Salam semua. Saya CikS, anak perempuan bongsu dalam keluarga dari 4 beradik. Baru saja habis diploma tahun ni dan masih belum dapat kerja tetap.

Sekarang tengah menunggu panggilan SPA, doakan saya dapat ya. Sementara tu saya kerja kat kedai buku area dekat rumah parent saya ni.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang saya boleh dikatakan bekerjaya, dari parent sampailah abang kakak saya. Semuanya kerja kerajaan.

Parent saya dah bersara kedua2nya dari jabatan beruniform suatu ketika dulu. Ayah saya walaupun dah bersara ATM, ex rakan sekerja dia masih terbawak2 lagi panggilan Encik kat dia.

Abang sulung saya pula boleh dikatakan yang paling berjaya dikalangan adik beradik,

Dan dia jadi kebanggaan kami sekeluarga bila dia berjaya dapat kerja kat pejabat kerajaan (sori, tak boleh nak disclose pejabat atau jabatan apa) sebagai pembantu tadbir.

Sebab tu dari dulu keluarga saya memang agak jaga standard dan sekufu dalam memilih pasangan. Kitaorang selalu percaya kalau nak bahagia, kena sama taraf dan faham dunia masing-masing.

Bukan nak berlagak, tapi saya rasa benda tu penting. Mungkin sebab tu juga saya jadi agak berhati-hati bila kenal seorang lelaki ni.

Saya kenal dia dari socmed. Dia kerja kilang je. Tapi katanya dulu belajar universiti.

Jujurnya, yang part universiti tu saya nak percaya pun dalam 50-50 sebab kalau betul, takkanlah kerja kilang kan.

Tapi dia nampak baik. Saya suka dia dan proceed serious dgn dia sbb dia sopan, tak merokok, tak nampak yang pelik-pelik dan nampak beragama.

Cuma setiap kali dia ajak saya jumpa keluarga dia, saya mula rasa risau. Dalam kepala saya terus fikir, nanti keluarga saya boleh terima ke sebab macam tak sekufu.

Tapi tengok cara dia bercakap, memang nampak macam orang pandai, macam betul-betul belajar tinggi. Tapi saya tak berani nak tanya lebih, takut dia terasa atau fikir saya pandang rendah pulak.

Sekarang saya betul-betul keliru. Hati saya rasa tenang dengan dia, tapi fikiran saya asyik fikir pandangan orang.

Saya suka dia, tapi saya juga takut nanti family saya reject. Entahlah, mungkin saya ni terlalu ikut pandangan orang.

Tolong bagi cadangan anda. Perlu ke saya galakkan dia tukar kerja ke mcm mana?

Dalam masa yang sama saya takut dia kecil hati atau fikir saya materialistik..

Buntu fikir…

– CikS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. dik, banyakkan membaca buku dik.sekufu ni bukan tang pekerjaan.

    sekufu ni part pandangan ko dalam membentuk keluarga.Nilai keluarga yang korang pegang. uruskan kewangan, pandangan dalam perubatan moden(vaksin terutamanya).Ko nak bina keluarga sekufu nya cari kat situ bukannya kebendaan.Sebab material ni boleh datang dan pergi tapi bab perspektif cara jalani hidup dan nilai ni kalau nak ubah tu,,,aduhai sukarrr.

  2. Weh dek non… Hang ingat kerja kilang tu semua level operator ke? Yg level officer/executive/manager tu education pakai apa? degree/diploma /PhD la… aku baca sampai ko cerita takat ni pun dah tahu typical mentaliti stock kerja kerajaan. Sampai situ je la level thinking korang. Ape benda la~~~~ bergaul la dgn org luar dari circle kau. Jgn jumud sgt dgn rasa ‘terpaling’ tu. Perangai yg mcm ni la terbawak2 smpai ke luar sampai menyusahkan orang lain.

  3. Weh kalau kerja kerajaan jangan nak bangga sangat la……gaji ciput ja…….pelik la rasa besar sangat kerja kerajaan…..sebab tu ramai orang kerajaan makan rasuah sebab gaji ciout……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *