Sisi Lain Pelajar IPT Yang Ramai Tak Tahu

Hi. Thanks admin kalau post. Aku Sam. Aku just nak share & aku rasa student ipt patut tahu. Tapi aku tak tahu lah saluran betul ke tak, ada ke budak ipt baca sebab aku tengok lately ni iium ni macam krt dah elderly je yang muncul kat komen, kahkah.

So berbalik pada tajuk, sisi lain pelajar ipt yang tak tahu. Aku pon tak tahu masa mula2 sampai lah aku dah habis belajar diploma. Baru aku tahu permainannya mcm mana. Kesian. Kahkah.

1. Student rapat dengan lecturer.

Nampak cliche kan tapi bila kau rapat dngn lecturer, once kau dah habis belajar, lecturer akan rekomenkan ko kerja. Kira macam kabel juga la ni.

Macam lecturer aku ada cakap dekat kawan aku, “ada kerja di sini. kamu nak? tp jngn sebarkan kt classmate lain. Ni untuk kamu & beberapa student (yang rapat dengan saya) lain je.”

Haa rasa sadis macam lehnet bukan lagi2 yang jenis sampai grad pon lecturer tak kenal kau. Mereput lah kau cari kerja kat situ. Lepastu tiba2 tengok kawan kau dah kerja kat tempat yang gah.

2. Jumpa lecturer masa dekat exam.

Haa ni pon tak ramai tahu. Tapi kau jangan la bendul sangat esok exam harini kau jumpa pergi tanya terus. Kau kena konsisten jumpa lecturer dari awal sem sampai akhir. Lepastu masa nak minta soalan spot tu, jangan la direct sangat.

Pandai2 la. Tu pon nak kena ajar ke? Masuk u pon tak reti? Bayangkan kau sorang je tahu soalan spot, member kau lain melopong je lah. Kalau nak untung, jual la dapat duit sikit. Boleh laa kau lepak kat starbuck acah budak kaya hipster padahal miskin, kahkah.

3. Nombor student.

Selalu setiap uni ada nombor student dia sendiri. Uni aku ada, tak tau ah kalau uni lain. GUNAKAN NOMBOR STUDENT ANDA DENGAN KERAP. Maksudnya? Kalau macam aku, aku akan letak nombor student aku kat atas & always tulis dulu nombor student seblum tulis nama. Present pon aku sebut nombor student aku walaupun nama aku sedap “SAM”.

So nanti bila lecturer kau tanda kertas exam kau yang hanya ada nombor student tu, dia akan ingat la kat kau. “oh ni nomnor student si sam kacak ni” gituuu (aku sampai buat email guna student number aku tau. Over kan? tapi nak hidup, kahkah).

4. Jangan percaya omongan lecturer.

Contoh kalau lecturer kau kata exam hanya masuk dari A sampai G sahaja. Kau baca je laa sampai Z. Bukan boleh caya sangat pon lagi2 kalau lecturer perempuan belum kahwin lagi lagilaaa.

Tapi aku pon bukan baca semua juga. Baca apa lecturer cakap je la sebab malas. Sekali masuk yang tak baca. Kahkah. Kawan aku berani mati lawan sampai lecturer cakap, “saya ingat muka awak ni” perghh goodluck laa brooo pointer nanti, kahkah.

Tu je la kot. Tak ada apa pon sebenarnya. Basically ni macam asas nak hidup je. Perlu ada kabel. Nak senang hidup, kahkah. Sekian.

– Sam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *