Sihir Dengki

Assalamualaikum. Aku dah a few times share confession aku dekat sini and this time aku nak share mengenai pengalaman aku and family aku waktu kami terkena sihir.

Family aku ada bisnes. Bukan bisnes besar pun, cuma bisnes berniaga di pasar malam dan pasar pagi sahaja. Tapi alhamdulillah, after a few years aku tengok mak ayah aku struggle, dapat lah family aku hidup senang sikit.

Masa umur aku 16 tahun, aku ingat lagi yang tahun tu mak ayah aku belikan kakak-kakak aku kereta sorang satu, aku dan adik aku dapat motor sorang sebiji and yang last sekali pun ada jugak dapat motor gocart yang kecil tu.

Parents aku pulak tukar kereta baru and renovate rumah secara total. Tapi biasa la, bila kita ada senang sikit, akan ada orang yang tak senang hati.

After a few months macam tu dalam tahun yang sama, mula la kejadian-kejadian pelik yang jadi kat family kami.

Yang aku akan cerita ni, benda yang aku still ingat je la since dah 12 tahun benda ni jadi. Yang paling banyak terkena ofcourse la parents aku dan kakak sulong aku since dia memang tolong parents aku berniaga.

First sekali, parents aku jual tepung pelita. Tepung pelita ni benda yang sangat laku ye kawan-kawan masa bulan puasa. And benda ni pun start jadi tak silap aku masa bulan puasa.

Setiap hari, parents aku akan masak lebih kurang 20-30 tray untuk hantar di bazar Ramadhan. Yang pelik dan ajaib nya, bila sampai je waktu maghrib, bahagian putih (santan) kuih tu akan jadi air jernih serentak .

Mula-mula memang ingatkan basi, tapi takda pula bau ke apa ke. Dia cuma jadi jernih je. And of course la ramai customer yang complain bila next day nya. Dah satu hal nak kena ganti.

Benda ni berlanjutan and jadi setiap kali bulan puasa. Sekarang alhamdulillah, dah takda tapi still not 100% hilang.

Beberapa hari sebelum kejadian tu, masa di pasar, kakak aku tengah kemas barang niaga, tiba-tiba ada labah-labah yang macam tarantula tu berjalan atas kuih.

Gila terperanjat, kakak aku tepis pakai kain and benda tu memang hilang macam tu je. Bila fikir balik, mungkin jugak ada kaitan degan apa yang jadi dekat kuih2 tu.

Disebabkan parents aku dah rasa macam ada yang tak kena, so ayah aku ikhtiar azan masa tengah kacau kuih tu punya adunan. And suddenly tong gas tu bergegar-gegar macam nak terangkat.

Semua yang ada masa tu pun cuma boleh diam je sebab kalau ikut akal yang waras, macam mana pulak boleh jadi macam tu.

Ada satu hari, masa balik niaga, tiba-tiba ada bunyi berdentum (macam ada bende yang berat jatuh) atas bumbung van niaga and van tu jadi berat sangat walaupun dah habis tekan minyak.

Dalam masa yang sama mak aku bawak kereta lain. Berselisih dengan van ayah aku, ayah aku nampak ada orang terlebih dalam kereta yang mak aku bawa. Sepatutnya cuma 3 orang, tapi ayah aku nampak 4 orang.

Yang ini jadi kat aku dan adik aku masa kami ada di rumah. Aku dan adik-adik memang tak ikut parents aku niaga sebab kitorang still sekolah lagi.

Malam tu aku pergi kedai and aku sure semua ok je kat luar rumah tu. Tapi bila aku balik, pokok renek yang aku letak dalam pasu sebelah pintu rumah tu boleh tercabut sampai ke akar dan terkulai macam tu je.

Aku terus call mak aku and mak aku pesan suruh masuk rumah, jangan usik apa-apa. Besoknya, kucing adik aku kuis-kuis pasir kat luar rumah. Mak aku nampak ada bunjut kuning yang dalamnya ada isi tanah merah macam tanah kubur.

Yang last aku nak cerita ni yang paling aku ingat. Mak ayah aku masa tu baru balik niaga. Masa mak aku masuk bilik, boleh pulak dia Nampak ada seketul sami duduk dalam bilik tu and bila mak aku tengok dia, dia jelir lidah dia panjang gila. Terus mak aku pengsan.

Banyak lagi benda yang jadi dalam tempoh tu, sampai rumah kami jadi panas. Masing-masing rasa nak marah, nak bergaduh sampai parents aku bercerai dalam masa yang sama.

Yang tu aku tak tahulah ada kena mengena atau tak denga apa yang jadi. Aku tak berapa ingat macam mana bend ani boleh semakin baik.

Yang aku ingat, merata mak ayah aku pergi berubat, tapi still tak ok. Ayah aku cuma amalkan bacaan ayat-ayat alquran dan tawakal semasa sedang buat kuih.

Family aku ada la juga syak siapa yang buat, tapi tidak lah 100% yakin. Jadi kami cuba bersangka baik dengan semua. Allah ada. Sekuat mana pun pengantara yang mereka hantar, percaya lah Allah maha berkuasa.

– Miss B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *