Assalamualaikum, nama saya Sha.
Saya berusia dalam lingkungan 20-an, saya minat animasi 2D, dan juga suka melukis dan mewarna. Biar saya luah atau cerita apa kaitan dengan tajuk yang saya letak.
Ibu saya meninggal sewaktu umur saya 5 tahun, katanya meninggal kerana kanser usus, dan beberapa hari lalu, rupa-rupanya adalah buatan dari orang yang tidak berperikemanusiaan. Di buat kerana ingin menutup kesalahan, iaitu saya, ber binti Abdullah. Faham2 jelah ye….
Saya dari kecil suka melukis, saya mengaku imaginasi saya agak luas. Setelah saya meningkat usia dalam 10 atau 11 tahun. Saya semakin minat dengan animasi 2D. Saya akan mencari peluang untuk curahkan idea saya pada kertas kosong.
Saya berada di kampung sehingga usia 9 tahun, dan pindah ke bandar. Di sekolah baru saya dibuli secara mental, diejek budak kampung,
Yang paling sedih saya mengadu pada penjaga mereka hanya abaikan, dan apabila saya pulang dan menyendiri di dalam bilik. Penjaga saya tidak langsung mahu bertanya saya okay atau tidak.
Kemudian, pembulian mental semakin teruk, di sekolah mahupun di rumah. Saya diabaikan oleh sepupu, saya di marahi kerana terlalu taksub melukis dan mewarna. Dan ayat yang saya selalu dengar, “boleh mendatangkan duit ke?”
Kenapa mesti pasal duit?
Mereka semua perli saya punya minat, saya tahu keluarga bukanlah asalnya orang senang. Saya faham, saya tahu. Saya dikategorikan sebagai memberontak, saya di cap sebagai menipu, mencuri oleh keluarga sendiri.
Saya mahu bertanya adakah, ayat-ayat itu sesuai memanggil sorang anak? Ye, saya tiada ibu, ayah tidak ambil peduli.
Kekadang mereka pukul saya tanpa sebab. Saya tak tahu apa salah saya, saya masih budak yang juga perlukan kasih, tapi apa yang saya dapat? Hanya kebencian. Sebab? Sebab saya ni kesilapan, yang tidak sepatutnya wujud.
Dalam hal ini, saya tidak salah kan orang tua kandung, sebab manusia tidaklah sempurna mana. Tapi pemberontakkan saya semakin teruk, apabila atuk saya meninggal. Saya semakin sedih, saya dibesarkan oleh dia, tapi dia dah tiada.
Saya dipindahkan ke orang ni, orang itu. Sampai ada yang tidak mahu menjaga saya, kerana? Mereka cakap saya ada cakap sesuatu yang buruk, tapi apa? Sampai dah besar saya masih fikir apa yang saya cakap sewaktu tu.
Untuk mengelak dari mendengar perkara yang tak baik, saya mengasingkan diri dan asah bakat melukis saya, tapi apakan daya, saya masih kanak-kanak yang ingin mengenal dunia. Lukisan hasil titik peluh sendiri. Dibakar depan mata, tiada langsung ayat sokongan atau sedikit pujian.
Apa yang saya dengar dari mulut, boleh mendatangkan duit? Boleh buat duit? Tiada faedah langsung. Sampai sekarang saya simpan, dan saya akan claim perkara di hari akhirat nanti.
Sudah berusia 16 tahun, saya ambil jurusan IT. Walaupun susah saya kawan ii yang membantu saya, saya suka berada di asrama. Tak perlu duduk dirumah yang terlalu toxic.
Orang lain suka balik rumah, saya seorang je yang tidak mahu balik. 2 tahun saya belajar, saya pulang ke rumah semperna cuti panjang.
Saya sentiasa simpan lukisan hasil sendiri didalam satu bag, dan saya akan melihat semula, kerana itu sahaja yang menjauhkan saya dari negatif. Tapi apakan daya, bag yang penuh kenangan dibuang begitu sahaja.
Pagi sampai malam saya mencari, dan berharap bag itu muncul semula, tapi tidak. Kepercayaan saya kepada mereka semakin pudar. Dan disitu saya susah untuk membuka hati.
Selalu dibandingkan yee? Hurm, ada. Kenapa tak dapat A? Ni kenapa E?D?. Saya bingung, adakah yang itu mereka pandang? Bagaimana usaha saya?
Adakah saya yang bersalah apa yang saya buat? Saya masih budak kenapa layan saya sepert itu? Lain kali hantar saja ke rumah anak yatim piatu, biar pun ibu kandung amanahkan. Kalau apa yang korang buat hanya untuk merosakkan pemikiran seorang anak?
Untuk pengetahuan umum, saya ada depression selepas ibu meninggal, dan semakin kritikal hampir kepada bipolar. Sejak ada perasaan dendam, sekejap rasa kesian kalau saya berbuat gitu.
Pemikiran intrusive semakin lama semakin active, jika bukan kerana saya beragama islam, mereka semua tidak wujud, dan pemikiran saya yang gelap berkata, tak akan teragak-agak untuk kotorkan tangan, daripada jadi seorang yang munafik dan hipokrit.
Apa kata all out sahaja, tunjuk kepada mereka apa itu JAHAT, TIDAK BERHATI PERUT, TIADA BELAS KASIHAN, SIMPATI.
Tapi saya berserah pada ALLAH, walaupun pemikiran saya gelap, saya cuba untuk tidak membiarkan hati saya gelap. DIA ada rancangan yang baik, dan semua ujian ada hikmah, saya percaya. Dan apa yang saya buat adalah bersabar, sabar dan sabar.
Saya seperti bom, bila-bila masa sahaja saya akan jadi macam mereka. Dan berdoa diminta jauh2 lah perkara seperti itu.
Kepada mereka yang membaca, inilah perkara yang membuat seorang individu akan jadi semakin teruk. Jika tidak mempunyai mental dan hati yang kuat, susah nak hidup, apa yang terjadi pada saya, saya boleh tahu orang itu boleh buat kawan atau tak?
Saya mengasah observation skill, tidaklah pro, tapi cukup untuk terima di dalam lingkungan kawan-kawan.
Sekian Terima kasih….
– KAGE nama Jepun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit