Seorang Ibu

Seorang Ibu

Jam baru menunjukkan pukul 11, tapi lampu rumah dan orang orang dalam rumah semuanya sudah dibuai lena. Aku masih termenung sambil mendengar lagu lagu syahdu.

Kalau ikutkan, sekarang ni tengah cuti sem. Aku mengambil keputusan untuk tolong ibu dekat rumah. Kalau ikutkan, kerja lagi dapat banyak duit. Kalau duduk rumah, dapat makan free jela.

Ok sekarang baru aku nak bercerita, aku kesian dekat ibu aku. Kesian. Aku tahu dia letih, dia penat tapi dia chill je.

Pagi pagi bangun, siapkan breakfast. Siapkan bapak aku. Bapak aku ni dia banyak penyakit, so kudrat dia dah tak macam dulu. Banyak benda yang ibu aku kena buatkan tapi kadang kadang aku geram sebab benda tu dia mampu je buat sendiri tapi semua nak bersuruh. Semua nak orang buatkan. (ni aku cerita lain kali)

Lepastu, kemas rumah, jemur kain, masak, jaga budak (mak aku mengasuh) sampai petang, layan peel budak budak lagi, peel anak anak, peel suami lagi. Malam mak aku tidur awal, sebab dia letih. Dan rutin yang letih ini berulang setiap hari.

Aku yang tengok mak aku sendiri aku rasa letih. Kuatkan seorang ibu ni. Dulu ikutkan aku sejenis pemalas nak tolong. Balik cuti semester, duduk rumah tido tengok movie makan baca novel pastu tido. Satu apa tak tolong. Teruk kan aku.

Tapi ada satu hari tu, aku rasa ibu aku dia dah letih yang teramat sangat. Untuk pengetahuan semua, ibu aku bukan jenis pemarah. Susah sangat nak marah, dia cuma akan diam ataupun cakap elok elok. Tapi jarang dia tunjuk rasa marah dia walau pun kalau ikutkan aku, dah lama aku mengamuk.

Ibu aku macam tetiba marah semua orang. Dia marah kakak aku, dia marah aku, dia marah bapak aku. Sampai dia cakap , ‘ibu letih dan penat tau tak. Semua benda nak harapkan ibu, cuba belajar buat sendiri.’ Aku ingat lagi wajah ibu masa tu, wajah keletihan dengan kedut di muka, mata kuyu dan sedikit berair. Rambut sedikit kusut.

Mungkin kalau baca, rasa macam biasa. Tapi bagi aku, hari itu dia meluahkan segala dia rasa sebelum sebelum ni. Dia marah, dia luahkan perasaan dia. Aku tersentak. Aku terkejut. Aku terkedu. Semua la aku rasa.

Somehow benda tu buat aku tersedar sesuatu. Kita selalu bergantung harap pada seorang wanita bernama ibu. Tanpa kita tanya tentang keadaan dia, tahu akan emosinya, tahu akan kemahuan dirinya.

Semenjak dari tu, aku duduk rumah tolong kemas rumah, jemur kain, lipat kain, basuh baju, tolong jaga budak budak, aku tolong yang mana aku mampu. Bila aku buat semua benda tu, bila kakak aku taknak kemas bilik, adik aku sepahkan barang, aku marah. Aku rasa nak nangis, sebab aku yang buat semua benda.

Diaorang pergi kerja, pergi belajar, balik rumah semua dah siap sedia. Ibarat rumah macam hotel. Bila aku tegur suruh kemas, buat bodoh. Bila aku marah, mula la nak melenting kata dia letih. Aku faham je hari yang dia penat cuma kalau benda tu dekat seminggu bersepah tak ke kau rasa geram.

Sekarang bila aku rasa letih nak buat kerja rumah ke apa apa, aku akan jadi terfikir kesian lagi kalau ibu yang buat. Dalam mindset aku, tak boleh ni. Aku kena buat sebelum ibu buat semua benda.

Ada kakak kakak, adik dengan bapak dekat rumah pun bukannya nak tolong. Taktau la apa function korg dekat rumah erghhh.

Entahla, bila dah jadi benda benda macam ni. Aku baru faham apa yang ibu aku rasa dulu. Aku tau mungkin ibu rasa lagi teruk daripada apa yang aku rasa ni.

Semenjak tu jugak, aku selalu ajak ibu keluar bila bapak aku takde dekat rumah. Bawak dia jalan, makan dan beli apa dia nak. Dia nak bazirkan duit dia pun aku izinkan je takde nak melenting ke apa sebab aku tau dia layak untuk guna duit dia beli apa dia nak.

Aku selalu berdoa, moga Allah panjangkan umur aku sebab aku nak balas jasa mak aku. Aku berdoa semoga ibu aku dapat menunaikan umrah dan haji sebelum dia tutup mata. Aku tau, dalam hati dia. Dia nak sangat menjadi tetanu Allah. Ibu, tunggu ye. Orang kumpul duit.

Korang, tolong doakan aku dapat jadi anak yang solehah ye. Dapat ringankan beban mak aku. Dapat kerja yang bagus bagus, supaya aku boleh suruh mak aku berhenti jaga budak. Duduk rumah, berehat, travel dan yang paling penting doakan aku dengan ibu aku dapat buat umrah.

Untuk ibu ibu diluar sana, terima kasih. Terima kasih dan terima kasih. Sepuluh juta kali terima kasih pun takkan mampu gantikan pengorbanan yang anda lakukakan kepada kami.

– Cik Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit