Siapa Yang Psiko?

Tq admin kalau siarkan confession aku ni. Kalau tak, admin baca jela sorg. haha

Kadang2 aku teringin nak masuk dalam diri org lain, untuk tengok diri aku sendiri ni macam mana aku ni sebenarnya sebab aku pun tak tau diri aku macam mana. Kadang2 aku pun xpaham aku ni kenapa. Masa matrik, satu bilik 4 org tapi bilik aku 3 orang je. Setiap org punya port kat penjuru dinding. So satu katil kosong. Aku suka menyanyi. Aku selalu rasa suara aku not bad la. Aku suka nyanyi pakai headphone. Sebab bila xpakai headphone aku rasa suara aku ke laut? Ew omg. Tapi bila pakai headphone rasa macam suara kita tu sebati dengan penyanyi asal. So aku pakai headphone sambil menyanyi2. Pastu kan kdg2 tu kan, rumate aku sorg tu suka jugak tetiba menyanyi. Aku rasa cam kau nak lawan suara aku ke?? Suara dia dh lah xsed-

Aku pun masuk ipta ambil degree. First year. Aku masih teruskan aktiviti suka menyanyi sambil buat keje. Aku rasa suara aku macam not bad. Rumate pun macam xde suruh senyap. Eh ada lah jugak suruh senyap, tapi aku senyap time dia suruh senyap je la. Lepas tu memekak balik. Life goes on. Habis tahun 1.

Masuk tahun 2 aku satu bilik dengan budak koir. Aku dgn semua rumate ni aku baik-baik je dari rumate matrik sampai la rumate degree, ok je. Takdelah bestfriend, just baik2 saja boleh masuk kepala. Gelak sama cam apa. Malam final meroyan sama2. Buat bday prank antara kitaorg n banyak lagi. You know that sort of fun things that roommates are doing together. Ya, aku dengan rumate aku dari matrik, sampai habis degree, walaupun dgn org berbeza, macam tu la ok saja, lawak boleh masuk. Kadang pegi kelas sama kadang tak. Sebab aku ni tak suka ikut orang. Pastu aku tak suka org tunggu aku sebab aku selalu last minute pegi kelas. Nanti aku stress kalau aku ikot orang sbb aku kena cepat2 sebab taknak orang tertunggu.

Pastu aku pun masuk tahun 2. Sorang rumate aku tu budak koir (panggil F), dia kata suara aku not bad la. Aku cam, hmm aku dah agak kot suara aku not bad! Tapi rummate sebelah aku tu (panggil Z) suka jugak nyanyi2, suara dia lagi nyaring daripada suara aku. Dia suka lagu2 yg macam slow, traditional sort of idk? Macam lagu2 Dato’ siti. So nyaring kan. Aku punya taste pulak yang urban tak slow sgt tapi tak hardcore sgt ee tak reti lah nak cakap jenis2 muzik ni, english songs ke melayu ke yg penting tak sama la dgn Z tu. So kiteorg mcm selalu berentap la sebab duduk meja study dalam bilik tu sebelah-sebelah kan. Oh lupa nk cakap, bilik ni 4 orang. So sorang lagi tu aku panggil N. N ni jenis yang tak nyanyi (aku rasa la sbb awal2 satu bilik dia just pasang earphone je tak nyanyi pun) tapi sejak aku dgn Z berentap, N pun bantai nyanyi sekali. Aku macam, wth korg ni?? So satu bilik memekak. Aku stress. Korang kenapa?!! Hakikatnya, aku tak boleh study kalau ada org bising. Aku pun sebenarnya tak boleh fokus study kalau diri aku sendiri menyanyi, tapi aku just suka menyanyi, korang paham tak perasaan aku? So end up aku stress sebab aku menyanyi dan rumate pun menyanyi. At that moment, yes, pelase bagi aku je nyanyi, korg takyah nyanyi! Aku paling stress dengan Z ni. Aku pernah nyanyi kuat2 sekuat kuatnya aku rasa orang luar pun boleh dengar (omg malunya baru sekarang terfikir), nak tgok dia stress ke tak, takk dia ok je! Aku pernah nangis sebab tak boleh fokus nak study sebab dia punya nyaring tu kalah volume headphone aku. Kenapa aku tak tegur dia? Sebab aku rasa dia boleh fikir sendiri. Lagipun aku pun menyanyi sama, so aku faham la dia suka menyanyi takkan aku nak halang tapi at least aku mengharap sangat suara dia tak nyaring sgt. Dia pernah je try nyanyi slow2, suara perlahan, tapi xbleh weh still kuat jugak outcome nya bila masuk telinga aku. Masa ni aku mula sedar something, dosa aku menyanyi kuat2 masa matrik dan first year sebab mungkin aku dah ganggu konsentrasi orang tanpa aku sedar. Aku insaf. Aku nangis sebab tak boleh fokus. Aku dah tak nyanyi kuat2 dah. Tq Z, kau ajar aku untuk sedar diri. Lama gak nak ajar hati aku ni berterima kasih pada Z. Sebab aku memang letakkan salah kat dia 80% yg aku tak boleh fokus study. Habis 2nd year. kitaorang semua baik2 saja, mcm biasa.

Tahun 3. Final year. Masa ni aku dh tak nyanyi kuat sangat dah. Tapi aku stress dengan final year projek pula. Aku jadi sgt sensitif. Masa ni senior year so dapatlah 1 bilik 2 org. Aku mmg dduk dalam sampai habis sebab aku aktif sukan sikit n kelab sikit.

Masa ni, Kawan (rumate+jiran sebelah) tak ajak lepak sama pun aku sentap padahal aku kena buat projek kot takkan aku nk tinggalkan kerja sebab nak ikot diorang. Tak, mula2 mmg diorang ajak, tapi sebab aku selalu refused sebab busy, diorang pun dah tak ajak. Aku dgn kawan-kawan makin jauh. Ada jugak lepak sama. Bila lepak sama, gelak sembang macam apa, buat aku lupa yang aku sakit hati dgn diorg. Macam takde benda pun. No hatred. No angry. No negative. Nothing. Tapi bila aku kembali ke kerja aku, aku jadi ingat balik benda2 kecil yg diorg buat kat aku macam tak ajak dinner sama. Aku sakit hati. Aku rasa diorg lupa kawan. Sebenarnya bila fikir balik sekarang, diorang tak lupa aku pun. Buktinya, diorang kadang2 drop makanan, cookies, notes atas meja aku. Aku yang bongkak, mungkin jugak bodoh. Aku yang lupa diorang sbb konon buat fyp dengan lect yg semua org kenal. Bila ingat balik, aku rasa aku ni busuk sangat tak layak kawan dengan diorang. Aku yang menjauh sebab busy, pastu aku tuduh diorg lupa kawan? Teruk. Last2 nak final tu memang gaduh. Tak pernah gaduh masa degree, ni final sem final year jugak la nak gaduh. Patut waktu2 macam ni kiteorg cherish our last happy moment together. Aku selalu fikir, kalau lah diorg terus je ajak aku even aku busy, aku takkan sakit hati dan kiteorg takkan gaduh. Kalau lah diorg add aku balik lepas aku left group, mesti takkan gaduh. Aku ni kenapa sebenarnya? Ya aku serabutttt sangat dgn fyp, sampai tahap aku rasa aku kena repeat sem tu, jadi aku macam jadi terlalu sensitif dengan semua benda sekecil2 benda. Padahal kalau aku fikir balik secata rational, aku rasa diorg ok dh. Ok sgt. Aku je yg terlebih emo dan mana ada manusia nak layan emo kau 24 j kam, kawan2 aku tu pun ada fyp n busy jugak. Aku sedih end up camtu walaupun lepas konvo kiteorg semua baik2 je tapi dh xrapat macam dulu. Sayang. Sayang sgt. Korang, aku mintak maaf sangat perangai buruk aku dulu tu. Kalau korg kenal aku, I just want you to know I am sorry for everything. Untuk ex ex rumate aku yg laen, aku minta maaf jugak kalau nyanyian aku pernah buat telinga korg bengkak… Banyak lagi aku nak tulis tapi bak kata netizen yg camhare, tulis panjang2 sapa nak baca anat.hoho. Tak kisah la sape nk baca pun, aku sebenarnya busy sgt skrg ni. Tapi sebab aku xboleh tahan rindu akan semuaaaa org yang pernah jadi rumate aku, aku jadi nk ter throw back and nak tulis confession ni. Tulis ni pun laju2 kalau ada typo sorry yek. Kalau korg tak paham pun sorry jugak!! Haha. Bye. Doakan aku supaya menjadi org yang lebih baik drpd sebelumnya.

Last, bukan utk post aku je, tapi utk post2 org lain jugak, korang kalau xde benda baik nak cakap, jgn cakap apa2 ya :( be kind, always.

– Cinnamoyl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit