Sisi Yang Kurang

Sisi Yang Kurang

Salam, terima kasih sekiranya admin approve confession ini. Sebelum itu, confession ini hanya sekadar perkongsian, buah fikiran yang saya pendam selama ini. Mungkin ada beberapa perkara yang diubah. Saya ada 4 orang adik-beradik dan saya anak yang keempat dan yang bongsu. Semua perempuan kecuali angah. Untuk pengetahuan semua, cerita ni saya nak fokuskan kepada angah dan alang (kakak ketiga saya).

Angah selalu buli saya semasa kecil menyebabkan saya rasa trauma (butir2 nya biarlah rahsia) dan ia memberi impak kepada emosi saya sampai sekarang. Saya still tak boleh nak rapat sangat dengan angah walaupun dalam hati saya, saya teringin sangat nak rapat macamana angah rapat dengan alang (diorang kira kamceng la). Walaupun saya dah menginjak ke umur 20-an, perasaan takut dan trauma tu masih ada.

Kalau angah marah dengan nada menempik atau gertak sikit, saya jadi takut smpai tahap menangis. Saya tak tahu kenapa boleh sampai emo macam tu. Automatik je menangis. Dan pernah kawan saya buat prank birthday untuk saya semasa zaman asasi dulu (saya takkan mention mcmn tp mereka try buat saya menangis) sampai badan saya menggeletar, saya tak mampu nak melawan.

Saya end up menangis teruk selepas tu. Teruk jugaklah. Sebab dh terbiasa tak melawan masa kecil, jadi saya masa tu pun terkaku. Lepas tu masuk degree pulak. Kadang2 bila balik cuti sem, saya join borak dengan angah dan alang. Mereka akan cerita macamana mereka dengan tegas confront sesiapa yang pijak kepala mereka( kiranya defend for their rights lah). Sebab saya ada di kat situ sekali, memang nasib saya. Angah akan tanya “Kalau kau marah kat seseorang tu kau buat apa?” Saya diam. Angah akan sambung, “Eleh, mesti engkau mesti kau macam hmm tak apalah….tak apalah…. Kau bukannya berani, pengecut. Pastu menangis.” Diikuti dengan gelak.

Ya Allah, sedihnya saya rasa. Sampai hati mereka. Entahlah, saya rasa tak adil mereka buat macam tu kat saya. Kalau menangis tu memang tanda kita ni lemah sangat ke sampai tak boleh diterima? Lemah sangat ke saya ni dimata diorang? Alang selalu akan kata dia tak cakap belakang macam kebanyakan kawan2 dia tapi masa berborak dengan angah, dia akan mention pasal kekurangan kawan2 dia. Itu tak dikira cakap belakang ke?

Saya nak tahu jugak. Secondly, dia akan compare diri dia dengan along mengatakan dia lebih baik atas sebab2 tertentu tapi bagi saya dua2 sama sahaja agak mudah melenting kalau ada sesuatu yang kurang dimata mereka cuma berbeza mengikut cara masing2. Dan kalau ada satu benda yang saya terbuat salah, alang akan menjadikan perkara tersebut menjadi bahan lawak seisi keluarga. Sekali, dua kali still ok tapi kalau dah berpuluh kali cakap benda yang sama, siapa je yang tahan. Entah lah, semua kekurangan saya jadi bahan lawak. Sedih.

Yang benar,

– Bukanlah sesiapa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit