Si Bunga dan Maruah

Assalamualaikum dan hai. Saya merupakan seorang perempuan dalam pertengahan 30-an, berkerjaya professional, telah berkahwin selama 8 tahun. Saya dan suami telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sebelum saya meneruskan penulisan saya, saya ingin menyatakan bahawa penceritaan saya di sini akan ada campur penggunaan bahasa (BM & English) dan dalam keadaan santai sahaja.

Adakah saya bahagia? Saya pun tidak pasti dan tidak mempunyai jawapan yang tepat untuk soalan ini. Dulu masa zaman pertunangan, pernah terkantoi suami saya ada berhubungan dengan seorang perempuan.

Tetapi pada masa itu, saya masih ingat betapa dia merayu dan memujuk saya bahawa dia tidak mempunyai perasaan dengan perempuan tersebut. Sekadar suka-suka saja katanya. Saya terima sebab saya percaya semua orang layak menerima peluang.

Awal perkahwinan, kantoi lagi dia bermesej dengan perempuan lain dan masa tu saya sedang mengandung. Saya rasa sangat mental breakdown masa tu. Message tu kita boleh tahu jenis yang bermesra dan melayan tapi tidaklah sampai tahap untuk mereka menjalinkan hubungan intim.

Tetapi, mana-mana isteri yang membaca boleh jadi sakit hati. Saya boleh guarantee yang saya bukan jenis seorang yang cemburu buta atau suka mengongkong.

Kawan-kawan suami banyak berkata bahawa dia beruntung memiliki saya sebab saya memang jenis open minded, saya okay sekiranya dia nak membuat aktiviti dan hobi bersama kawan-kawan. Suami saya juga begitu.

Dia tak pernah culas beri nafkah kepada saya, dia seorang suami yang sangat bertanggungjawab, bapa penyayang, anak dan menantu yang baik. Satu je masalah dia – dia jenis suka melayan apabila perempuan approach dia.

Lewat tahun lepas, terkantoi lagi dia berhubungan dengan seorang perempuan dan lebih menjengkelkan saya, perempuan itu adalah isteri orang.

Tetapi, saya baca message tu dan memang nampak suami tak berapa melayan tapi yang saya marah, dia tetap nak reply message perempuan tu.

Saya dan suami mengadakan ‘heart to heart talk’ pada ketika itu dan dia mengakui bahawa perempuan itu sudah lama berminat pada dia sejak zaman kedua-duanya masih bujang lagi. Dia juga menyatakan bahawa dia tidak mempunyai perasaan terhadap perempuan itu.

As saying goes, ‘trust is like a piece of paper, once it’s crumpled, it can’t be perfect again’. Terus terang, sejak kes kantoi dengan perempuan masa awal perkahwinan, saya sukar untuk mempercayai suami saya.

Bagi saya mana-mana perempuan pun, tak perlu meletakkan kepercayaan sebanyak 100%. Tidak juga saya sarankan untuk kalian syak wasangka terhadap suami masing-masing. Lebih baik berhati-hati.

Saya seorang yang sangat berhati-hati bab ini dan at some point, saya fikir “ah lantaklah dia nak ada hubungan dengan sesiapapun, as long as tak kantoi dengan aku & tanggungjawab semua buat then it should be fine with me”.

Sampai nak dekat raya, saya ternampak dia buka folder ‘archive’ di whatsapp dan instinct saya sendiri yang tak berapa sedap.

For me, trust your intuition and instinct as a wife. Bak kata Miranda dalam drama Layangan Putus “hormone enggak ada masalah sama instinct. You know because you know”. Cukuplah nak menyalahkan perempuan ni overthinking, emotional, masalah hormone etc.

Berbalik dari issue tadi, so saya confront dengan husband. Saya tanya apa masalah dia dok contact dengan perempuan tu lagi? Dia sendiri pun speechless nak explain. Cumanya kali ini, terlalu banyak drama air mata antara kami dan kami sudah mula sentuh topik perpisahan.

Betul orang cakap “communication is key”. Saya pun perasan yang memang kami terasa sangat jauh lately. Suami menyatakan bahawa dia tidak rasa dihormati sebagai seorang suami. Setiap kali pulang dari kerja, saya suka bersikap dingin dan muka pun tak ceria.

Truthfully, saya mengakuinya sebab saya sangat penat. Sangat penat bekerja. Balik rumah, tak menang tangan nak selesaikan urusan anak-anak, masak, uruskan keadaan rumah.

I told my husband each and everytime kalau dia ada jumpa perempuan lain, silakan dengan perempuan itu.

But he needs to let me go. He can never get both. I have my own stand wherein I don’t want to share my husband with someone else.

Polygamy is fine but not for me. Saya minta sangat-sangat kepada yang membaca ni jangan komen “poligami ni Sunnah, poligami ni dibenarkan dalam Islam, dapat payung emas etc”, I do not want to hear that. it is my choice whether I want to accept it or not.

My life, my choice.

Jadi, kali ini saya memberanikan diri message perempuan itu, saya nyatakan stop ganggu suami orang, perempuan patut sama-sama bangkit dan bukan jatuhkan antara satu sama lain. Dia bluetickkan saya je tanpa reply. Saya tak kisah yang penting sampai dan kau baca.

Saya tak solely salahkan perempuan tu je. Saya tahu suami saya juga bersalah. It takes two to tango. Tetapi sebagai perempuan yang dah berkahwin dan sudah ada anak, tak ada rasa malu atau tak ada maruah ke ganggu suami orang?

Orang dok cakap ramai janda teruk sebab suka kacau suami orang but I have seen bini orang ni lagi so much more worse.

Even if you are not happy with your marriage, you do not have any free pass to flirt with any man! Be it single men or married men. The fact that she is married irks me even more.

Hasil perbincangan saya dan suami, dia memberikan saya ruang untuk berfikir sama ada ingin meneruskan perceraian ataupun tidak.

Sejujurnya saya masih sayangkan dia dan saya tak boleh imagine apa respon anak-anak sekiranya kami berpisah. Saya dah bagi banyak sangat peluang kepada dia.

Meskipun tiada sebarang hubungan intim (from what I know lah) dengan perempuan yang dia message tu, tapi kalau tak dibendung, perasaan mereka tu nanti boleh jadi semakin serius, am I right? Tetapi saya tak sanggup hidup dalam keadaan tak tenang, rasa was-was dan sebagainya.

Saya dah tak boleh untuk buat tak tahu padahal sebenarnya saya tahu apa yang dia buat di belakang saya. Saya macam nak cuba hadiri sesi kaunseling atau terapi tetapi saya tak pasti sama ada boleh menyelamatkan hubungan kami atau tidak.

Suami beritahu bahawa dia sangat menyesali perbuatan dia dan dia sangat sayangkan saya dan anak-anak. Lebih-lebih lagi hubungan kami ni dah 12 tahun (8 tahun kahwin + 4 tahun kenal).

Dia meyakinkan saya bahawa dia tak pernah jumpa perempuan tu sejak mereka berhubung dan ianya sekadar suka-suka saja.

Dia sayangkan saya tetapi dia juga kata dia tak sanggup untuk menyakiti hati saya lagi dan sebab itu dia memberi ruang untuk saya fikir arahtuju hubungan kami ini.

As another saying goes “she was smart until she fell in love”. Saya juga ingin menjaga maruah saya sebagai seorang perempuan. Saya tidak mahu dipermainkan dan pada masa yang sama, saya nak jaga perasaan anak-anak saya.

Anak-anak kami beranggapan bahawa kami adalah ibubapa yang paling bahagia dan penyayang.

Remuk hati saya sekiranya kami perlu menyampaikan kepada mereka yang mama dan papa terpaksa berpisah kerana dah tak sehaluan dan kami berempat sudah takkan boleh tinggal sebumbung lagi dah (sekiranya perpisahan yang kami pilih).

Sekiranya para pembaca ada yang pernah mengalami situasi seperti saya, saya memohon budi baik kalian untuk berkongsi tindakan kalian dan juga kata-kata sokongan,

Memandangkan saya tidak pernah menceritakan masalah saya ini kepada keluarga dan sahabat handai saya kerana saya tidak kuat untuk bercerita kepada orang yang saya kenali.

Tolong doakan juga Allah membuka jalan yang terbaik buat saya dan keluarga. Terima kasih.

Pesanan saya, baik suami mahupun isteri, cubalah bersikap setia terhadap pasangan masing-masing. Dan sekiranya salah seorang dah tak punya perasaan, just be direct dan tak perlu nak khianati cinta dan kasih sayang yang telah diberikan dengan berhubungan dengan orang lain.

Jagalah maruah masing-masing. Dah tahu diri tu suami/isteri orang, jagalah adab dan tingkahlaku. Tak perlu nak message atau call orang yang berlainan jantina untuk benda yang tidak perlu.

Kalau rasa keseorangan, kegersangan dan perlukan perhatian, carilah hobi lain dan tak perlu nak musnahkan rumahtangga sendiri atau orang lain dengan menjadi homewrecker. Ikutkan nak je cakap perkataan yang tak elok tapi takpelah, patience is virtue.

– Olly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *