Setiap Kejayaan Pasti Ada Kegagalan

Setiap Kejayaan Pasti Ada Kegagalan

Hari ini kat timeline, orang banyak share pasal viral konvo uia

Kita asyik baca indah-indah je pasal kejayaan orang

Tapi disebalik kejayaan orang itu, pasti ada kegagalan dalam hidup

Teringat masa konvo degree dulu, tiba-tiba macam throwback masa ambil ijazah dulu

Aku dulu bukan seorang seorang pelajar cemerlang, biasa-biasa aja

Bila tiba akhir semester, dah target akan konvo dengan kawan² sebatch aku masa tue, tapi aku kandas 2 paper, ingat lagi paper seminar dengan ais

Tapi masa tue kalau uia, kita final sem, dia akan bagi peluang suruh reseat exam, kira peluang terakhir la masa tue penentu aku

Aku reseat exam, study masa tue dekat umah husna, family husna sangat² baik, terima kasih pakcik, makcik, dan husna satu family, moga Allah balas kebaikkan husna sekeluarga

Tiba dapat keputusan reseat, seminar aku tak lepas, masa tue aku rasa macam dah gelap masa depan aku dah, sedih sebab tak dapat konvo dengan kawan² yang lain

Aku siap jumpe lecturer seminar tue, merayu depan dia, tapi dia tetap tak bagi.

Dia pesan “Mashita, kalau apa yang awak rasa ini ujian besar untuk awak, akan datang lebih banyak lagi ujian”

Berjurai-jurai air mata masa tue. Sebab nak sangat konvo masa tue.Aku siap pikir dah takda masa depan masa tue.urmm kerja lambat la masa cam gitu.

Perasaan sedih bila mana hari kejadian kawan-kawan konvo ambil gambar sama-sama. Siap sorang tue cakap “eh ko buat apa kat sini, bukan ko kena exstand ke”

Dah terasa asing jadi tukang ambil gambar je kawan-kawan time tue. Ok , balik rasa sedih tuhan je tau.

Malu pada saudara-mara yang mana asyik tanya bila nak graduate. Asyik tanya kenapa exstand, bila habis.ok sedih lagi.

Bila dah kena exstand, kenalah pikir kos, sebab , kita dah takda ptptn, jadi kenalah cari kerja.

Aku buat part time kejap dengan sebuah syarikat, tapi sebab syarikat nie pun tak stable, aku keja kejap je.Lepas tue, dapat part time kat uia,cukup lah bayar rumah sewa sampai habis pengajian.

Dalam masa tengah nak menamatkan pengajian, banyak je dugaan sampai mana aku cakap kat mak aku, aku tak mau balik raya.Tapi mak aku, dia sangat² supportive. Dia sangat menenangkan aku.

Bila time raya, mulalah saudara mara tanya lagi kenapa exstand, kenapa tak grade lagi.Aku murung aje senyap.Feeling dia sedih sangat tau. Orang nak beraya, macam tak ada je soklan lain kan.

Aku teruskan juga, hingga tamat akhir kan pengajian masa tue.

Terima kasih buat MrsJohn Fadhli dan juga sheikh Abu Haidar Bawazeer As-Sunni, aku ingat lagi, sheikh balik kerja penat² dari petronas,ajar kitorang seminar sampai burger king tue nak tutup. Kami hanya pesan air je masa tue dan duduk berbincang pasal kes.Sheikh walaupun penat dia tak pernah komplain pun dia penat. Sampai sekarang aku ingat jasa sheikh pada aku.

Tak lupa lecturer yang fail kan aku tue. Sebab dia selalu pesan supaya solat hajat, doa dan terus berdoa untuk berjaya. Terima kasih madam ajar aku sesuatu dalam hidup. Dia ajar aku supaya jangan putus asa, selalu berdoa dalam apa jua keadaan. Jika dah buat sesuatu jangan separuh jalan.Kita ada Allah.

Sekarang aku tengah buat master, in sya Allah sem depan akhir sem aku dengan kawan²korang doakan aku ye. Masa interview master dulu, panel uitm tanya, kenapa aku nak sambung master.

Aku cakap salah satu sebab sekarang aku pegawai kontrak di salah satu agensi kerajaan, sebab kalau nak serap kena pointer bagus tue penyebab yang aku buat master.

Tapi ada cerita lain sebenarnya . Aku cerita kat panel tue sebab aku sambung master.

Aku jawab, aku sebenarnya aku tak tahu kenapa aku buat master, sebab sebelum aku buat keputusan sambung master, masa tue ramadhan, lepas dhuha, aku dapat sms suruh gi interview dah aku percaya itu sign dari Allah.Aku just ikut flow je.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita tue aku percaya.

Tapi masa buat master ini ada hikmah jumpa ramai kawan juga dan macam-macam bidang kitaorang share.Aku pikir may be Allah nak suruh aku belajar macam mana nak buat siasatan dengan betul.Tambah pengetahuan lagi² pasal amla.

Mungkin dah nak hampir 6tahun bergelar pegawai kontrak tue macam lama, tapi aku percaya Allah ada sesuatu plan yang terbaik untuk aku yang mana mungkin aku sendiri tak tahu.Doakan yang terbaik ya.

Di hari graduasi uia ke33 nie, buat adik²ku yang tak dapat grade on time sama² ngan kawan jangan bersedih.Teruskan perjuangan sampai habis.

Usah peduli apa kata orang, cekalkan hati, sebab nak berjaya kita tak boleh ambil apa kata orang.Kita hanya ada Allah dan kepada Allah tempat kita mengadu.

Kesimpulannya, setiap orang yang berjaya ada kisah mereka sendiri. Jika kita rasa susah sebenarnya ada orang lagi susah dari kita. Good Luck ye adik.Allah ada.

#iium
#iuumconfessions
#asteeroo
#masterforensicaccountingandfinanciacriminalogy

– Nurmashita Shamsudin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit