Setiap Manusia Punya Jalan Berbeza

Terima kasih admin siarkan confession ni. Ini bukanlah confession sangat tapi lebih kepada satu perkongsian.

Aku berusia 25 tahun dan merupakan pelajar ijazah tahun akhir (bukan medical student). Aku antara pelajar cemerlang ketika di sekolah dulu. Plan hidup aku mungkin sama je dengan yang lain. habiskan belajar cepat2, bekerja dan kahwin! simple. tapi tu semua angan2 aku je. Cerita aku bermula ketika aku ingin menyambung pengajian dalam bidang pilihan aku di sebuah universiti terkemuka seterusnya menyambung pengajian di luar negara. Tapi niat aku ditentang sekerasnya oleh ibu bapaku. Sedangkan bidang yang ditawarkan bukanlah bidang biasa2 dan menjamin masa depan yang sangat cerah. Tapi ibu bapaku lebih berminat jika aku menyambung diploma dalam bidang agama. aku tak
faham kenapa aku sebagai seorang best student perlu ambik diploma sedangkan aku dah dapat satu tawaran yang boleh memendekkan waktu belajar dan bekerja pada usia yang muda. Maka berlakulah drama air mata lari dari rumah bagai hahaha. Tapi akhirnya aku kalah dengan mereka. aku takut digelar anak derhaka. dan aku perlukan keberkatan dari mereka untuk terus melalui hari2 yang mendatang.

Aku mengikut kehendak mereka. aku menyambung pengajianku di peringkat diploma. pada tahun pertama macam-macam cara aku lakukan untuk gagalkan diri dalam peperiksaan supaya aku dibuang uni. tapi semua usaha aku tak berjaya. walaupun aku sengaja tak menjawab beberapa soalan exam tapi aku masih lulus untuk semua subjek. aku tak tahu doa apa yang ibu bapa aku pakai dan hikmah apa yang Allah nak berikan padaku. akhirnya pada tahun kedua aku putus asa. aku teruskan belajar seperti biasa. sepanjang diploma aku melihat kawan2ku yang lain sibuk menghabiskan ijazah. ada yang bukan pelajar cemerlang tapi dapat habiskan ijazah awal dari aku. aku rasa insecure sangat. setiap hari aku persoalkan kenapa aku perlu ambik diploma bukannya ijazah seperti kawan2 ku yang lain. akhirnya aku berjaya menghabiskan diploma aku. tapi semuanya sekadar untuk memuaskan hati ibu bapa aku. dalam erti kata lain aku tak ikhlas untuk belajar.

selepas aku tamat diploma aku tak berminat untuk sambung belajar. aku serahkan semuanya pada ibu bapaku. bagi aku masa depan aku dah musnah bila aku terjun dalam bidang agama. tanpa disangka2 suatu hari aku ditawarkan biasiswa untuk peringkat ijazah. biasiswa itu diberikan berdasarkan keputusan diploma aku yang cemerlang walaupun sejujurnya aku tak bersungguh dan tak ikhlas pun untuk belajar. dan bidang yang ditawarkan adalah bidang yang aku inginkan dulu. dan yang paling menarik tawaran ini dari universiti luar negara!

aku terdiam. aku muhasabah balik diri aku. aku mintak maaf dengan ibu bapa aku. sungguh aku tak percaya rezeki Allah itu luas dan Allah la yang Maha Memberi. Jadi kat sini aku nak kongsikan sikit beberapa pengajaran yang aku dapat.

1. keberkatan ibu bapa
walau macam mana sekalipun keberkatan dari ibu bapa sangat penting. tak kisahlah ibu bapa korang tak belajar tinggi ke. orang kampung ke. tak up-to-date ke. tak kisah. selagi apa yang disuruh tak melanggar syariat ikut je. insyaallah setiap tindakan kita tu ada terselit keberkatan dari mereka. tapi tak dinafikan anak juga berhak bersuara tapi biar kena caranya. untuk kes aku ni, aku nampak je rasional kenapa mak aku suruh sambung dalam bidang agama. tapi aku cuba untuk menafikan sebab ego aku sebagai best student.hahaha

2. best student camne pun kalau riak tak ke mana
aku tak nafikan ketika aku bergelar seorang best student dulu ada riak yang hadir dalam hati aku. masa zaman diploma dulu aku tak belajar pun tapi still grad dengan cemerlang. tapi apa yang membuka mata aku adalah ketika mula menyambung ijazah, aku terpaksa bersaing dengan golongan best student yang jauh lagi fresh dan pandai dari aku. masa tu baru aku sedar kau best student macam mana sekalipun kalau kau tak usaha takkan ke mana. dalam belajar ni apa yang penting adalah ikhlas dan rajin.

3. insecure dengan kawan2 lain yang dah yang sambung master, bekerjaya dan berkeluarga.
bab ni aku tak boleh nak tipu. aku insecure sangat. aku sampai malu nak post kat media social yang aku masih terkial2 nak mulakan ijazah. kalau waktu raya aku akan elakkan diri dari join gathering ramai2. aku tak nak ditanya dan dipandang rendah sebab baru nak start ijazah. tapi tu dulu. bila aku muhasabah diri aku balik. aku fikir balik. semua yang Allah aturkan ada hikmahnya. mungkin aku lambat habiskan ijazah dari orang lain. tapi aku tak berhutang untuk belajar. malah aku masih boleh chill dengan kehidupan aku sebagai pelajar tanpa fikir masalah kewangan saat kawan2 aku yang lain sibuk mencari rezeki untuk lunaskan hutang belajar. dan aku juga dapat jaminan kerja dari pihak biasiswa. alhamdulillah.

so untuk korang yang baru terkial2 nak habiskan ijazah macam aku jangan bimbang. tak kisahlah orang nak cakap apa. itu hal diorang. kadang2 manusia ni perlu diuji supaya mereka sedar ada yang lagi berkuasa dari mereka. yang penting kita sentiasa berbaik sangka pada Allah. Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. sentiasa hormat ibu bapa dan dekatkan diri dengan orang2 yang positif. bandingkanlah diri kita dengan orang yang jauh lagi susah dari kita. saat kita merasa kurang dalam hidup kita ingatlah ada yang ingin berada di tempat kita. bersyukur. nikmat Allah takkan pernah habis untuk disyukuri :)

– naurah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit