Serabut dengan Hidup

Serabut dengan Hidup

Assalamua’alaikum. Terima kasih kerana menyiarkan posting ini.

Banyak kisah yang saya dah baca dalam ruangan ini. Soal jodoh, cinta, suami isteri, parents, life dan lain-lain.

Memang penat kalau kita fikir semua benda di atas. Sehinggalah bila aku kehilangan ayah.

Pemergiannya yang mengejut. Allah je yang tahu apa yang aku rasa sebab aku paling rapat dengan ayah dan dia seorang yang sangat baik.

Sampai satu saat aku rasa kosong dan rasa nak pergi ikut ayah. Mak aku lebih rasa kehilangan seorang suami yang baik. Hidup bersama selama 45 tahun.

Datang seorang kawan dan tanya aku, apakah tujuan hidup kita kat atas dunia ni?

Jawapan nya adalah:

1. Untuk beribadah kepada Allah.

2. Amal Makruf Nahi Mungkar.

Dan amalan yang tidak putus selepas mati:

1. Ilmu yang bermanfaat.

2. Doa anak yang soleh.

3. Wakaf dan sedekah.

Jadi, fokus jelah diri kita pada perkara di atas. Sebab mati nanti kita tak miskin. Penuhilah tabung kita untuk akhirat.

Bila aku rasa hilang dalam diri aku, dah takde apa yang aku nak buktikan lagi untuk ayah, jadi aku rasa memang perkara di atas je yang jadi tunjang untuk aku teruskan hidup selain menjaga ibu aku.

Walau kita isteri ke, makwe ke, anak ke, fokus je untuk kumpul pahala. Sentiasa niat untuk akhirat. InshaaAllah semua masalah dapat diselesaikan.

Bila korang hilang sesuatu nikmat yang besar dalam hidup korang, barulah korang tahu yang masalah dalam dunia ni kecil sangat.

– Farleana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap