka macam anak kita sendiri. Tanpa sebarang prejudis. Beri je salam. Next time depa pasti akan ingat kita dan kadang-kadang depa bagi salam balik kat kita. Macam satu sesi ice-breaking secara tak langsung. Pastu, bolehlah nasihat sebaris dua bila dah selalu terjumpa ye tak?

Itu jer lah nak ebbel. Sebelum chow, nak kabo beri salam adalah amalan yang sangat simple, murah dan mudah. Apa salahnya kita mulakan sekarang? Harap-harap after this korang nampak kepentingan bagi salam kepada semua oarang yang kita jumpa sama ada yang kita kenal atau tak kenal.

– Suzie Syah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit