thanks admin sbb approve. mama aku baru meninggal awal bulan 5 haritu sebab kanser. lepas lebih dari 4 tahun sakit. so sekarang tinggal ayah, abang, aku, dan dua adik. sorang tingkatan 4 sorang baru 6 tahun. adik bongsu aku ada masalah kesihatan sikit. ceritanya macam ni, aku terbaca mesej dari whatsapp ayah aku. kawan dia nak tolong carikan dia pengganti arwah mama. dan ayah aku dah pun bermesej call dengan perempuan tu. aku tak marah ayah nak cari pengganti, tapi mama baru meninggal sebulan lebih. mana pergi kesetiaan dia 26 tahun dengan arwah mama? ayah aku utarakan niat dia pada kawan dia , alasannya adik bongsu takde kasih sayang ibu. takde orang nak jaga. since abang aku masih study, aku kerja, adik aku duduk asrama. masa mama ada, ayah lgsg tak jaga adik. semua depend pada mama dan kami adik beradik. aku tau naluri seorang lelaki yg dah biasa ada org sediakan makanan, pakaian,. tapi tak terlalu cepat ke dia nak cari pengganti? apa kata orang nanti? dan perempuan tu boleh ke jaga adik macam mama jaga? sbb adik aku ni tak macam kanak2 lain. dia sakit jantung plus sedikit sindrom. aku serba salah dan takut.
– cikbunge
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
siapa yang nak kata..? xde masalah pun cepat2 sbb mmg adik ko memerlukan org yg nak jaga. dan sama ada bakal ibu tiri ko boleh jaga ke tak tu, baik ko cakap kat ayah ko suruh cari yang elok2. yg tau kondisi kesihatan adik ko. itu yang terbaik.
yang pasal kesetiaan 26 tahun tu, yang dah pergi mmg takkan kembali, yg masih hidup perlu teruskan hidup. takkan nak tunggu lagi 26 tahun, pastu masuk tahun ke 27 baru ayah boleh cari pengganti.
rahsia ini telah aku pendamkan,
tiba masa segala2nya kuceritakan,
aku kan pergi, pergiku takkan kembali,
tiba masanya, kau cari teman pengganti…
Aku tak tahu r…tp aku simpati pda yg trjadi pd kluaRga kau…by da way salm Ramadhan buat kau n calon syurga (adik b0ngsu kau tuh) bertahanlh “ALLAH” kn ada…
Tak salah pun. Dalam agama pun tak galakkan kita meratapi sesebuah kematian. Soal setia kita takkan sama dengan adat lain, contoh Hindu bila laki mati, balu tak boleh kahwin lain simbolik pada kesetiaan. Tapi untuk kes saudari ni, bincang dulu dan ambil masa lebih-lebih lagi adik saudari dalam keadaan kurang sihat.
xde masalah pn. cik y msih xdpt move on. bincang la elok2 dgn ayah.
dulu aku selalu fikir mcm tu gak.. kalau lelaki mati bini kenapa cepat sgt cari pengganti berbanding dgn bini yg mati laki.. tapi apa yg jadi kat kawan aku ni buat aku faham sikit kot yg cara lelaki dan perempuan deal dgn kesedihan tu berbeza.
kawan aku ni mak dia baru meninggal. bapak dia punya sedih smpai tak sanggup ddk dlm rmh kelamin tu. Dia ddk dgn anak2.. tiap2 petang dia akan pergi kubur arwah.. mulut asyik cerita arwah.. rindu la, teringat la..
tup2 lps 3 bln bapak dia kawen lain.. ayat bapak dia, sebab tak blh lupa mak dia la bapak dia kahwin lain.. bukan nak mengganti, tp nak mengisi lagi bulan puasa dah nak dtg.. lg la dia akan teringat2 arwah bln puasa ni.. lps kahwin pun laki dia masih pergi kubur bini dia setiap hari (cerita tahun lps) skrg tak tahu la pulak .
semoga dapat mak tiri yg baik yg dpt layan anak2 tiri dia macam anak kandung terutamanya adik awk yg sakit
Klo sy dtmpt confessor pn sy akn rs bnda yg sama. Sedih kot. Bru sbulan mak dia mninggal bapa da cri lain. Mmg x salah nk kawen lain hatta arini mak dia meninggal esk nk kawen lain pn xpe. Tp ayah sis tu rsnya kena bincang dgn anak2 dlu. Kena tau perasaan anak2 dia jgk. Jgn smpai jd konflik dkemudian hari. Lepas capai kata sepakat antara anak beranak, baru mulakan sesi mencari. Bila dpt calon, bincang lg dgn anak2 calon tu okei ke x. Ayah sis x bleh penting diri. Bg sy tindakan dia cari calon without bincang dgn anak2 tu tindakn yg penting diri. Maaf ckp. Sbb nnti isteri baru bukan hidup dgn dia je. Hidup dgn anak2 jgk sama ada dia nk atau xnk. Apa2 pn smoga sis kuat dan tabah.
Cik bunge…jgn lh cik meragui kasih sayang ayah cik bunge pada arwah ibu cik….pak cik percaya dia seorang yg sangat baik dan penuh sayang…percayalh walaupn beliau mencari penganti dlm ms yg cepat, kasih syg beliau pd arwah ibu cik bunge tidak akn luak…mngkin hatiny trlalu kosong dn x tidak sanggup mnghadapinya tnpa teman bicara yg sedia “mendengar” sptmn arwah ibu cik…hrp cik pandang dan terimalh secara positif….mngkin itu takdir kehidupan…kita merancang…Allah jg ada perancangan Nya…sesungguhnya perancangan Allah itulh yg lbh baik..wallahuallam
biasalah orang lelaki. ayah saya pun begitu juga arwah mak saya baru meninggal setengah bulan dah cari pengganti syukurlah mak tiri saya ni baik.
Bagus laa ayah awak nak kahwin lain. Saya ni dok doa pagi petang siang malam ayah saya cari pengganti. Lain lelaki dgn perempuan. Kalo awak dah kahwin pon tgok laa suami awak. Mesti rasa mcm x sanggup je nak biar dia sedia makan sendiri, pakai sendiri. Peduli laa kalo ada yang nak mengata, ayah awak tau kemampuan dia smp mana. Sbg anak, think + and keep praying k. Doakan jugak ni ramadhan terakhir ayah saya single. Aminn