Seller Oohh Seller

Hai admin. Hai semua. Confession aku hari ni adalah ketidaksedapan hati aku bila tengok seller (apa2 produk pon la) cakap pasal kekayaan/duit di post fb mereka.

Aku rasa wall fb aku lebih kurang sama dengan wall fb pembaca iium semua, iaitu ada kawan2 yg berbisnes. Biasa la ayat orang bisnes semua nak pancing pembeli. Itu biasa. Tapi yg jadi tak best bila ada yang dah start post pasal komisen bulan tu. Dok screen shot tunjuk berapa yg dia dan agen-agen bawah dia dapat.

Kawan-kawan, kami tahu anda mencari side income. Dengan cara halal pulak tu. Baguslah. Dan ketua agen (aku tak tau la apa gelaran orang ni), mestilah nak pancing kawan2 lain jadi agen bawah dia jugak, sebab tu tunjuk berapa komisen yg agen bawah dia dapat. Tapi sebagai salah seorang pembeli produk itu, aku rasa macam adakah sebenarnya aku dah membazirkan duit aku beli dengan kau sebab nampaknya kau mengambil untung yg sangat tinggi??

Aku selama ni memang buat tak kisah je la bila kawan2 post “salam magnet menjemput rezeki”, “selamat pagi dan salam jutawan”, “salam menarik magnet rezeki” dan salam2 lain la. Sebab bagi aku tu post diorang, akaun fb tu pon guna email address diorang. Tapi bila dah post2 tunjuk komisen bulanan, cerita pulak macam mana boleh jadi kaya dengan jual produk kau ni, ambil gambar dengan kereta audi lepas tu tag kemain ramai kawan2 fb, aku start rasa tak best. Korang dah kenapa????

Bagi aku kalau iye pon nak ber-bisnes, bisnes la. Jangan nak tunjuk sangat apa yang kau ada atau yang kau dapat atau apa yang kau target. Sangat tak manis. Kan ke tu salah satu adab dalam berniaga?

Ha..cakap pasal ambil untung yang sangat tinggi, aku ada satu persoalan. Adakah sekarang ni tengah trend pakai satu brand kecantikan ni ye? Aku tengok ramai jugak la kawan2 aku yang dah jadi seller brand ni. Kat tempat kerja pon sama. Siap ajak set date untuk kelas cuci2 muka. Aku bukan apa, dulu aku pon pakai produk brand ni. Pada hemat aku, biasa je la produk ni. Harga je mak datok aiiii..Aku habis almost rm1k beli full set. Lepas habis tu aku beli balik produk2 dekat watson/guardian. Lebih murah, selamat, banyak pilihan, kalau tak faham boleh tanya pharmacist yang on duty kat situ. Lagi dipercayai. Aku ada kawan yang belajar pasal bahan2 dalam kosmetik dekat universiti dulu. So dia la yang ajar aku apa-apa pasal kulit dan produk2 ni. Sebab tu aku rasa produk tu cuma overprice je. Tapi aku tengok ramai jugak komen produk tu bagus. Ntah, aku rasa tu hasil setelah di-brainwash oleh seller produk tu bahawa produk tu bagus. Dapat free facial class, makeup class. Dapat free pek2 kecik tu lagi. Memang la hati berbunga. Perempuan kan 9 nafsu..hahahah.

Tapi tu la, kepada semua seller, jangan la post gambar2 duit berkepuk ke komisen ke kereta audi yg ko target nak dapat dalam masa setahun ke. Itu meloyakan. Maaf, aku bukan nak menghina korang tapi aku nak sedarkan korang bahawa kawan-kawan korang pon sebenarnya tak suka benda ni. Kalau dulu korang kecam kawan2 yang ambil gambar nampak stereng kereta, ambil gambar anak tapi sipi2 nampak handbag bonia original dan latest, begitulah sebenarnya kau sedang di kecam sekarang. Just kawan2 ko tak cakap depan2 je..nak jaga hati katanya..macam aku ni ha..

Ok la..bye..thank admin kalau ko post confession aku ni.

– Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit