Si Pendosa Yang Ingin Ke Syurga

Assalamualaikum untuk semua pembaca sekalian. Biar lah aku perkenalkan diri aku sebagai “D”. Maaf andai kisah aku ni menganggu korang semua. Aku tak pandai menulis. Dan ini hanyalah luahan persaan aku.

Andai korang ada jalan dan nasihat untuk aku, tolonglah aku ya. Aku perlukan semangat dan kekuatan untuk bangkit semula.

Aku adalah seorang wanita bekerjaya. Kisah hidup aku ni terlalu banyak ujian dan cabaran. Dulu aku pernah berkahwin, tapi jodoh aku dengan suami dahulu tak panjang. Hanya bertahan untuk 2 tahun.

Beberapa tahun kemudian, aku berjumpa dengan seorang lelaki yang dah berjaya membuka hati aku. Bukan kerana harta atau rupa. Tapi kerana agama yang ada pada diri dia.

Setelah beberapa bulan kami berkenalan, kami berbincang dan bersetuju untuk berkahwin. Di awal perkahwinan kami, semuanya nampak indah. Aku berusaha untuk menjadi isterinya yang terbaik.

Jujur aku cakap, aku tak pandai dalam menguruskan perihal rumahtangga. Kerana perkahwinan yang pertama aku bersama arwah, kami tidak tinggal bersama kerana PJJ. Jadi, tak banyak yang aku lakukan pada masa itu disebabkan oleh kekangan waktu dan jarak kami.

Untuk perkahwinan kali ini, aku berusaha untuk belajar semula daripada awal. Ini ibarat Seperti perkahwinan aku yang pertama. Segalanya perlu bermula daripada bawah.

Sepanjang aku berkawan dengan suami aku yg sekarang, aku kenalkan dia dgn nama “A”, kami hanya berkawan. Tidak pernah meletakkan perasaan dalam persahabatan kami. A juga seorang yang bekerjaya.

Mempunyai pekerjaan yang tetap dan agak dikenali dikalangan rakan-rakannya sebagai seorang yang kuat bekerja dan mempunyai matlamat hidup. Disebabkan kami tidak pernah meletakkan harapan antara satu sama lain, aku juga ada berkawan dengan orang lain.

Hanya untuk mencari yang terbaik.

Jujur aku katakan, aku bukanlah perempuan yang baik. Banyak dosa yang telah aku lakukan dahulu. Dan perkara tu hanya aku seorang yang mengetahuinya. Aku sangat malu pada diri aku sendiri.

Sebelum perkenalan aku dengan A, aku dah berusaha untuk bertaubat dan meninggalkan segala dosa yang sudah aku lakukan.

Bila aku kenal dengan A, hati aku kuat mengatakan yang dia boleh bimbing dan jaga aku untuk menjadi wanita yang lebih baik. Segala dosa yang aku lakukan dulu, aku simpan kemas tanpa ada orang yang tahu. Namun, siapa aku untuk menolak takdir Allah.

Setelah beberapa bulan perkahwinan aku dan A, dia dapat tahu tentang kisah-kisah lama aku sebelum perkahwinan kami. Segalanya dia korek dan cari sendiri hanya kerana dia rasakan yang aku banyak sembunyikan perkara penting dengan dia.

Dia kecewa bila tahu bahawa aku adalah perempuan seperti itu. Dia menganggap bahawa aku adalah perempuan yang baik. Sedangkan hakikatnya aku adalah seorang pendosa.

Sejak dari tu, dia tak percayakan aku. Dia menganggap aku perempuan yang jahat dan tiada maruah.

Namun, aku sudah berubah sebelum perkenalan kami lagi. Walau beribu penjelasan yang aku beri pada A, namun dia tetap tidak percayakan aku.

Adakah aku tidak boleh untuk berubah.? Adakah seorang pendosa akan kekal berdosa selamanya.? Adakah seorang pendosa tidak layak untuk bahagia.?

Adakah seorang pendosa tidak layak untuk ke syurga.? Adakah seorang pendosa tidak layak untuk bertaubat.? Adakah taubat seorang pendosa tu tidak layak diterima oleh Allah.?

Itulah perkara yang bermain di fikiran aku sekarang. Setiap saat, setiap minit aku dihantui oleh semua ini. Walaupun kami sudah berbaik,

Namun keadaan kami tidak seperti pasangan lain. Sekarang kami dalam proses untuk berbaik semula. Setiap apa yang dia larang aku takkan buat. Aku cuba untuk fahami dia. Tingkah laku dia. Kerjaya dia.

Aku cuba untuk communicate lebih dengan dia. Dan setiap kali aku pergi ke mana-mana, aku wajib update pada dia dengan siapa aku keluar dan di mana aku berada. Aku berusaha untuk menjadi isterinya yang terbaik untuk dia.

Aku berusaha untuk beri kebahagiaan pada dia. Walaupun aku tahu dia takkan mampu untuk lupakan segala apa yang dia dah tahu tentang diri aku.

Aku hanya mampu berusaha dan berdoa supaya Allah kuatkan hati aku untuk terus bertahan dalam perkahwinan ini.

Adakah apa yang aku lakukan ini betul.? Adakah dia mampu untuk menerima aku yang kotor dan berdosa ni.? Adakah aku tidak layak untuk bahagia.?

Walau sekuat mana pun rintangan yang datang, aku akan terus berusaha untuk selamatkan perkahwinan ini. Namun, andai Takdir Allah mengatakan bahawa A bukan jodohku, aku Redha menerima segalanya.

Mungkin ini adalah balasan Allah pada aku atas segala dosa-dosa aku yang lalu. Dan aku berharap agar Allah mengampuni segala dosa-dosa aku yang lalu.

Bila semua ni jadi pada aku, aku sedar yang aku sebenarnya lalai dan alpa. Aku tahu yang ujian ni banyak menguatkan diri aku. Aku jadi orang yang lebih tabah.

Selama ni mungkin aku terlalu leka dengan dunia. Mungkin aku terlalu berharap pada manusia. Sedangkan Allah menunggu aku untuk kembali pada Dia.

Dan ini adalah teguran untuk aku. Allah rindukan aku yang dah terlalu jauh dengan Dia. Jadi, dia hadirkan ujian ni untuk jentik semula hati aku untuk kembali padaNya.

Sekarang ni, aku serahkan seluruh hatiku hanya pada Dia yang Maha Esa. Dia yang berhak pegang hati aku. Hanya pada Dia aku bergantung pengharapanku. Selagi aku mampu, aku akan berusaha untuk perbaiki segalanya.

Untuk korang semua, jagalah diri korang sebaiknya. Jangan terlalu mudah untuk percayakan lelaki. Jagalah maruah diri korang. Jangan sesekali ceritakan aib kita pada sesiapa pun.

Kerana Allah melarang kita untuk membuka dan bercerita tentang aib diri kita sendiri. Dan yang paling penting, percayalah walau dimana pun kita berada, Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Dan balasan itu pasti akan berlaku, walau tidak di dunia pasti di akhirat sana.

Dan ingatlah, Allah tu Maha Pengampun. Kita sebagai hamba je yang terlalu leka dengan dunia.

Tolong doakan aku dan A ye. Semoga ada sinar bahagia untuk kami.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *