Si Pelajar Penghidap Anxiety

Assalamualaikum. Banyak sekarang aku tengok, rata rata parents tak buka minda atau ambil tahu tentang kesihatan mental anak anak.

Sini aku nak share pengalaman, mungkin sedikit sebanyak dapat tingkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa atau remaja sendiri tentang kesihatan mental.

Apa yang aku nak fokuskan lebih kecil mungkin tentang Anxiety Disorder. Kalau ada salah silap dalam penulisan aku, harap ada yang lebih mahir dapat menegur dengan berhemah.

Dari kecil memang aku takut dengan kegagalan. Aku bersekolah di sekolah kluster kecemerlangan. Aku sangat bersaing dengan pelajar lain sehingga aku lupa kemampuan aku sendiri di tahap yang mana.

Tak dapat apa yang aku target, aku akan extremely down for few days or even few weeks. Aku takut dengan apa tanggapan orang dengan aku. Aku jadi overthinking. Bila benda ni berulang banyak kali, dia makan diri aku sendiri.

Di tingkatan 4 dan 5, adalah kemuncak yang aku perasan. Stres aku sangat berpanjangan. Sebab aku terlalu fikir ke depan. ‘Macam mana kalau aku tak dapat elok untuk spm?’ ‘Macam mana kalau ibu ayah kecewa?’

Apa yang aku nampak kedepan, bukan kejayaan tapi semua kegagalan. Apa yang aku fikir, aku pendam sendiri. Risau sendiri, gelisah sendiri. Sebab aku duduk asrama, kawan kawan, aku anggap hanya untuk berhibur, bukan untuk meluah. Sebab aku rasa tiada siapa yang akan kisah.

Setiap malam, tengah buat ulangkaji sambil pegang pen pun, hati aku akan berdebar sendiri. Tak boleh nafas, aku perlu cope dan tahan sendiri dengan cara aku sebab masa tu aku tak ada pengetahuan tentang apa itu anxiety.

Sampai la satu malam, aku rasa takut dengan semua benda yang akan aku hadap. Aku sembunyi diri aku dalam tandas blok sekolah semasa semua budak lain tengah ada aktiviti atas surau, terduduk atas lantai tandas.

Aku termenung, menangis, tangan aku menggigil, kaki aku lemah. Tak lama lepas budak habis aktiviti surau, kawan aku jumpa aku dalam tandas, tenangkan aku. Mula dari situ, aku kena panic attack.

Dalam seminggu, 3 kali aku kena hantar wad kecemasan sebab kena panic attack yang teruk, sampai aku menangis jangan bawa aku pergi hospital lagi kalau aku kena panic attack, doktor cakap semua kesihatan aku normal dan no further explanation kenapa aku jadi macam tu.

Doktor mungkin anggap benda tu remeh, cuma penat biasa. Mula dengan panic attack, aku mula rasa severe breakdown. Aku isolate diri dari kawan kawan lebih sebulan. Aku self harm dalam tandas. Aku menangis atas katil asrama setiap malam.

Even dalam kelas, kadang aku akan breakdown, tak kira masa dan aku sendiri tak boleh figure out kenapa. Aku terasa bila ada cikgu yang cakap aku saja memain, saja nak ponteng kelas walaupun spm dah nak dekat.

Yang aku tak boleh lupa, ada cikgu pernah tanya aku nak m4ti dah ke sebab time tu aku tengah struggle tahan panic attack dalam kelas. Budak kelas yang lain hanya gelak. Aku tak akan lupa.

Even pada mulanya pun, kaunselor tak percaya dengan aku. Cakap aku main main, berlakon. Everything was created in my mind. Tapi lama lama, kaunselor yang banyak bantu aku, jadi ibu bapa aku dekat asrama, peluk aku, tenangkan aku.

Cg kaunselor la yang bawa aku pergi klinik kesihatan, buat ujian dass so that i can be referred to the professionals.

Ya, dengan berbincang dengan mak ayah aku, i was referred to psychiatrist at the age of 17. I followed my appointments and i was free from medicine sebab itu yang aku nak, aku cuba cope sendiri dengan cara lain yang my psychiatrist suggested.

Tapi tahu apa yang aku dengar dari orang tua sekeliling aku? Bawa aku berubat.

Ya aku faham, mungkin berubat salah satu ikhtiar tapi sampai bila orang nak faham? Yang some of mental illnesses happen because chemical imbalances in brain. Bukan sebab iman, bukan sebab tak solat. Ia boleh kena pada sesiapa sahaja.

Kepada pelajar atau sesiapa pun yang mengalami perkara yang sama, aku doakan semua untuk tabah. Aku beruntung sangat sebab ada seorang kawan yang supportive, aware tentang mental health. Aina, kalau awak baca, terima kasih ya.

Here are some tips that i can share if you are having panic attack:

1. Deep breath, slowly. 4 secs in, 6 secs out.

2. Distract yourself. Cari 5 benda yang kau boleh nampak sekeliling kau. 4 benda yang kau boleh sentuh. 3 benda yang kau boleh dengar.

3. Hidu minyak aroma terapi. Yang boleh tenangkan kau. Buy one dan bawa ke mana saja.

4. Duduk di tempat yang senyap, selesa, dengan seorang kawan.

5. Pegang tangan/ peluk sesiapa. Itu yang aku selalu buat sampai aku rasa selamat.

Banyak lagi tapi ini yang aku selalu pratik. Semoga bermanfaat. Oh dan alhamdulillah, result spm aku masih cemerlang. Terima kasih.

– Lee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *