SBP dan MRSM Jurang Masyarakat

Hi aku Mawar. Aku nak buat confessions sikit dekat sini pasal SBP dan MRSM ye laa sekarang kan tengah hot trending cerita Projek High Council tu kan.

Aku nak bagi opinion sikit and share pengalaman aku as alumni all girls school SBP.

Jujur aku cakap sekolah sekolah MRSM and SBP ni hanya jadi jurang dalam masyarakat je selain tujuan penubuhan sekolah ni dah makin jauh tersasar.

Untuk pengetahuan semua, SBP dan MRSM ni ditubuhkan untuk bantu anak miskin yang cemerlang dari segi akademik.

Tujuan asrama itu sendiri untuk ringankan beban kos parents yang susah yang miskin untuk hantar anak mereka ke sekolah. Tapi sekarang SBP dan MRSM dipenuhi dengan anak anak orang kaya, kadang bukan T20 tapi T10 pun ada.

Zaman aku sekolah dulu, anak politician memang bersepah, anak timbalan pengarah here and there, anak anak diplomat, anak menteri pun ada.

Hasilnya? Anak anak orang macam ni yang buat sekolah macam bapak dia punya. Nak jawatan?

Parents diorang sanggup datang sekolah, bayar in terms of bagi donation, tambah kemudahan sekolah in returns anak diorang dapat jawatan tertinggi dalam kalangan murid. Nampak macam remeh kan? Ya tula rasuah.

Budak budak ni bukan hormat sangat cikgu, kadang dekat belakang kemain kutuk cikgu, buat cikgu and warden macam kuli pun ada.

Kadang aku pelik, diorang ni kaya raya, tapi takde common sense ke nak masuk sekolah swasta ke sekolah antarabangsa ke, sekolah untuk anak orang susah jugak diorang rembat.

Belum lagi start bab bullying. Kalau kau anak orang miskin, memang teruk kau kena layan. Macam opinion kau tak valid langsung.

Orang permainkan kau, ejek kau asal kampung, miskin macam macam lagi.

Waktu zaman aku, ramai anak orang susah nak pindah sekolah sebab benda ni. Padahal genius tau, memang pandai level perfect score and sekolah dekat situ pun ditaja kpm.

Tapi sebab tak tahan dengan ejekan si anak orang kaya, ramai yang nak pindah sekolah. Aku pun rasa tak tahan jugak nak pindah sebab aku tergolong dalam golongan si miskin so aku faham apa feelings kawan kawan aku.

Dekat sekolah tu yang kaya hanya kawan dengan yang kaya, dan si miskin hanya boleh berkawan dengan golongan miskin. Sounds bad?

Memang tu reality.

Yuran dekat SBP and MRSM ni bukan murah tau tapi mahal. Sebab apa? Sebab golongan si kaya la yang demand itu ini dari pihak sekolah sampai terpaksa sekolah tambah kos untuk tampung permintaan golongan ibu bapa yang kaya.

Parents yang susah? Terpaksa kerah tenaga lebih untuk anak mereka semata mata nak bayar yuran sekolah.

Kesian tau. Dulu aku selalu nangis jugak sebab aku rasa aku bebankan parents aku, walaupun results aku sentiasa top, tapi sebagai anak, aku sedih bila dengar parents aku catu makan sebab nak bayar yuran sekolah aku.

Ayah aku bekerja sebagai guru, mak aku pulak housewife. Gaji guru takdelah besar mana, susah la jugak keluarga aku ni, tapi aku langsung tak dapat bantuan kewangan waktu sekolah. Adik beradik aku pulak 4 orang.

Aku dulu sebab nak jimat beli buku, aku selalu cari buku buku kosong, buku rujukan, notes notes dari tempat pembuangan sampah. Malu pun ya jugak sebab orang cakap aku pengemis, cari buku dekat situ.

Aku pekakkan telinga je sebab aku tahu aku memang nak study je. Buku dekat mph , popular semua mahal takkan aku nak susahkan ayah aku plak.

So korang mungkin boleh bayangkan, macam mana budak budak dekat sekolah tu layan aku, even sekarang aku dah besar memang aku benci jugak la nak join event alumni or reunion sebab aku tahu perangai diorang takkan berubah, tetap sama, suka menindas si miskin.

Kalau ada kes buli, kalau pembuli ni dari golongan have have, warden terpaksa pekakkan telinga, butakan mata. Nak buat macam mana, kalau ambil tindakan nanti kena saman.

Dulu ada senior aku ni dia punya problematic perangai dia sampai dia nak bakar bilik guru.

Dengar story, dia nak cari kertas exam, dia pecah masuk bilik guru lepastu dia bengang tak jumpa apa yang dia nak. Dia pergi ambil mancis bakar kertas dekat atas meja cikgu yang dia benci.

Aku tak sure story tu betul ke tak tapi memang senior tu baran pun sebab aku pernah kena jerit dengan dia. Bayangkan aku penat balik dari prep dia pergi baling pau dekat aku, habis baju kurung aku kotor kena inti pau tu.

Tapi aku pun ride jugak, aku pergi tunjuk sign middle finger dekat dia. Time tu aku form 1.

Banyak lagi la aku nak story, tapi aku tak larat nak type. Nanti aku sambung balik la part 2

– Mawar Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit