Solat, Aurat, dan Islam

Assalammualaikum readers semua . Tadi aku nampak ada confession tentang solat . Memang sedih bila tengok saudara Islam sendiri lengah lengahkan solat malah ada yang tak solat langsung pun . Erm .

Nak dijadikan cerita , aku sekarang tengah kerja sementara buat part time di sebuah kilang . Masuk hari ini In Sha Allahh dah 2 minggu aku kerja . Yang aku nampak ialah , waktu hari Jumaat , ada je muka muka yang tak solat Jumaat . Macam tak ada rasa serba salah pun . Aku husnuzon jelah , mungkin hari ini skip , dia solat Zohor nanti kot . Yang perempuan pun , ada je yang memanjang cuti . Aku pun tak apalah . Sangka baik jelah , mungkin tak mandi wajib lagi ke apa ke .

Tapi ada je orang orang yang pergi solat di surau , cuma boleh kiralah berapa orang yang solat . Ada juga yang solat , tapi waktu nak hujung hujung waktu . Tunggu kerja siap katanya .. Aku perhatikan juga , rata rata perempuan sekarang , tak kisahlah mak orang ke , gadis ke apa ke , terlalu menjadi hamba fesyen . Ke aku yang kolot sangat tak up to date ? Tudung labuh ke belakang , tapi singkat di depan . Nak acah acah flip tudung sangat , k fine . Sukahatilah .

Lagi trend sekarang , pakai seluar yang betul betul fit ikut bentuk kaki . Baju pun pendek je . Tonggeng sikit boleh nampak lah belakang tu . Lepastu trend pakai tudung tak pakai scarf . Nampaklah anak anak rambut . Mungkin mereka tak perasan . Okaylah.Kalau part stokin ,ke handsock ke aku tak nak lah komen lebih lebih sedangkan dalam Islam aurat wanita itu seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan . Aku pernah kena tegur dengan kawan aku, kenapa seluar jeans kau ni besar sangat , aku cakaplah , memang ikut saiz aku lah . Takkanlah aku nak pakai yang betul betul fit tu , kang tak leh nafas aku duduk nanti .Huhuhu

Aku rasa segan bila tengok ada sesetengah kawan kawan aku yang nak acah acah hipster lah apalah tak kisahlah kan, tapi aurat tak jaga … Pakai seluar atas buku lali . Senang kata seluar sentenglah . Tahulah kaki lawa HAHAHAHHAHAA …

Aku ini bukanlah insan yang sempurna sangat . Memang jujur aku kata , bukan tak teringin nak ikut fsyen . Tapi fesyen pun dah macam tu , aku takut jadi hamba fesyen . Biarlah orang kata aku kolot , yang penting aku tutup aurat. Aku bukan baik sangat pun , banyak je dosa aku yang aku buat , tapi aku cuba juga nak jadi yang lebih baik . Kalau part ni aku susah sikit nak ubah , aku ubat part lain dulu . Peringkat peringkat .Aku rasa malu bila lelaki terpewiit sana terpeewit sini . Erm . Lelaki ni , kalau dia tengok kau pakai yang tutup sana sini , labuhkan sikit tudung , bukan nak suruh pakai macam ustazah ke apa ke , In Sha Allah diaorang tak berani kacau .

Maaflah , aku cuma sedih tengok ramai kawan kawan aku yang dah ‘rosak’ , ada yang dah lahirkan anak luar nikah pun ada . Aku rasa takut dengan dunia ni . Rasa takut dengan sekeliling aku . Yang perempuan dan untuk diriku , jaga diri , jaga maruah , jaga iman . Tak apalah kalau tak ada orang nak peewit sana sini ke , tak ada yang nak usha ke apa ke . Yang penting ,diri kau jadi ‘mahal’ dan ekslusif hanya untuk yang berhak . Yang lelaki pun , tolong lah jaga pandangan . Kalau dah ternampak tu , janganlah dipandang buat kali kedua . Yang aku tahu , Allah dak sebut dalam Al Quran , lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya .

Mungkin aku tak berada di pihak mereka seperti yang aku sebut di atas , percayalah , aku sentiasa doakan kalian . Setiap manusia ada ujian yang Allah beri .. Terima kasih ..

– Miss X

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit