Aku Bulan (29). Baru-baru ni aku hampir nak terkena panic attack. Breathing aku masih heavy. Selang beberapa nafas, mesti ada hela nafas berat.
Punca, 3 hari lepas. Last event yang similar macam ni adalah pada tahun 2023 dan pertama kali kena pada aku masa umur tingkatan 1 (2009) sampai aku kena masuk hospital separa kritikal. Masa tu sekolah berasrama penuh.
Entahlah. Aku memang tak suka sekolah asrama tapi sekolah tu famous, jadi, mak aku masukkan aku ke sekolah tu. Orang-orang dulu mungkin suka mewajibkan kot anak-anak masuk sekolah asrama.
Aku tak tahu lah sekolah tu macam mana sekarang. Dulu, budak-budak tingkatan 1 mesti ada peraturan berbeza daripada tingkatan lain. Daripada orientasi diajar macam tu. Culture sekolah asrama ni bersifat internal. Setiap sekolah tu mesti ada, tapi berbeza. Masuk dulu, baru tahu.
Walaupun aku sekarang umur 29 tapi ada events yang suffocating, panic attack ni akan trigger which back to same symptoms masa aku kena masa umur tingkat 1 dulu.
Dua minggu pertama masa orientasi sekolah, aku ade buat mogok kat makpak aku. Masa dorang datang melawat, aku siap bawak semua barang2 (bagasi sekali dengan baldi) kononnya aku dah tak nak sambung belajar sini.
Mungkin dorang nampak aku macam melawak kot, digelakkan je aku. Padahal aku memang nak balik. Selesai lawatan, aku pun pulang ke asrama dengan hampa. Tapi aku memang nak balikkk. Takkan aku nak meraung kot kat kantin sekolah tu.
Semua murid tingkatan 1 kena bangun awal seawal jam 4.30pagi. Ada yang bangun lagi awal sebab nak rebut shower kemudian tidur balik. Pukul 5.30pagi, dorm dah kena kosong. Semua kena pergi surau. Padahal senior-senior relaks je bangun pukul 6.45 pagi.
Tingkatan 1 kena buat something yang extra, lebih awal, dan lebih RUSHING + STRESS. Aku rasa rushing ni aku punya trigger factor. Kalau stress sahaja takpe lagi tapi bila ade element of rushing tu, kena cepat-cepat buat teknik grounding.
Pukul 6.00 petang, dewan makan sudah dibuka untuk dinner. Yang beratur awal-awal mesti budak Form 1 sebab pukul 6.45 petang jap lagi ade bacaan mathurat untuk budak Form 1 sahaja. Senior-senior takde kena pun. Dorang relaks je pukul 6.45 petang datang dewan makan. Ada tu dorang buat lek je potong line budak form 1 yang dah lama beratur.
Itu tak termasuk lagi ROLL CALL yang sangatlah famous budaya nya di mana sebulan sekali mesti ada perjumpaan. ROLL CALL antara benda paling teruklah aku rasa. Senior-senior yang kerek akan point out apa yang dorang tak suka pada budak form 1 ni. Bangun lambat ke, bau badan ke, jeling-jeling, solat lambat ke dan lain-lain padahal dorang pun buat jugak benda sama.
Masa tu rasa macam fu** sebab takde siapa boleh tolong. Even my parents pun were not there. I believed if my parents ada situ, tengok what the seniors did, they will definitely pissed off jugak. Ada yang sampai jerit-jerit. Kalau kitaorang melawan, ada yang kena tarik tudung, kena tolak sampai terduduk.
The whole Form 1 was there but could’nt do anything sebab takut. Ada kawan aku sorang ni dia melawan senior. Kesian dia kena tarik tudung. Yang piau nya, kitaorang Form 1 yang beratus-ratus orang ni takde sorang pun yang nak bangkit melawan. Kitaa bangkitttt! Takde. Semua takut. Sampai form 3 dia pindah sekolah.
Masa tu aku tak reti nak make friend sangat. Kat situ ada satu culture, kalau makan seorang diri kat dewan makan, maksudnya you takde kawan. Dorang akan tengok kita makan sorang and make certain type of glance (lirikan mata). Everyone must be able to fit in.
Kalau tak pandai make friend, most probably end alone up sampai form 5. Budak-budak form 1 yang berjaya create gang group pun can be despicable (ada tendency untuk membuli kemudian tahun).
Sampailah satu petang, aku lapar tapi aku tak sempat nak pergi dewan makan sebab takde kawan. Ni masa aku tingkatan 1 ye. Aku pergi musolla terus. Lepas habis solat berjemaah, kat musolla tu ada la wirid bersama (sambil duduk).
Dalam masa 10 minit terawal, nafas aku jadi pendek. Gasped for the air. Tapak tangan aku mula sejuk. Bunyi nafas kemudian jadi kuat. Badan aku berpeluh-peluh walaupun musolla tu ada aircond. Orang kat sebelah aku bertanya, “Kau okey ke?” Tapak tangan aku yang sejuk tadi kini disusuli dengan jari-jemari menjadi keras macam mencengkam.
Mereka bawak aku keluar dari musolla, terus ke satu bilik, atas tilam. Jari-jemari tu keras walaupun dorang cuba untuk urut bagi lembut. Aku tak ingat berapa lama (minit) aku tercungap-cungap macam tu. Dorang call mak aku suruh datang malam tu. Memang mak aku datang ambik aku jugak malam tu. Kami check jantung kat hospital lepas tu, takde apa.
Tapi hampa nya, aku kena pulang semula ke sekolah. Sehari sampai sekolah, jadi balik panic attack tu. Kali ni sampai ke Hospital bahagian Separa Kritikal sebab masa tu siang dan memang aku tengah tercungap-cungap. Nurse bagi aku pakai oxygen yang letak kat hidung tu. Dorang check jantung lagi, takde apa.
Pastu, nurse tu tanya, “Kamu stress ke?” Aku angguk. Dua minggu kemudian aku ditemukan janji dengan psikiatri kat hospital yang sama. What else I can fo as a Form 1 masa tu?
Nama doktor psikiatri tu pun sama dengan nama bapak aku tapi dia Indian. Rambut, muka, semua sama macam bapak masa bapak muda. Sekarang, aku question reality aku masa tu, memang nama dan muka seiras dengan bapak ke? Atau brain aku trick aku je masa tu? Hahaha.
Sekarang jadi lah jugak panic attack tu, kadang-kadang, tapi kali ni aku dah pandai control lah. Kalau nak jadi je, aku duduk. Tarik nafas panjang-panjang, relaks, dan cuba sentuh mana-mana barang yang terdekat untuk aktifkan touch sensory.
Kalau dibiar, tangan jadi sejuk dan lost sense. Penglihatan mata (vision) boleh jadi blackout atau blurry kalau panic attack proceed to happen. Practice breathing technique, deep breathe dan cakap kepada diri, this all is temporary. This shall pass. Semuanya akan berlalu. Dan akhir sekali, slows down.
Aku perasan bila rushing, badan kita akan activate fight-flight mode and kortisol hormone tinggi. Akibatnya, buat semua benda laju. Mandi laju, gosok gigi laju, cuci pinggan laju, mop laju tapi jadi overstimulated. So, nafas nafas, hembus, slow down.
Sometimes, masih terasa penat. Tiga hari dah berlalu, I’m still catching my breathes sebab triggering factors masih ada. Dizzy. Rasa overstimulated. Tak boleh dengar orang bercakap banyak sangat, I can’t respond or articulate. Tak nak bercakap, tak nak fikir yang benda berat-berat.
Pernah time study dulu, dapat ubat penenang tapi effect dia, aku akan tidur. Aku rasa mungkin 1-2 hari back to normal.
– Si Bulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit