Secebis Kekuatan & Peringatan Untuk Kaum Hawaku Tersayang

Assalamualaikum, aku perkenalkan diriku sebagai Kenanga, umur di penghujung 20an. Entah dari mana muncul ilham teringin sangat memberi sepatah dua kata untuk kaum2 yang sejantina dengan ku, kaum hawa.

Banyak yang ku baca, tentang kesakitan dan penderitaan2 yang dialami oleh perempuan.

Aku tak nak cakap punca apa, bergantung pada masing2. Ada yang sebab keluarga, pasangan, kawan2, tempat kerja, family suami, kucing, macam2 lagilah.

Tak kira apa puncanya yang akhirnya menyakiti hati kita semua kaum hawa. Tidak terkecuali juga saya yang sedang diuji.

Nanti saya ceritakan di bawah insyaallah.. tapi cerita saya bukan yang utama saya nak luahkan.

Pertama sekali kita ni hidup, tujuan hidup kita adalah beribadah kepadanya. Apa2 yang terjadi tetap focus untuk beribadah kepada DIA YANG MAHA ESA. Di samping menjalani kehidupan yang bermacam ragam yang diciptakannya, kita sering diuji.

Ujian yang paling sesakit-sakitnya bila kita mula lari dari focus kita tadi, iaitu beribadah kepadaNYA. Kadang kita sebagai hamba pastinya kita terlari atau terlalai seketika dari tujuan itu.

Contohnya, otak yang hanya focus kerja 24jam. Sedangkan itu hanyalah sebahagian hidup. Jiwa yang terlalu memikirkan pasangan, cuba untuk yang terbaik sehinggakan kita lupa yang mereka juga hanyalah hamba yang lemah seperti kita.

Ujian2 lain yang datang seperti kata2 manusia dan tohmahan2 yang menyakitkan. Sememangnya luaran akan sentiasa akan menembak kita, tapi yang kene bertahan kitalah.

Bina tembok dan dinding yang kebal dengan PENCIPTA kita YANG MAHA AGUNG. Cari balik di mana cinta hakiki kita denganNYA.DIA kekuatan kita, tempat bergantung harap. Jangan sekali-kali pisahkan dunia dan agama.

Jangan sekali-kali pisahkan kebergantungan kita padaNYA tentang apa sahaja kehidupan seharian kita. Jangan..kerana disitulah bermula segala huru-hara hidup.

Bila kita pisahkan kehidupan dari agama, sakit sudah tentu2 kita dapat kalau perancangan kita gagal atau tidak seindah seperti yang direncanakan. Kebergantungan dan keyakinan harus utuh dengan jalan takdir yang sudah tersusun indah ditulisNYA. Itu yang terbaik.

Pada kita, cukup kita usaha, cukup kita mencuba, cukup kita plan. Selebihnya harus percaya pada takdir.

Kita ni lebih kepada bercakap mengenai takdir, tapi kefahaman dan sebenar-benar faham itu tiada. Sedarkah kita bila rencana kita tidak menjadi kerana itulah yang TERBAIK.

Jalan pahit yang kita lalui tidak selamanya pahit. Begitu juga senang, tidak selamanya senang. Hidup jatuh bangun tergolek itu lumrah. Set kan kuat2 dalam minda. LUMRAH.

Mindset kita ni penting mashaalah.. Allah dah cipta cantik dah untuk hambaNYA gunakan. Apa yang kita set, yang kita fikir, itulah penggerak utama hidup kita.

Orang yang tenang dia sudah buat persediaan. yang segala ujian dunia ini lumrah. Orang yang tenang dia dah letakkan mindset yang hidup dan cinta hakikinya hanya untuk ALLAH YANG SATU, bukan duniawi.

Segala yang kita ada ini juga pinjaman yang pada bila2 masa akan ditariknya. Sayang jangan terlalu syang, benci jangan terlalu benci. Berpada-padalah dalam segala hal. Islam itu sederhana.

Kelak bila perancangan tidak berlaku seperti yang diharapkan kita juga yang akan mudah redha dan tidak akan menangis sendu..insyaallah.. kalau jalan yang diharapkan tidak menjadi, jalan Allah pasti lebih hebat lagi.

Itu salah satu luahan mengenai tembok atau benteng dalaman yang perlu dibuat spotcheck SETIAP HARI untuk kita semua. Ya, setiap hari.

Kerana manusia ni mudah lupa dan lemah. Perlu diingat2 selalu. Keduanya, apabila berdepan dengan ujian. Kadang hati dan jiwa kita ni dh jauh mengelamun pergi. Melayan-layan perasaan.

Ingatlah, syaitan sentiasa berusaha menyesatkan kita. Syaitan yang berlari2 dalam salur darah, berusaha sekuatnya menyesatkan umat Nabi Muhammad S.A.W. supaya terus hanyut sedih dalam kesedihan.

Hidup tak tenang, berdendam bermusuh sana sini..dan selanjutnya lain2 masalah lagi. Handle lah sebaiknya, matanglah dalam bertindak dan membuat keputusan.

Bila ditimpa masalah atau ujian, kembalilah kepadaNYA. Dia yang datangkan ujian, Dia juga yang ada jalan kunci keluarnya. Dia PENCIPTA, kita hamba. Makanya Dia lebih mengetahui akan segala hal kita, baik buruk, masa depan, segala-galanya.

Seperti yang saya katakan di perenggan atas tadi, saya turut diuji. Ujian saya menimpa apabila saya dihadirkan pasangan, yang mana saya sendiri pun tidak tahu adakah dia bakal jodoh saya atau pun sebaliknya.

Cuma apa yang telah terjadi sejak munculnya dia dalam hidup saya, saya terlalu meletakkan dia nombor satu dalam hidup saya sehingga akhirnya membuat saya menanggung kesakitan di jiwa.

Disebabkan ujian ini, saya muhasabah diri balik. Saya mencari-cari punca, saya spotcheck diri saya sebagai hamba ALLAH. Saya semak balik iman saya.

Begitulah kita saudara2 sekalian, setiap hari tetaplah sibukkan diri berusaha menjadi hamba yang terbaik. Serap dan lepas tenaga yang baik.

Insyaallah yang datang juga baik2. Yakinlah. Walau apapun yang terjadi tetaplah agama itu nombor satu. Buatkan hidup kita bergantung pada agama.

Bersyukurlah kita ni ada agama. Ramai antara kita yang dah lupa bahawa agama itu salah satu nikmat teragung.. Allahu.

Kalau kita lihat, budaya barat (mostly) mereka tidak sedar yang mereka dah pisahkan hidup dari agama. Ini mungkin juga terjadi dan terikut2 pada kita. yang mana hidup hanya bergantung pada usaha sendiri, bila sakit merataplah sendirian. Tapi kita ni beruntung, kita ada agama.

Kita ada pegangan yang diciptakanNYA untuk hamba-hambaNYA yang lemah. Kalau kita tak jumpa atau tersesat, kita cari balik jalan pulang. Ya, sesungguhnya akhir nanti kepada DIA jugalah kita akan pulang.

Mashaallah, semoga kepulangan kita kepadaNYA kelak dalam keadaan yang baik. Semoga dipermudahkan jalan kita semua sesama saudara. Betulkan balik tujuan hidup, juga mindset kita yang utamanya. Assalam..

– Kenanga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit