Seksanya PJJ

Nama aku Erin berumur awal 30an, sudah mendirikan rumahtangga dan bekerja di sektor kerajaan negeri. Suami juga bekerja di sektor kerajaan dalam bidang badan beruniform.

Untuk maklumat tambahan, aku dan suami berasal dari borneo dan aku juga bekerja di borneo cumanya suami bekerja di semenanjung..

Sebelum berkahwin, aku memang tinggal dengan keluarga aku dan jarak antara rumah ke tempat kerja sebanyak 64km.. Bayangkan kalau ulang alik kena darab 2 la.. Penat?? Memang penat..

Lepas kahwin, aku ingat kehidupan aku berubah, boleh la tinggal berdekatan dengan tempat kerja.. tapi, disebabkan suami kerja di semenanjung, memang tidak dapat pindah la..

Rumah keluarga belah suami pun jauh lebih 500km dari rumah aku.. jadi, memang tiada sesiapa yang berdekatan dengan tempat kerja aku la..

Aku bincang dengan suami, aku nak cari bilik sewa yang berdekatan dengan tempat kerja aku memandangkan aku sendiri, maka suami izinkan..

Okey, sambung cerita.. awal perkahwinan aku dan suami, semua berjalan dengan lancar.. aku dan suami selalu berjumpa, kalau bukan aku ke semenanjung, suami yang akan turun ke borneo..

Dalam 1 tahun boleh dikatakan 4-6 kali kami berjumpa, harga tiket waktu tu, boleh dikatakan mampu sebab belum ada tanggungan lagi kan.. Masuk tahun ke 2 perkahwinan, Alhamdulillah aku disahkan hamil anak sulung..

Pada mulanya, aku tinggal bersendirian di bilik sewa tu.. aku buat semua sendiri, pergi klinik check up kandungan sendiri, beli barang rumah sendiri, pergi servis kereta sendiri, beli barang baby semua aku usahakan sendiri sebab aku tidak mau susahkan sesiapa..

Masuk kandungan 6 bulan, badan aku semakin lemah, dan aku selalu ditahan dihospital disebabkan kandungan kurang aktif, selalu tumpah darah, selalu cirit birit.

Waktu nie aku dah down, aku menangis, aku cakap dengan diri aku.. aku mesti kuat untuk anak aku.. tapi aku kalah, aku jadi kemurungan, asyik menangis, tidak mau makan, bercakap dengan orang pun jarang, aku dah semakin tidak tahan dengan uji yang Allah berikan dengan aku..

Aku selalu cakap sendiri, suami aku mana??? Kenapa aku yang sendirian nie?? Orang lain mengandung, suami ada di sebelah.. aku??? Urus sendiri.. tapi, aku pujuk diri aku, suami di sana bukan suka2, dia di sana pun cari rezeki untuk aku dan keluarga..

Aku kol suami sambil nangis2.. suami pujuk aku, dia minta aku doa banyak2 supaya perpindahan dia di permudahkan, dia juga minta aku ingat Allah selalu..

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan baby lelaki yang comel.. Pada awalnya, memang aku plan berpantang di rumah keluarga aku.. tapi aku fikir, takut suami tidak selesa.. jadi, aku mengalah dan akhirnya aku berpantang di rumah mak mertua aku..

Untuk makluman semua, rumah mak mertua hanya ada mak mertua dan abang ipar yang bekerja sebagai pembawa grab.. So, memang jarang ada di rumah.. Jadi, aku tiada masalah pun untuk tinggal di sana..

Sepanjang aku berpantang, layanan mak mertua sangat2 bagus.. Suami?? Lagi la layan aku bagai permaisuri.. Dia akan bangun tangah malam kalau baby nangis minta susu, dia akan mandikan baby, tukar lampir subuh2 dia yang urus..Seronoknya aku waktu tu.. Apa aku mau, semua dia buatkan..

Tapi, keseronokan aku tu tidak berpanjangan.. Habis sebulan cuti suami aku, aku sambung berpantang di rumah keluarga aku.. Mertua offer ja tinggal dengan dia, tapi aku tolak.. Aku memilih untuk pantang di rumah keluarga aku.. Bila sebelum nie suami yang buat semuanya.. Aku jadi kekok..

Waktu tengah malam aku terpaksa bangun sendiri, baby nangis aku terpaksa urus sndiri.. Kurang tidur, sudah sementinya.. Aku nangis, aku tidak tahan, aku terlampau penat, sebab tiada lagi yang membantu aku..

Aku kembali kepada kemurungan, nasib Allah selamatkan aku dari cubaan membunuh diri.. aku dah tak happy macam sebelum2 nie..

Habis berpantang, aku mula bekerja.. Aku dah tak tinggal di bilik sewa disebabkan aku dah ada anak kecil.. Jadi, aku tiada keputusan dan aku terpaksa tanggal di rumah keluarga aku dengan jarak 64km tu.. Anak aku?? Nasib baik sepupu aku yang mau jagakan, tapi aku tetap bayar dia juga..

64km tu bukan jarang yang dekat, sebelum subuh aku mesti gerak ke opis dan balik dari kerja pun sampai di rumah lepas isyak dah.. Masa aku dengan anak memang kurang.. Asal malam, aku tatap wajah anak aku.. Aku menangis, aku minta maaf dengan dia.. Aku bisik di telinga dia..

Aku cakap aku tiada masa main dengan dia.. Waktu terluang pun hujung minggu.. Tapi kadang2 aku penat.. Aku asyik tidur ja..  ku di rumah pun tengok tv ja..

Mau bawa baby jalan2?? Memang tiada la.. Masa dengan anak pun lebih kepada nenek, atok dan macik, pacik dia.. Aku layan ja dia.. Tapi tidak la serapat mereka..

Masuk usia baby 1 tahun.. mak mertua dah tinggal dengan suami di semenanjung.. mertua selalu kol untuk minta aku dan anak datang..

dari baby lahir sampai umur 1 tahun nie.. hanya 2 kali ja suami jumpa, itu pun hanya seminggu lebih.. cuti dah tak banyak..ekonomi sekarang nie, sangat2 menurun.. kos hidup di borneo nie pun sangat2 tggi.. duit minyak ulang alik aku ke tempat kerja tu, 50 ringgit boleh tahan 3 hari ja..

Nak kumpul duit untuk jumpa suami pun memang tak pernah cukup.. Itu pun kami mengharapkan tiket dari waran kerajaan..

Aku macam biasa la, asal stress mesti nangis.. Aku cemburu tengok kawan2 yang ada suami di sisi sama2 besarkan anak.. Dugaan apa yang Allah bagi nie..

Usaha, mohon suami pindah?? Kami dah usaha pun.. Tapi jawapan tetap menghampakan.. Aku mohon pindah?? Bila kerja di bawah kerajaan negeri nie, memang tidak akan dapat pindah ke negeri2 lain..

Berhenti?? Ekonomi sekarang sangat2 merisaukan.. Hutang kereta, hutang ptptn, macam2 hutang lagi yang perlu bayar.. Sebab tu aku perlu bertahan..

1 hari, aku nampak status sepupu suami aku.. Dia cakap macam nie, “apa guna kahwin jalau berjauhan, bagus tidak payah kahwin kalau macam tu, susahkan orang sekeliling ja” aku tertanya2.. Dia cakap pasal aku ka??

Aku bagitahu suami, tapi suami cakap tak payah layan la.. tak payah fikir pasal orang.. tapi biasa la perempuan, suka fikir bukan2, aku salahkan diri aku.. aku cakap, aku dah tak berguna, ada isteri yang gagal untuk suami, ada mak yang gagal untuk anak.. Ya Allah bantu aku Ya Allah..

Tak tau la sampai bila ujian pjj nie akan berakhir.. Aku dah terlalu penat, fizikal, emosi aku semua terganggu..

Itu belum lagi aku cerita aku marah anak aku, aku pukul anak aku disebabkan aku terlalu penat yang tak boleh kawal perasaan aku sendiri.. Tapi aku cepat2 sedar.. Aku mengucap panjang, aku sayang anak aku.. Aku yang penat, anak jadi mangsa..

Aku pernah cakap, sampai bila doa aku tidak dimakbulkan nie.. Asal orang pergi umrah atau naik haji.. Aku mesti minta mereka doakan aku.. Tetap juga belum dimakbulkan..

Korang yang dengar luahan aku nie.. Korang doakan la semoga suami aku dapat pindah tau.. Aku mau juga merasa bahagia bila suami ada di sisi untuk besarkan anak nie.. Mana tau, salah seorang diantara pendengar nie, doa dia dimakbulkan..

Doakan semoga suami dapat pindah bertugas dekat dengan aku dan anak.. Dan mana tau, pendengar2 nie salah seorang pegawai yang meluluskan perpindahan pegawai rendah badan beruniform..

Puan2, tuan2 permudahkan la urusan kami, anggaplah kamu berada di situasi kami.. Hanya itu ja saya minta dan pesanan saya, jangan bagi komen yang negatif tau.. Dan lagi 1 doakan saya sentiasa kuat…

Salam sayang,

– Erin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Bersabar bnyk2 Puan, jgn putus asa, teruskan berdoa dan berdamai dengan takdir, semoga Allah mempermudahkan semua urusan Puan sekeluarga

  2. Salam Puan .. Semoga Puan tabah mengharungi segala ujian dan dugaan yg Allah dah tentukan.. InsyaAllah mesti ada sinar harapan untuk Puan agar tak PJJ .. Percaya dgn takdir Allah dan sentiasa berfikiran positif .. Puan beruntung suami Puan masih bertanggungjawab dan berusaha untuk berpindah cuma belum ada rezeki ..
    Puan byk2 kan bermain dgn anak Puan , dan sy yakin anak Puan tu faham keadaan ibu nya .. Allah hadir kan ujian ini sebab Allah tahu Puan mampu ..
    Lots of Love !

  3. semoga saudari dipermudahkan urusan hidup dunia dan akhirat…
    didoakan saudari sekeluarga dapat hidup sebumbung bahagia satu hari nanti..

  4. sabar ye puan , Allah uji tanda syg . PJJ bukan penghalang bahagia . semoga urusan puan dan suami dipermudahkan oleh Allah . kuatkan semangat ye puan . lots of love !!

  5. Salam, Erin. Semoga Erin terus diberikan kesabaran kekuatan dalam menempuh ujian kehidupan. Sabar ya. Sy pun pjj jugak dgn suami. Tapi tak lah mcm Erin, seorang di utara, seorang di selatan. Sy dan suami masih dlm negeri yang sama. Tapi itu pun sampai satu masa, penat ya ampunn. Tapi kena hadap kan. Itu lah ujian berumahtangga. In sha Allah, Erin kuat!

  6. assalamualaikum puan. moga dipermudahkan urusan buat puan dan keluarga. dari pembacaan, saya harap puan terbuka hati untuk dapatkan pemeriksaan psikiatri di hospital. depression shoudn’t be taken lightly. I know you are being tough for the sake of your loved ones but you should however, make yourself a priority. after being diagnosed, then use the result as a supporting document for your husband’s transfer. really hoping that Allah will ease your way, Puan Erin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *