Sekadar Luahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca dan team iiumc. Aku cuma nak meluah sebab tiada tempat aku boleh kongsi perasaan dan fikiran aku. Aku lebih suka dikenali sebagai bulat sebab memang aku gemuk.

Korang semua pernah tak rasa hidup ini meletihkan? Rasa seolah-olah semua yang kau buat sekarang ni tak bermakna. Macam aku, tiada yang bermakna dalam hidup aku sekarang yang mampu buat aku gembira. Aku student, belajar kos yang aku tak minat. Aku tengah praktikal sekarang ni dan manusia sekeliling tak faham course aku berbeza dari kebiasaan course lain bila praktikal hmm dah letih nak jelaskan.

Aku pun ada masalah kewangan yang buat aku tak sabar nak habis praktikal dan kerja. Tapi kewangan tu alhamdulillah masih boleh cukup makan. Dan semestinya tak sabar untuk berhenti mintak duit dekat abah mama.

Aku pun ada masalah keyakinan diri. Ada waktu aku rasa aku buruk tapi ada waktu aku dalam keadaan menerima diri aku yang bagi aku ada je rupa ni em dasar manusia perasan… Aku ada tunang and perasaan ni selalu buat aku rasa tak layak, rasa sedih sebab tak boleh cantik macam perempuan lain. Hmm, aku usaha nak kurus tapi tak jadi..

Lagi satu, aku ni overthinking sangat sampai boleh melemahkan diri sendiri. Aku jenis manusia tak boleh buat kerja last minute sangat jadi aku akan banyak fikir tentang kerja yang perlu dibuat sampai aku stres dan aku akan lepaskan kat tunang aku. kesian kau ye ciktunang boleh aku yang tak pandai kawal emosi sendiri.

Dan benda yang menganggu aku sekarang ni adalah aku terasa hati dengan sikap manusia. Hmm, aku diam kata sombong. Aku layan kata gedik. Hmm, benda ni buat aku rasa sedih. Aku pemalu sebenarnya tapi aku belajar bidang sosial jadi aku terpaksa jadi peramah supaya boleh survive sepanjang praktikal ini. Tapi hm tiada yang tahu seksa hati aku nak tipu diri sendiri nak paksa diri sendiri… tiada yang faham termasuk tunang aku sekali.

Tapi aku okay je ni. Aku sedar tiada siapa yang boleh memahami diri kita melainkan kita sendiri. Aku tahu tujuan aku sekarang adalah nak tamatkan praktikal dengan baik jadi aku akan usaha setakat mampu. Aku just nak meluah dan andai sudi tolong doakan aku, semoga aku dipermudahkan segala urusan dan sentiasa positif dalam hidup ni. Selalu lah ingat Allah uji tanda Dia sayang <3

– BOOLAT

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *