Sesal Belanja Lebih Untuk Kahwin

Saya nak cerita sekadar berpesan pada bakal pengantin jangan buat majlis keterlaluan sampai berhutang.

Majlis saya mmg besar2an makan belanja sampai RM150K ke atas. Takyahla nak citer karang riak pulak. Tapi it was a doube wedding. Kebanyakan duit parents ade jugak duit sendiri. Tak ambil loan tapi byk jugakla habis. Tapi memang secara tak langsung menjadi “benchmark” sedara mara yang kurang mampu nak tiru berbelanja besar wedding saya dan adik.

Sekarang dah ade anak dua. Dapat sorang anak istimewa yang perlukan belanja. Dlm hati kalau dapat saving RM10 ribu dulu pun dari belanja kahwin bole buat bayar rawatan anak. Bukan takleh mintak kat parents tapi malu lah dah kawin 7 thn masih nak meminta2 ke? Nasib baik kompeni masih tolong bayar rawatan hampir RM3 ribu sebulan. Kalau tak.. naya weii.

So sesal kemudian tiada berguna. At least saya tak hutang and tak cerai (insya Allah). If not rasa bazirnya ya Ampun. Pernah dengar anak kawan Ayah berbelanja sampai RM200 ribu. 3 minggu cerai. Rugi kan?

Kalau u olls mampu takpalah. Bila lagi nak berbelanja kan? Mak pak kaya raya sampai 7 keturunan tak abis makan pun OKla. Hak korang.

Tapi kalau sekadar cukup2 makan, duit bersara mak pak tak mencukupi takperlu lah.

Sekarang saya hanya menung tgk gambar dan video2. Tu jela kan hasil RM150 ribu ++ kan?? Haha. Kalau nak berbelanja saya nasihat dua je korang “splurge”. Make up dan Juruvideo/Gambar. Sebab pe? Yang itu kenangan u olls.

Baju takyah tempah. Sewa je. Trust me, baju saya ribu-raban tu dok dalam gobok tak pakai pun. Dah naik berat badan lepas bersalin..buat tengok jela. Lama2 kain mereput. Hantaran pun takyahla banyak2. Baik simpan beli perabut rumah. Lagi lama duduk rumah dari wedding.

Okla tu je pesanan saya. Semoga berbelanja dengan lebih hemah OK. Takyah la grand2 ni. In the end boleh kene dosa riak, majlis akan berlalu begitu sahaja. Lepas seminggu sumeorang dah lupa kecuali diri sendiri and family…

– Perlu Belajar Lagi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit