Semoga Ayah Disayangi Allah

Semoga Ayah Disayangi Allah

Aku ada ayah. Aku sayang ayah aku. Lillahi ta’ala. Ayah aku bertanggungjawab jaga keluarga dia dan bangunkan keluarga dia. Orang kampong puji dia. Anak-anak dia berjaya. Walaupun dia sendiri tak berpeluang belajar tinggi. Aku bersyukur ayah aku bertanggungjawab. Barang dapur cukup. Kalau dia makan sedap dekat luar dengan kawan-kawan dia, dia akan belikan barang mentah dan mak aku akan masak, serupa macam yang dia makan dekat luar. Aku memang nampak ayah aku gigih bekerja.

Dia sanggup berkorban untuk angkat keluarga dia ke aras yang tinggi (baca: dipandang tinggi masyarakat sekitar). Dulu dia hidup susah. Takde kereta, takde harta. Ada rumah pun, rumah pusaka. Pernah ada kes kecemasan, abah merayu dengan orang kampong pinjam kereta. Semua tak bagi pinjam. Akhirnya kawan baik dia bagi pinjam kereta buruk. Aku rasa sebab dia dah rasa susah teruk, dihina, diejek, dia bangkit berkerja keras, berusaha menjadi orang terpandang.

Aku tahu tak semua orang perfect. Begitu juga kita semua. Aku bukan nak ayah aku perfect, tapi aku nak ayah aku berjaya dunia akhirat. Aku tak tahu nak buka cerita ni macam mana. Aku tak tahu la dia punya hubungan dengan Allah macam mana. Ayah aku culas solat. Ada satu masa, bertahun-tahun dia tak puasa ramadhan. Kadang anak-anak ajak, ‘Ayah jom Jemaah’. Ayah aku cakap dia da solat dekat tempat kerja. Masa muda dia dah solat. Nak kata tak sukanya dekat solat ni, kalau anak-anak minta dia berhentikan kereta untuk solat, dia akan marah-marah. Katanya buang masa dia. Perrnah adik aku nak gerak lepas solat asar untuk balik ke asrama, tapi dia marah-marah.

Terus adik aku culas solat. Solat ikut suka dia. Bila aku tanya kenapa macam tu, dia jawab, dah ayah pun tak solat ko nak aku buat apa lagi? Sedih tau. Aku sendiri hidup dalam kekeliruan. Dekat sekolah cikgu suruh solat, aku belajar hukum hakam, tapi bila nak apply dekat rumah, kena gelak sinis dengan ayah dan mak aku kadang-kadang. Pernah je nak masuk Darul- Qur’an, tapi parent aku cakap takde masa depan. Aku tengok mak ayah orang lain nak anak-anak dia jadi orang yang dicintai Allah, tapi tidak orang tua aku. Dia nak anak-anak dia kaya. Boleh dia tumpang hasil.

Bukan sahaja tak solat, ayah aku pun tak puasa ramadhan. Pasal kes dia tak puasa sebulan ramadhan, aku pernah tegur. Siang hari makan dekat rumah. Marah-marah mak aku suruh masak tengah hari. Depan adik-adik aku yang masih sekolah rendah. Semua confuse. Aku balik kampong cuti sem, aku dekat dengan dia. Tanya elok-elok. Kenapa tak puasa. Katanya gastrik. Aku tanya doctor dah sahkan ke gastrik. Dia diam.. Aku pun cakap la, kalaupun tak boleh puasa, tapi tak perlu makan depan-depan orang lain. Kalau betul sakit, aku harap ayah makan secara sembunyi.

Lepas je aku cakap, ayah aku mengamuk. Ayah cakap aku anak derhaka. Mentang-mentang dah masuk university dah pandai nak ajar-ajar dia. Aku masa tu tahu, ego ayah aku dah tercalar. Dia rasa aku malukan dia. Lepas tu memang aku tak berani la nak tegur. Itu titik mula aku dah tak cegah kemungkaran yang ayah aku buat. Aku berdoa je supaya Allah curahkan hidayah buat mak dan ayah aku sebanyak-banyaknya. Cakap banyak pun tak guna.

Pernah aku cakap dekat dia, aku nak jadi anak yang soleh. Minta dia doakan. Jangan doakan aku kaya harta. Aku takut aku tak mampu diuji dengan kaya. Tapi doakan aku soleh, mudah-mudahan aku dapat bantu dia dunia akhirat. Walau susah atau senang aku tetap tolong dia. Aku ingat dia OK. Rupanya kakak aku kata dia kecewa dengan aku. Fikiran aku telah diracuni program pelik katanya. Susah-susah belajar tapi taknak kumpul harta. Dia terkilan dengan aku. Huhu..Itulah..

Bercakap tentag harta, ayah aku suka beli barang yang terkini. Dulu musim mini combo, dia pun nak juga. Tukar musim CD dia pun nak CD player. Handphone orang lain tak pakai, dia dah pakai dulu. Motorola fesyen baling anjing zaman baru keluar harga dia bukan main mahal. Nak-nak dengan simkad harga ratusan ringgit. Kau hado? Sampai sekarang, handphone canggih walaupun tak reti guna. Perabot pun kadang macam tu. Dulu suka beli barang hutang. Aku cukup anti. Ye walaupun untuk kebahagiaan keluarga sendiri. Habis satu hutang, tambah lagi satu hutang. Aku rasa rugi beli secara installment. Sebab kita bayar lebih dari yang sepatutnya. Lebih baik kumpul duit sampai cukup dan beli, itu lebih baik. Tapi tu lah, ayah aku. Pernah aku tolong langsaikan hutang perabot dia, dah langsai dia tambah pulak barang baru. Aduhaiii..serik akujadinya. Biar papa asal bergaya!

Kereta dan motor pun macam tu. Pantang nampak orang keliling beli motor baru, dia pun nak juga, dari zaman Yamaha 100, Lagenda, LC, semua dia mahu. Dekat rumah tu da ada 7 biji motor. 2, 3 biji je guna. Yang lain jadi tukun. Masalahnya orang nak pakai tak boleh. Harta dia. Dia yang bersusah payah beli katanya. Ada la sebiji motor tu adik aku punya, tapi beli atas nama dia, bulan-bulan adik aku bayar. Tapi adik aku tak boleh pakai. Sebab dia punya nama katanya. Kereta pun macam tu juga. Ada la 4 biji kereta dia ada. Masa aku baru kahwin, aku nak ke tempat jauh, biasanya aku sewa kereta. Pernah satu hari aku bawa kereta ke rumah ayah. Dia cakap buat apa dia beli kereta banyak kalau bukan untuk anak-anak guna. Aku tak ambil peduli. Sebab aku tahu betul perngai dia yang tak suka orang usik barang dia.

Pantang usik terus dilempaar derhaka. Aku syak ayah nak jaga air muka depan menantu baru dia. Sebab tu dia offer. Tapi suami aku serba salah. Jadi dia terima pelawaan untuk pakai kereta ayah aku. Lepas kitorang pulang kereta ayah, dengar cerita dia mengamuk, cakap aku tak reti jaga harta dia. Minyak enjin bocor. Rupanya kereta yang dia bagi pinjam tu minyak enjin dia memang sedia bocor sebelum aku guna kata adik aku. Dia marah-marah aku sebab nak aku baiki. Dia takde modal. Tu lagi satu perangai dia yang aku kadang hangin. Aku memang boleh jangka. Tapi kesian suami aku. Baru kawin kena pow dengan ayah aku. Aku takde nak cerita-cerita pasal ayah aku sangat dekat suami aku. Biarlah dia discover sendiri.

Memang dia nampak la. Ayah aku yang tak pernah solat, solat jumaat dia tidur, puasa ikut suka dia. Huhu..Dulu memang aku down dan marah la. Aku asyik tertanya-tanya, kenapa aku jadi anak dia. Aku tak boleh pilih pun ayah yang macam mana aku nak. Aku cemburu tengok kawan-kawan yang cerita ayah dia kejut bangunkan solat subuh. Aku seronok tengok ayah orang lain ke masjid. Aku nak hidup dekat dengan Allah. Hingga sekarang pun aku panas bontot duduk rumah ayah aku. Melagho je aku rasa. Youtube 24jam. Anak cucu datang main hp masing-masing. Moden sangat kan.. Bila balik kampung macam tu, nak buat apa lagi, naik melagho la. Sebab tu aku panas bontot. Tak datang kecik hati, datang jauh-jauh dia main hp.

Hmmmm.. Sekarang ayah aku tak sihat. Dia pernah diserang strok. Hampir meragut nyawa. Aku ingat lepas Allah dah bagi signal, ayah aku boleh standby. Dia memang cakap dia takut Allah tarik nyawa. Nangis-nangis dia cerita tak mahu mati. Tapi bila aku cakap, dekat la dengan Allah, dia cakap dulu dah dekat. Hmmmm..Yang terbaru dia sibuk nak beli kereta lagi. Buat collection katanya. Dia ada duit sukahati dia katanya.

Birru walidain tu wajib bagi seorang anak. Tak kisah ayah kita siapa pun. Dulu aku malu berayahkan dia. Tapi bila aku jumpa orang-orang yang lebih kurang senasib macam aku, dan diaorang ok je, dia cakap ‘ayah saya adalah ayah yang palinggggg baik dalam dunia’. Aku jadi insaf. Ye tanpa ayah, aku ni siapa? Dan aku cuba faham, pada zaman itu, apa yang batch dia dah lalui? Kalau lahir tahun 60-an, kepercayaan animism masyarakat melayu masih kuat. Pendidikan pun cuma selected je yang dapat. Aku cuba letak diri aku ditempat dia. Aku bersyukur, aku tak lah menderita sangat. Tapi aku harap ayah aku tak terlalu mencintai dunia dan berusaha mencari bekalan dari baki sisa usia dia. Aku juga bersyukur bila aku baca confession dekat sini, ada orang yang aku kira lagi teruk dari ayah. Aku doakan korang kuat. Yakin Allah ada.

Sekarang yang paling lemah aku boleh doakan je. Kadang kalau balik kampong sengaja mengaji sebelah dia. Dia dah tak marah dan perli lagi kalau anak-anak solat. Tu dah cukup baik aku rasa. Kadang sengaja nyanyi doa untuk ibu bapa kuat-kuat“Allahumma fighrli wali walidayya, warhamhuma, kama rabbayani soghiro”. Aku nak dia tahu aku sayang dia. Aku nak sama-sama dengan dia ke syurga dengan rahmat Allah. Aku berusaha nak jadi baik agar doa aku menjadi bekalan yang baik untuk dia dekat barzakh nanti. Sebak rasanya. Macam la aku ni soleh sangat. Takut la pulak, sebab aku insan yang ada noda juga. takut tak kesampaian nak bantu ayah.

Korang, aku minta doakan lah ayah aku jadi orang yang disayangi Tuhan. Mana tahu korang ada yang makbul doanya. Tak tahu amalan dia yang mana yang akan beratkan timbangan kita semua nanti. Begitu juga ayah. Mudah-mudahan curahan hidayah buat ayah tak putus.

Aku sayang ayah. Sepenuh jiwa.

– Vitamin C

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit