Selalu Percaya Pada Gerak Hati itu Tanda “Red-flagged” Allah Nak Bagi

Assalamualaikum. Cerita aku agak panjang. Kalau sudi baca and dipostkan di IIUM confession alhamdulillah. Moga menjadi pengajaran pada semua wanita kat luar sana.

Aku Mimy (bukan nama sebenar) berumur hujung 20-an. Aku kenal dengan sorang lelaki di Universiti dalam satu persatuan. Dia senior aku. Boleh dikatakan orang yang dihormati dan dikenali dengan sifat “baik”nya itu. Malah dia juga orang yang aku sanjung tinggi kerana akhlak dan peribadinya.

Aku memang crush kat dia daripada kami satu persatuan. Cuma sekadar crush biasa2 lah. Sebab dia ada ciri2 yang aku suka. Aku pernah putuskan hubungan dengan ex sebelum dia asbab ex tiada bimbingan agama. Malah keluarga ex pun begitu. Aku putuskan hubungan sebab aku sendiri tak yakin dia boleh membimbing aku dan keluarga kecil kami nanti.

Jadi, bila aku lihat si dia ni daripada dalam persatuan lagi nampak penuh dengan ilmu agama. Namun, tidaklah menunjuk seperti ustaz ke apa. Humble to the earth seperti orang biasa namun kita tahu dia ada agama dalam setiap tindak tanduknya.

Aku jatuh hati pada si dia masa dalam persatuan masa ada satu program. Waktu tuh solat subuh, dia imamkan rakan2nya. Aku jatuh hati sebab bacaan dalam solat dan doa selepas solat. Mendayu dayu rasanya. Aku tak sangka dia yang menjadi imam masa tuh.

Pada awalnya hanya crush biasa2 namun lama kelamaan aku jatuh cinta sebab peribadi dan agamanya pula. Ciri ciri yang ada pada dia ckup buat aku gembira dan memang ciri2 pilihan keluargaku.

Aku simpan jela perasaan tuh sebab yela kan takkan aku nak meluah pada lelaki pula. Masa tuh aku pun belum habis study sedangkan dia sudah last semester. Aku buat biasa shj. Dia pun sudah ada gf masa tuh. Doktor pula tuh gf nya. Siapalah aku ni yang hanya insan biasa biasa.

Namun, aku sering berdoa “Ya Allah, andai kau rasa aku sudah bersedia untuk bertemu jodohku, maka kau temukanlah aku denganNya dalam keadaan yang baik. Jodohkanlah aku dengan orang yang seperti “Si Dia” (sebut nama penuhnya).

Tak lama lepas tuh, dia pun dah habis study and sudah bekerja sbg engineer. Aku masih lagi berada di semester akhir. Ada satu gathering persatuan masa tuh dengan alumni. Dia pun ada sekali masa tuh. Aku happy la dpt join. Tapi masa tuh aku takde lah fefeeling sangat. Sbb dah tahu dia ada gf.

Tup tup lepas gathering tuh dia text aku, tanya2 pasal aku. Aku pun baru tahu dia baru lepas clash dengan doktor tuh. Tak sampai sebulan pun lagi clash nya tuh. Dah cari aku. Aku pun bodoh masa tuh, asbab penah suka kat dia. Aku pun layan lah akhirnya kami “couple”.

Atas tiket aku cakap aku tak nak cari bf tp aku nak cari suami. Aku betul betul taubat and tak nak dah cintan cintun ni macam ex lepas. Agama tah kemana. Solat kemana. Aku berubah and betul2 nak cari hidayah untuk ubah diri menjadi lebih baik. Sbb tuh aku mencari yang mampu bimbing aku and ada niat sama macam aku.

Aku tertipu dengan si dia, menjanjikan ayat “Duit kahwin ada dah, rumah pun dah start cari, tapi calon je takde”. Hmmm puih. Baru keje setahun. Baru keluar kete. Aku student masatuh. Aku budak. Aku bodoh sangat percaya. Walhal dia cuma nakkan aku ni jadi gf dia. Jujur mungkinlah ada niat dia nak kahwini aku, tapi tidaklah setelus aku terima dia seadanya. Dia sebenarnya hanya jadikan aku ni bahan eksperimen.

Masatuh aku ni memang popular dikalangan mulut2 lelaki dalam persatuan aku. Aku tahu aku ada rupa, ada character, ada brain, ada personality. Ramai bercakap cakap. Aku pun baru tahu daripada kawan2 satu persatuan. Selama ni aku rasa aku biasa biasa shj. Nak cari pengalaman dan build up interpersonal skills je dalam persatuan.

Bila mereka semua dpt tahu aku bersama dengan si dia masatuh. Fuhhh macam couple of the year la cakap. Tapi tak lama kami kenal tetibe dia senyapkan diri. About 6 month kenal tetibe dia berubah. Senyap and misteri. Paling aku sedih ialah dia suka sorok aku.

Masatuh aku pikir oh mungkin dia jenis tak suka show off. Aku selalu gaduh dengan dia sebab dia ada “bestfriend” perempuan yang slu melekap dengan dia. Bff perempuan dia ni pun satu persatuan juga. Aku baik je dengan bff dia tuh. Dengar cerita ramai dalam persatuan cakap bff dia tuh syok kat dia lama dah. Tapi dia je buat tak layan. Hmmm ntah la.

Since aku dengan dia, bff dia tuh benci aku semacam. Bertalam dua muka. Aku cuba untuk link dengan bff dia sebab aku faham kawan baik macam mne. Aku pun ada je kawan baik lelaki. Aku sangat menjaga batas lepas tahu kawan baik laki aku ada gf ke apa. Make sure aku ada relationship yang baik lagi dengan gf dorang. Sebab kita sayang friendship kita. Kita kena juga respect apa yang kawan baik kita sayang.

Tapi tidak pada bff perempuan dia ni. Banyak kali juga gaduh sebab dia sendiri tak suka nak kenalkan aku atau buat aku ada link dengan gang dia atau bff dia. Macam aku ckp dia macam nak sorok aku seolah olah aku ni macam tak wujud. Aku ni sekadar satu prize of competition je. Sedih masatuh. Aku cuba faham. Tapi tetibe dia senyap and hilang.

Aku cuba nak face dia, bermacam alasan bagi tak nak jumpa. Tak reply whatapps. Tak angkat call. Aku sedih. At least kau tak nak aku, kau bagi la statement. Ni buat aku macam tertanya tanya apa status aku. Last last aku cakap kalau dia terus senyap. Aku anggap la kita ni takde pape dah.

And memang yes dia buat gituh. Aku kan macam tak tahu nak cakap apa. Aku rasa dia sangat tak matang. Orang yang aku sanjung, aku hormati, aku sayang. Perangainya macam ni.  First time dalam hidup aku, aku kena reject dengan orang yang aku suka and aku rasa perfect sangat tuh.

Aku nangis sepuas puasnya. Hati aku macam kena robek. Kena toreh dengan pisau. Kalau aku salah, cakap lah. Kenapa buat aku macam takde harga diri? Aku sampai letak alquran kat dada bila nak tidur sebab hati aku terluka and pedih. Setiap kali aku nk tidur aku akan nangis. Alquran lah pengubat hati aku.

Alhamdulillah since daripada tuh aku banyak taubat, dulu aku nak jodoh macam dia. Aku dapat dia. Aku ingat dia jodoh aku. Rupanya tidak. Mungkin sebab aku pun lupa diri. Allah bagi nikmat untuk diuji, bila bila masa dia boleh ambil balik.

Aku belajar untuk redha. Aku jadi matang lagi. Aku belajar menilai lelaki mana baik mana pura pura baik. Aku budak. Aku masih mentah. Aku takde contoh aku nak rujuk. Takpe aku bangkit lagi. Aku dah la masatuh semester akhir. Banyak sangat benda aku kena siapkan. Tapi entah daripada mana Allah bagi aku kekuatan. Aku teruskan sampai habis semester aku.

Sebulan lepas tuh, aku terjumpa dia kat majlis wedding kawan aku satu persatuan. Aku terkejut. Masatuh aku bridemaids. Tapi aku buat bodoh je. Aku buat tak nampak je dia. Aku tak layan dia. Tak tegur pun. Tapi orang lain semua aku sambut dengan senyuman and teguran. Aku tak benci dia. Aku sayang. Sakit tuh masih ada. Tapi aku benci sungguh dengan perbuatan dia kat aku.

Malah lagi aku terkejut, dulu aku pernah ajak dia datang sama sama pergi wedding kawan aku ni tapi dia tolak aku. Kata busy keje. Kali ni boleh plak pegi dengan bff dia tuh. Hmmm entahlah. Dia pernah pegi kedah nak jawab exam PTD sanggup ajak bff dia teman dengan adik perempuan dia drive jauh2. Tapi aku dia tak bagi ikut. Hmmm apa lah perasaan aku masa tuh. Sedih sebab rasa tak penting. Haish ntah lah. Ke aku je rasa macam ni.

Kebodohan aku tak berhenti kat situ, lepas je 3 hari wedding kawan aku tuh. Dia text aku. Call aku. Cari aku. Aku macam nak apa lagi jantan ni. Aku agak terkejut la dia cari aku. Aku malas nak layan. Walaupun hati ni meronta nak kat dia. Aku tak suka dia kacau aku. Tapi konsistennya nak kawan dengan aku balik selama 3 bulan tuh buat aku rasa macam dia ni sungguh2 ni.

Aku tertipu lagi. Aku tak tahu la aku ni bodoh ke atau terlalu positif. Aku sangat sangat keliru dengan personality dia. Dia ngaku dia salah, dia ada masalah lah dengan family bagai. Dia serabut. Sedangkan masatuh aku ada call dia masa raya haji dalam tempoh kami putus tuh sebab aku nak tanya apa status aku.

Then dia kata kita dah takde pape. Apekejadahnya lah aku cair balik lepas dia pujuk aku 3 bulan. Ntah la labuuu. Aku ni nak kata bodoh tak pun. Tapi aku memang bodoh dan tertipu dengan penilaian aku sendiri.

Dalam dunia ni, tak pernah lagi orang cakap si dia tuh jahat. Semua baikkkkkkk je. Lagi lah aku tertipu. Rupanya hanya orang terapat je tahu perangai sebenar dia macam mne. Aku pun bercinta dengan dia and aku cakap kali ni aku tak nak main main. Kalau dia nak aku, halalkan aku. Tak lama lepas tuh dia bagi aku cincin risik. Aku happy giler. Dah beli jiwa la kononya. Aku pun dah start keje masa tuh. Aku gembira sangat. Relationship kami okay je.

Dia banyak bantu aku sebenarnya. Dia seorang yang bermotivasi, protective and berfikiran macam orang tua skit. Dia bukan risk taker. Dia orang yang mementingkan kestabilan. Aku okay je. Tapi lama kelamaan sifat dia makin nampak, hmmm 6 bulan kenal dulu semua dia support kata dah stabil nak kahwin, tetiba ohh bila keluar dia minta split bills. Aku masatuh pikir pun tak suka bebankan lelaki. Tak suka kena cop pisau cukur. Aku okay je la.

Semenjak daripada tuh, tak pernah sesen pun dia bayar meals kalau dating. Apatah lagi wayang. Tak pernah la. Boleh kira pakai jari itupu tak penuh pun jari. Aku respect dia. Mungkin dia nak kumpul duit kahwin dah la dia anak pertama banyak tanggung keluarga. Aku terima dia seadanya.

Masa pun berlalu, aku makin stabil dalam kerjaya daripada baik motor sekarang dah mampu beli kereta. Aku punya income pun makin stabil. Namun, dia mulai start menekan aku macam merendah-rendahkan aku, menghina apa aku suka & seolah olah moralized down aku. Aku tak faham sebenarnya kenapa. Dia tak suka aku lebih daripada dia mungkin.

Tapi dia engineer jauh lebih hebat daripada aku. Aku hanya seorang sales person kat satu company kecil. Aku kecik hati sebenarnya bila dia tak suka jawatan dan company pertama aku. Sedangkan aku happy and bersyukur aku dpt apa yang aku idamkan. Ntah lah. Aku positif lagi. Aku kuat. Mental aku kuat. Sebab tuh bertahan sampai 4 tahun agaknya.

Dia pernah bawa aku jumpa parents dia & family besar dia. Jujur aku rasa family kami sekufu. Budaya and culture sama. Senang blend. Aku happy bila ahli keluarga and especially opah dia suka tentang aku. Sampai setiap kali dia balik kampung mesti suruh bawa aku balik.

Opah dia sayang sangat kat aku. Tak pernah satu pun event family dia aku takde. Pasti semua suruh invite aku. Mak sedara dia semua baik belaka dengan aku sampaikan lebih selesa dengan aku daripada anak buah dia. Aku rasa sangat welcoming. Family aku pun begitu pda dia. Family aku memang trust and suka betul dengan dia. Aku kenal taste family aku ni. Aku happy walaupun dia selalu mistreat aku kadang2. Hmmm aku hilang self-respect dah sebab aku sayang dia dan hubungan aku ni.

Ckup 3 tahun kenal, dia ajak tunang. Aku pikir dia bersedia dah la. Sebab aku rasa aku tak bersedia. Tapi aku pun masatuh dah 25 tahun. Nak tunggu apa lagi orang nak masuk meminang dah. Masatuh memang aku dapat rasa dia macam membuak buak nak bertunang tuh sebab kawan kawan rapat dia dah start kahwin and tunang. Dia pun sama lah tuh ikut.

Bertunanglah kami pada Julai 2018. Meriah sangat majlis kami. Kedua dua family happy giler to each other. Siap berbalas pantun antara nenek dan opah kami. Punyalah meriah majlis tunang tuh. Tak tahu nak describe how happy it is yang terpancar pada muka semua orang. Alhamdulillah syukur.

Bermulalah dugaan satu persatu, kami macam mula gaduh yang besar besar sebab kurang komunikasi. Terhalang sebab dia takde ruang nak cakap dalam rumah dia. Bilik dia share dengan adik laki dia lah. Dlu dia duduk bilik asing. Pastu dia minta duit hantaran bahagi dua sebab dia kata dia tak mampu nak bayar sorang.

Duit hantaran aku RM12k. Dia dah bayar RM2k masa tunang. Balance lagi RM10k. Aku setuju juga sebab aku pun tak suka nak bebankan dia. Tapi sebab aku nak jaga hati keluarga juga. Aku setuju lah bahagi dua bantu dia. Keluarga tak tahu.

Aku keje biasa je. Aku sedar aku tak mampu nak kumpul dalam masa setahun. Aku pun tak sangka dipinang hujung tahun tuh. Aku ikhtiar nak cari duit lebih nak cukupkan duit hantaran aku dan keperluan majlis aku. Aku buat bisnes. Jujur aku bekerja siang. Malam aku buat bisnes. Memang takde masa sangat. Orang nak cari duit kahwin katakan.

Start daripada situ kami makin panas. Dia tak suka aku berbisnes. Sebang kata dia memang tak suka dunia bisnes, orang sales, atau apa apa lah yang sewaktu dgnnya. Pada pandangan mata dia, tak stabil dan takde masa depan. Makan gaji lebih elok dan terjamin. Tapi apa pilihan aku ada. Aku amik peluang mana yang membantu aku masa tuh dan aku mampu buat.

Jujur cakap Allah jumpakan aku dengan bisnes yang ada Mentor. Allahuakbar mentor aku ni banyak didik aku dr segi bisnes mahupun insaniah. Aku jadi lebih baik. Aku jadi lebih matang. Lebih memahami pertalian bisnes dan Tuhan. Aku syukur. Tapi si dia ni tak suka. Aku siap dapat award lagi capai sales tertinggi. Aku sampai kena paksa dia datang majlis aku untuk raikan aku.

Jujur aku sedih. Sedih dia tak nampak sape aku. Dia tak nampak nilai aku. Dia tak nampak usaha aku. Dia tak nampak nilai aku macam orang lain nampak. Aku tetap teruskan bisnes. Terus menuju kejayaan satu persatu. Aku ketepikan sakit hati aku. Aku makin keras sebab dia didik aku jadi kuat bila dia buat aku macam tuh.

Dipendekkan cerita, aku tahu kami dah dingin. Dan aku pun ego juga untuk bercakap. Aku sedang berjuang untuk dia. Tapi dia pulak macam budak tak matang nakkan 1001 perhatian and patutnya lelaki yang kena susah payah halalkan aku. Ni aku pulak macam separuh mati nak bantu dia halalkan aku.

Pastu ada satu scene aku tak leh lupa dia ada cakap kat aku macam ni, “Lepas ni jangan nak kenalkan i dengan orang2 bisnes u, i tak suka”. Terjelepuk aku. Bukan sokongan yang aku dapat malah benci. Dengan aku pernah tanya lepas kahwin nanti kita nak duduk mana & aku cakap la meh aku bantu cari rumah sewa dulu nanti mudah you nak survey2. Sebab aku tahu dia pun busy.

Dia cakap kat aku dalam nada tengking, “Eh you boleh tak jangan nak sibuk pasal rumah, biar i yang cari pastu tak payah nak tanya2 nak bayar separuh la apa la. Malu la i sebagai lelaki!”. Aku terus terdiam dalam niat nak ringankan beban dia malah aku ni jadi penambah stress.

Aku malas dah nak tanya pasal kahwin ke apa dah. Sebab takut dia naik hantu. Aku diam and teruskan macam biasa kehidupan. Tinggal lagi 4 bulan nak nikah. Aku dah risau. Satu apa tak prepare cuma sebelah aku pakai wedding planner. Dah booking siap. Takde apa dah nak pikir sangat kecuali barang hantaran je.

Then, dia beriye suh aku booking slot kat MAIS untuk kursus kahwin. Aku pun gigih. Duit yang aku allocate untuk kursus kahwin masatuh aku dah terpaksa guna bayar saman kete. Tak pernah2 kena saman sampai kena angkut kat depoh kereta ntah macam mne tah masatuh. Mcm2 dugaan signal Allah tak kasi jadi. Tapi aku positif lagi.

Lepas kursus kahwin, aku ajak dia makan masatuh. Sebab aku lapar sangat. Dia ajak solat asar dlu. Ye aku tahu kita solat dlu. Just aku cuma mention nanti kita pegi makan ye. Ditengkingnya aku, “Eh pegi mampus la u pye lapar, skg solat asar dlu boleh tak!” Aku kan macam terpana and confuse. Aku tahu apa dia cakap tuh betul kena solat dulu. Tapi tak boleh ke dia berlembut.

Aku tak sedar lagi masatuh bahawa pandangan kasih tuh dah takde untuk aku. Aku bodoh. Bodoh masatuh. Aku solat asar dalam keadaan teresak esak. Sedih. Kenapa ye dia kasar sangat dengan aku lately. Lagi nak kahwin lagi kasar. Aku ni macam buruknya kat mata dia. Aku ni macam pilihan yang salah untuk dia.

2 minggu lepas pegi kursus kahwin, dia ajak jumpa. Aku sesat masatuh. Signal lagi Allah bagi. Aku tak nampak. 4 tahun kenal selalu jumpa. Tetiba malam tuh boleh sesar. Rupanya dia nak putuskan pertunangan. Fuhh aku tak tahu nak cakap apa. Segala yang aku fight selama ni untuk sape.

Dia kata dia tak nak isteri dia ada bisnes, dia nak isteri yang pukul 5.30pm dah terpacak kat rumah siap masak, dia nak isteri yang sentiasa ada dengan dia bukan yang kuat kerja. Dia tak suka orang tgk dia menumpang senang isteri. Dia tak tak suka aku sebab dia kata aku nanti kurang ajar dengan dia sebab aku mampu beli segalanya tanpa dia. Dia kata nanti aku tak hormat dia and maki hamun dia. So dia nak putus.

Aku terkejut. Tergamam. Aku letak cincin depan dia. Aku masuk keta and nangis sepuasnya. Katanya dia dah istikharah 5 hari muka aku takde dalam mimpi dia. Takde petunjuk ttg aku. Pastu kawan dia nasihat dia putus dengan aku. Aku kecewa buat kali kedua. Setelah aku percayakan dia dan beri hati aku, aku dikecewakan lagi sekali. Betapa bodohnya aku.

Aku hilang arah. Aku tak keruan. Bisnes aku dah meletop letop. Kerjaya aku makin stabil. Tapi aku ditinggalkan terkontang kanting disaat umur aku dah lanjut pda 26tahun. Siapalah yang nak kat aku lagi. Allahuakbar. Keluarga aku kecewa. Teruk kecewanya.

Keluarga dia datang dengan official. Menangis juga abah dia depan keluarga aku dengan keputusan dia. Ntah lah. Dah takde jodoh. Takde bincang dengan aku nak betulkan keadaan. Tiba2 dah buat keputusan hasil bincang dengan kawan. Dia nk kahwin dengan aku ke kawan dia?

Aku redha. Puas cari redha. Aku banyak belajar. Aku lgi dekat dengan tuhan. Bertambah dekat. Aku mulai cari ilmu. Aku banyak dgr motivasi Prof Muhaya dan Ustazah Asma’. Mungkin itu cara Allah nak jawab persoalan ada dalam kepala aku. Tapi aku tak sekecewa dulu. Aku macam lebih matang dan bersedia.

Separuh hati aku lega sebab aku tak duduk dalam penjara diri sendiri lagi. Aku rasa sayap aku kini boleh terbang lagi tinggi. Aku makin berjaya kini. Dalam bisnes dan juga kerjaya. Aku dpt tawaran bekerja di bank ternama pula. Rezeki datang selepas dugaan.

Namun, jauh sudut hati kecik ni masih perlukan teman. Moga Allah temukan aku dengan jodohku yang tepat. Dia memang baik tapi bukan yang terbaik untuk aku. 2 bulan lepas putus tunang dia dah update gf baru dia dan dah bertunang dah. Mungkin tahun ni dia kahwin lah tuh. Sangat2 berbeza layanan dia pada tunang baru dia tuh dengan aku. Mungkin aku yang tak baik dlu.

Aku doakan kebahagiaan dia. Aku takde dendam malah aku slu doa moga wanita tuh bukan mangsa seperti aku. Alhamdulillah makbul. Insya Allah malaikat akan doakan aku pula. Aku tahu aku tak baik, tapi bukankah dalam setiap insan ada nilai kebaikan jika dilihat dengan mata hati? Mungkin dia tak nampak. Takpelah.

Doakan aku ye moga Allah sudi lindungi aku dengan jodoh yang betul dan betul2 sayang and nak jaga aku juga agamaku. Lillahitaala.

Setiap signal Allah bagi bila benda tak baik berlaku selalu reset minda betul ke apa yang kita lakukan? Betul ke bagaimana orang treat kita? Jangan sampai kita hilang SAYANG pada diri sampai tak nampak “Red-flagged” atau “Petanda” Allah beri.

Sayang diri sendiri dlu. Bahagiakan diri sendiri dlu. Baru kita mampu memberi. Sayang dan bahagia tak boleh diberi, hanya boleh dikongsi. Kalau kita tak boleh sayang diri sendiri kita takkan mampu sayang orang lain. Begitu juga hormat dan bahagia.

Moga bermanfaat kawan kawan. Doakan yang baik baik ye buat aku yang sedang berjuang.

Thank you sudi baca. Assalamualaikum.

– Mimy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *