Seberat-berat Ujian

Seberat-berat Ujian

Aku ada terbaca yang pasal bro gay tu. Aku kat sini nak menambah. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/gay-allah-masih-sayang/).

Ye. Perasaan tu memang wujud dari kecik. Dari seawal aku darjah dua. Jangan tanya macam mana perasaan tu wujud. Tapi yang pasti dari aku kecik aku dah suka dekat lelaki. Cuma perasaan tu ak bendung. Aku kawal. Sampai tak ada siapa pun yang tahu.

Dari kecik aku memang dah dididik dengan agama yang tinggi. Ilmu agama alhamdulillah secukupnya mak dan ayah aku bagi. Jadi aku jadikan semua tu benteng. Tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Sejak aku sambung belajar di kl semuanya mula roboh.

Aku tetap solat, aku tetap ingat Allah. Cerita lah mana gay yang tak takut dengan azab Allah. Aku takut sangat. Dan aku tahu ini seberat berat ujian bagi aku. Aku mungkin silap pilih kawan. Dari kawanlah aku kenal lebih jauh dunia gay ni.

Aku memang asal kampung jadi aku tak kenal semua app2 ni aku tak pernah taupun. Sejak aku duduk kl macam2 lelaki yang dah aku jumpa. Tapi aku bukanlah seteruk kawan2 yang lain. Kadang2 tiap kali aku buat benda yang terkutuk aku menangis.

Aku kecewa dengan diri. Aku rasa macam diri aku ni sampah. Jadi on off lah aku dengan application gay tu. Kadang2 rasa tu boleh dilawan. Kadang2 aku kecundang jugak.

Dunia gay ni ada macam2 orang. Jadi mungkin ujian aku macam ni. Ya aku lah yang diberi ujian Allah untuk menerima penyakit tu. Mungkin nasib aku baik aku tahu lebih awal. Jadi aku dapat kawal CD4 aku sehingga atas dari 500. Dan sekarang undetacted.

Tahu seumur hidup aku terpaksa menggalas beban sebagai psakit hiv. Ya seumur hidup. Doc selalu cakpa jangan rasa lemah. Awal aku dapat tahu hidup aku rasa tak bermakna.

Hidup aku rasa kosong. Lemah seluruh perasaan. Kadang2 sampai aku salahkan takdir. Tapi aku tahu smuany berpunca dari diri sendiri. Sampai aku menyumpah yumpah. Kenapa kawan aku yang lagi teruk dari aku tak kena. Kenapa mesti aku.

Aku sampai tahap kemurungan. Satu hari aku dah tak boleh tanggung rasa berat tu aku jumpa doc cerita masalah aku. Cuma satu yang dia bagi tau. Awak insan terpilih.

Awak dianugerahkan hiv untuk awak sedar betapa sygnya Allah dekat awak. Kawan2 awak masih bergelumang dengan dosa dosa tu. Tapi awak berbeza. Awak diberi peluang kedua.

Yaa aku sangat sedar dengan kenyataan tu. Tapi sebelum aku sedar tu syaitan berjaya menguasai aku. Dalam diri aku sampai satu tahap aku nak sebarkan penyakit tu kat orang lain. Yaa sangat berat ujian aku untuk berubah.

Sampai sekarang walaupun aku dah tak pernah buat lagi benda terkutuk tu. Aku rindu sangat nak. Aku nak sangat buat. Tapi aku takut azab Allah. Aku takut pengakhiran aku nanti tak diterima amalan amalan aku.

Aku takut dengan azab Allah. Tapi entahlah. Kadang2 aku sedih dengan orang yang mencemuh golongan macam aku. Mungkin dorang tak rasa macam mana beratnya rasa nak berubah.

Dorang semua tak tau macam mana rasanya terbeban dengan rasa suka dekat kaum sejenis. Dan aku terpaksa menanggung dua beban. Gay dan hiv. Seberat berat ujian yang aku ada. Walaupun doc selalu cakap tak ada masalah nak kawin. Tapi siapa yang nak terima orang macam aku. Siapa?

Kadang kadang tiap malam aku menangis. Aku teresak esak. Aku tak ada tempat nak mengadu. Aku tak pernah inform dekat family aku. Dan aku seorang yang menanggung.

– Aku hiv+ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap