Aku saja nak berkongsi satu cerita ni. Tapi bukan pasal aku lebih kepada kisah mak aku.
Mak aku ni membesar dekat rumah anak-anak yatim. Umur dia 16 tahun dia keluar dari tempat tersebut dan, pergi lah cuba cari kerja merantau ke sana ke sini banyak tempat tanya. Tapi tak jumpa.
Sampai akhirnya ada sorang makcik ni dalam umur 30 an. Dia tanya mak aku nak kerja tak? Mak aku pun cakap nak.
Jadi makcik ni atau aku namakan Mak Tulip (bukan nama sebenar) Dia bagitahu mak aku yang dia ni nak buka kedai makan kecik je, warung makan dalam 3-4 meja sahaja, kedai dah jumpa pun.
Mak aku sebulan dua tu dengan Mak Tulip tungkus lumus bersihkan kedai, beli barang apa yang ada dan plan nak masak lauk dan berapa banyak cost apa semua.
Akhirnya selepas 2 bulan mak aku dengan Mak Tulip ni berniaga dua orang.
Mak Tulip ni masak, mak aku yang buat air, basuh pinggan apa semua. Diorang berjual nasi campur. Pagi tu jual sarapan setakat 3-4 menu. Tengahari masak pun lauk tak banyak dalam 8 jenis sahaja.
Makin hari warung yang kecik tu dah jadi besar. Jadi mak aku kerja dari muda dekat tempat tu sampai kahwin, ada anak,
Kami ni boleh di katakan memang agak rapat dengan keluarga Mak Tulip ni. Mak Tulip ni pula dia cuma ada seorang anak lelaki, suami dia meninggal waktu anak dia kecik lagi.
Tahun 2014 Mak Tulip meninggal dunia. Paling sedih iyalah mak aku. Sebab pada mak aku Mak Tulip ni dah macam ibu dia sendiri.
Dari zaman dia muda semua Mak Tulip yang tolong, cari rumah Mak Tulip tolong, kahwin dia tolong, waktu bersalin dia yang bantu mana patut.
Bila Mak Tulip dah meninggal anak dia ambil alih 100% kedai makan tersebut.
Mak aku sebelum ni pernah juga kongsi dengan kami sekeluarga yang dia ni agak tak percaya dengan anak Mak Tulip sebab cara dia handle restoran tu tak elok.
Gaji pekerja di kurangkan, jenis mulut asyik kurang ajar. Lagi satu pekerja dekat restoran Mak Tulip tu ramai pekerja indonesia.
Mak aku cakap dulu pernah diorang macam upah ramai pekerja Melayu kita tapi sayang sekali tak efficient, semua banyak buang masa, lepastu kerja memang slow.
Ambil pekerja indonesia baru berjalan lancar semua. Yang anak Mak Tulip ni tak habis dengan suruh pekerja indonesia ni bersyukur sampai akhirnya diorang berhenti cari kerja lain.
Akhirnya tahun 2016 mak aku di berhentikan. Mak aku ni sedih lah dia cakap kenapa. Dia cakap gaji mak aku mahal sangat.
Pada kami memang berbaloi lah gaji mak aku mahal, yang masak dia, yang beli barang semua dan kira stock mak aku, jaga cashier dia, closing bayar gaji tu semua dia. Kiranya waktu Mak Tulip masih hidup pun mak aku handle 70% dekat restoran tu.
Gaji hari ye, gaji mak aku RM200 sehari jadi mak aku pun cakap tak apa dia boleh potong gaji dari 200 ke RM50 asalkan dapat kerja dekat tempat tu.
Tapi anak Mak Tulip ni sebolehnya tak nak dia, cakap mak aku ni banyak membantah dia dan akhirnya mak aku di berhentikan.
Mak aku walaupun dah masuk 50an dia tetap sedih. Dia cakap restoran tu dah macam darah daging dia.
Akhirnya mak aku berhenti dan berehat. Mak aku siap depressed ye waktu ni. Sampai setiap petang tu dia drive lalu dekat restoran tu nak tengok okay ke tidak.
Mak aku pun sakit keluar masuk hospital. Tahun 2018 mak meninggal dunia.
Sepanjang tu mak aku selalu cerita dia sayang sangat tempat tu. Dari warung kecik dia berdua dengan Mak Tulip kumpul duit beli dan besarkan tempat tu. Mak Tulip siap bergadai banyak benda dulu.
Akhirnya covid melanda. Selepas covid aku baru tahu restoran tu dah tak ada. Dah kena roboh dah, di jadikan kedai lain.
Aku cuba tanya mana owner lama restaurant ni. Katanya tak tahu, cuma dah kena jual.
Aku bila terfikir rasa sedih pula bila tengok restoran tu dah hilang dah jadi lain.
Bila lalu situ dia punya nostalgic tu kuat sangat. Aku ingat lagi mak aku beberapa bulan sebelum dia meninggal dunia, dia menangis² cakap sebab tak dapat kerja dan jaga tempat tersebut.
Kami adik beradik ni membesar makan, apa semua dekat situ boleh di katakan situlah tempat core memory dan childhood kami.. Bila tengok dah tak ada, rasa sedih sangat.
Selama ni bila mak cakap dia sedih kami ni selalu cakap, “takpelah mak dah tak ada rezeki lagipun mak eloklah rehat” tapi bila kami adik beradik lalu tengok tempat tu, baru kami faham, macam ini rupanya apa yang mak rasa.
Aku ada ternampak juga arwah anak Mak Tulip dekat tiktok sekarang jual barang dekat tiktok.
Aku pernah message dia baik² dan tanya apa jadi dekat restoran Mak Tulip, tapi sampai sekarang tak di balas sampai aku dah kena block.
Rasa sedih bila legasi Mak Tulip dan mak aku hilang macam tu sahaja…
– Syai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit