Sharing Session

Assalamualaikum. Saya seorang surirumah dan ada anak dua orang (dua tahun dan lima bulan). Hari ni saya berpeluang naik grab untuk ke hospital (bawa mak checkup). Mak saya kurang sihat dan in shaa Allah nak operate mata tak lama lagi (harap result darah ambil tadi cantiklah).

Selama ni, kalau ke mana, memang saya bersama suami. Jarang lah keluar tak bersama suami. Tapi hari ni, saya kena keluar bawa mak checkup tanpa ditemani suami. Kekok jugalah. Dukung anak kecil dengan carrier dan anak dua tahun yang tak cukup tidur. Haha.

Anak pun, selalu keluar jalan naik kereta Abinya. Tiba tiba naik kereta lain, meragam juga lah. Takut ibunya nak jual dia kot. Haha. Tapi alhamdulillah semua urusan dipermudahkan hari ni. Malam semalam saya termenung juga fikir.

Macam mana kalau anak meragam? Macam mana kalau anak membuang? (Biasanya kalau keluar, suami uruskan cuci najis anak pertama). Macam mana macam mana dan pelbagai perkara bermain di fikiran. Tapi Allah permudahkan semua urusan. Alhamdulillah.

Nak jaga orang tua ni boleh tahan mencabar. Kadang makan benda terlarang (sebab kesihatan), nak marah, tak sampai hati. Kadang tu tak cukup rehat, tengah letih, terrrr lepas lah juga. Tapi kemudian rasa macam menyesal bila dah tenang. Tadi pon sebelum ke klinik, ada lah juga mak langgar pantang. Haha. Rasa macam ehhhh je.

Tapi fikir balik, macam ni lah kot mak dulu jaga saya dulu. Ada langgar arahan mak ke, tapi mak sabar je besarkan saya. Rasa macam, takpe. Sabar. Dalam hati doa, ‘Ya Allah, berkat kesabaran ku ini, permudahkanlah urusanku’. Tak jadi marah mak. Kesian kan mak. Mak tak bersalah. Huhu.

Untuk pengetahuan pembaca, baru baru ni mesin basuh saya rosak. Saya beli mesin basuh second sahaja. Pakai dalam setahun lebih rosak pula.

Tengah tengah basuh baju tiba tiba bunyi macam meletup apa gitu lepastu mesin taknak menyala. Apa nasibku. Baju berlonggok tinggi tunggu basuh. Huhu. Panggil orang tolong tengok, harap ‘kecederaannya’ tidak serius dan tak perlu beli mesin basuh baju baru.

Masa balik tadi, abang Grab tu boleh tahan peramah juga lah. Cerita itu ini, boleh masuk pula tentang kerja. Asalnya abang tu kerja bank. Tapi sebab takut terlibat dengan riba, abang tu berhenti kerja. (Saya tak kata kerja bank ni tak bagus ye. Saya share sebab abang tu berhenti kerja sahaja).

Sebelum sebelum tu, abang tu kerja jual kereta. Tapi abang tu kata, kerja ni ada melibatkan penipuan sikit. Tentang macam mana nak grab customer tu supaya tak ‘lari’. Mungkin ada kata nak bagi free gift tapi tak bagi, kata kereta boleh keluar minggu depan tapi rupanya lambat lagi kereta boleh keluar. Maaf ye, saya kurang arif tentang ni, jadi taknak cakap tentang ni sangat.

Jadi sekarang, abang tu kerja bawa Grab. Saya rasa macam tak ramai lah nak lepaskan kerja yang dah stabil macam tu. Dan saya tak pastilah tentang pendapatan pemandu Grab cuma abang tu kata pendapatan tak tetap. (Untuk pengetahuan abang tu kerja bawa Grab fulltime).

Dia lepaskan ‘sesuatu’ kerana Allah. Jadi saya rasa macam kagum. Terfikir pula. Macam mana kalau saya pula diuji begitu? Sanggup ke lepaskan sesuatu kerana Allah? Demi kejar redho Allah? Allah jentik hati saya.

Bila balik rumah pula, suami beritahu kawannya bayar hutang dan ada bagi wang extra pula. Kebetulan gaji bulan ni huhuhu (taknak kata sikit, Allah bagi apa kita mampu). Saya rasa macam Alhamdulillah sangat. Harap cukup untuk menampung mana kurang, mana tak cukup. Terasa macam terjawab pula, terbalas pula kesabaran tadi.

Jujur saya cakap, solat saya on off. (Saya tahu perbuatan ini salah). Bila Allah bagi macam tu, saya rasa bersalah sangat. Saya jadi teringat abang dan adik saya yang saya tengok sudah mula jaga solat. Sudah mula berhijrah.

Abang saya, saya kurang pasti apa yang menjadi turning point dia. Adik saya, ada kemalangan besar berlaku dalam hidup dia. Saya pon macam, takkan nak tunggu ada kemalangan besar jadi dalam hidup baru nak berubah? Keinginan tu ada, tapi saya taktahu kenapa saya masih takmahu menjaga solat saya.

Saya tahu, kena paksa diri. Lama lama in shaa Allah ikhlas itu akan hadir. Saya pernah mimpi dunia nak kiamat. Saya rasa itu petanda dari Allah. Allah jentik hati untuk berubah. Allah rindukan saya. Astaghfirullah.

Dan saya perhatikan juga anak saya. Kelakuan mereka, perangai mereka. Saya jadi risau juga kalau mereka dah besar nanti jadi macam saya. Walaupun saya ni so so, saya tetap nak yang terbaik untuk anak anak. Rasanya semua ibu bapa begitu.

Saya taknak salahkan suami walaupun dia on off dan kadang kena paksa untuk dia solat. Saya dah dewasa, dah kenal dosa pahala. Patut saya sendiri lah cuba untuk berubah. Tapi struggle nya Ya Allah.

Dan anak sulung saya pula. Kerap terjaga malam malam. Saya jadi bingung memikirkannya. Kadang tu geram sebab tak cukup tidur. Tapi fikir fikir balik, itu pon tanda dari Allah. Suami ada share satu artikel pada saya. Tentang gangguan Ummu Sibyan. Bila anak menangis malam malam tu, mata tak buka, kaki hentak hentak. Haa begitulah anak saya. Tapi kadang tu sumbat makan senyap dah. Haha.

Cuma bila kerap terjadi tu, saya rasa terganggu. Tidur saya tak cukup, emosi jadi tak stabil. Bila anak tak ikut kata, saya macam ehhh tapi malam malam nanti pandang muka anak tidur mula lah menyesal (bila marah anak ke tinggi suara ke).

Ada masalah macam ni teringat kata kata, ‘Andai tiada bahu untuk bersandar, masih ada lantai untuk bersujud’. ‘Apabila hati resah, ambillah wudhuk dan dirikanlah solat’. Solat solat solat. Rasanya apa apa semua berkaitan tentang solat. Ada masalah, solat. Resah, solat.

Kalau jaga hubungan dengan Allah, in shaa Allah semua baik baik sahaja. Nak jaga akhlak pon melalui solat. Kalau solat macam kilat, saya perhati perangai saya ni macam gelabah semacam, kelam kabut. Macam tak terurus.

Tapi bila saya solat betul betul luangkan masa dengan Allah, rasa jiwa tenang sahaja. Tapi sejak ada anak ni, saya rasa banyak solat terburu buru. Anak menangis je mula rasa resah ketika solat. Saya rindu suasana solat dalam keadaan tenang. Me time dengan Allah.

Dan teringat pula, ‘Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, in shaa Allah Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia’. Saya ni takuuut sangat jumpa orang. Sebab saya tak reti berborak. Bila ada dalam crowd tu rasa macam cepat cepat je nak lari.

Tapi saya teringat masa saya belajar dulu. Saya luangkan masa untuk solat betul betul. Saya minta Allah tolong saya untuk saya berani berdepan dengan manusia, berani berkawan. Alhamdulillah Allah tolong. Saya rasa saya betul betul rindu zaman dekat dengan Allah.

Saya rasa kekacauan kehidupan yang saya alami sekarang ni semuanya berpunca dari tak jaga solat. Saya berharap sangat dapat jadi orang yang menjaga solat. Saya rindu zaman pergi kuliah agama, catat input penting, kemudian ada masa baca balik apa yang dicatat, refresh kembali.

Macam dah meleret pula. Saya tamatkan sharing di sini. Ada kerja perlu dilakukan.

Harap pembaca boleh doakan mesin basuh saya cedera ‘ringan’ je dan saya tak perlu beli mesin basuh baju baru.

Harap saya ikhlas dan sabar dalam menjaga mak saya. (Mujur suami izinkan jaga mak). Alhamdulillah.

Harap saya, suami dan anak anak menjadi orang yang menjaga solatnya.

Harap saya menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Allah janji kan dalam Surah Ibrahim ayat 7. Kalau kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat. Tapi kalau kita ingkar, sesungguhnya azab Allah itu pedih.

Saya pun taktahu kenapa saya menulis di sini. I feel lost.

Berkenaan anak terjaga malam tu, ada tips tak macam mana nak mengatasinya? Terima kasih.

Assalamualaikum.

– Mrs F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *