Salam admin. Mohon meluah rasa.
Saya ada 2 orang anak di SBP. Rezeki kedua SBP ni berdekatan antara satu sama lain. Yang abang baru lepas SPM 2024. All boys school.
Pengetua cemerlang yang saya hormati. Banyak perubahan baik dan positif selepas SBP tersebut ketika berada dalam naungan kepimpinan beliau. Alhamdulillah anak saya menerima salah satu biasiswa persediaan ke luar negara.
Seperti kita sedia maklum, bila anak masuk SBP/ MRSM/ sekolah. Akan ada banyak whatsapp group.
Sepanjang 5 tahun anak lelaki saya di sekolah rendah dan menengah, tiada masalah dengan whatsapp group waris. Info penting, maklumat dari guru/PIBG atau pandangan ibu bapa yang tentang apa-apa perkara.
Tetapi berbeza apabila anak perempuan saya ke salah sebuah SBP all girls school.
Whatsapp group ibu-bapa (group besar merangkumi kesemua ibu waris), tidak berhenti bersembang dari awal tahun sehingga akhir tahun ini. Kejutan budaya dibuatnya.
Sepatutnya mereka yang mahu bersembang ini buat group kecil lain agar tidak menganggu group besar tersebut yang mewakili semua waris.
Kadang kala tidak mengenal masa. Topik juga kebanyakkan yang dibincangkan adalah topik kecil dan remeh.
Ada lebih kurang 150 waris ibu. Lebih kurang 10-15 orang yang suka bersembang tanpa henti dan tidak penting. Sehingga kadang kala maklumat penting yang ada pun sudah hilang dek kerana bersembang sesama mereka.
Kadang-kala berlaku juga pertelingkahan yang tidak sihat. Kata mengata. Perli memerli.
Competition all girls ni bukan anak sahaja rupanya, mak mak lebih lagi. Dah macam lebih kuah dari sudu.
Mungkin bukan anak muda sahaja yang perlu belajar tentang common sense. Kita ibu bapa juga.
Nak bersembang panjang dan perkara tidak penting sila PM tepi atau buat group kecil yang terdiri dari kalangan yang suka bersembang ini.
Group besar tersebut kekalkan untuk berkongsi info penting berkaitan anak-anak.
– Zandra.CA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit