Solatlah: Hidayah Allah Pasti Sampai

Assalamualaikum wbt. Hi korang. Aku Linda (bukan nama sebenar). Aku ada satu cerita nak share dan ia akan berkait dengan satu sahaja hal terpenting dalam hidup kita, iaitu SOLAT.

Aku harap korang boleh spare some time utk baca post aku yang panjang ni, sbb ada banyak perkara penting yang aku nak kongsikan. InshaaAllah korang takkan rugi baca.

Aku share ni berdasarkan apa yang aku pernah alami dalam hidup aku and I’m actually losing its ‘magic’ now. Jadi tujuan aku kongsi ni untuk bagi motivation pada korang supaya kekal dalam kebaikan and not to let this thing lose away from you. Sebab bila kau hilang kebaikan ni, kau akan alami difficult times in life to get it back on track.

Aku mula berhijrah masa Diploma, tahun 2012. Dulu cara pemakaian aku pun sama je macam sesetengah perempuan zaman sekarang. Bertudung, tapi singkat atas dada. Berbaju, tapi menampakkan bentuk badan. Berseluar, tapi ketat.

Tak pernah timbul sikit pun rasa malu dalam diri dengan cara pemakaian aku. Sebab apa? Sebab tak ada hidayah dari Allah. Allah tak campakkan rasa malu dalam hati utk aku sedar dengan cara pemakaian yang salah tu. Itulah pakaian aku hampir setiap hari aku ke kelas dan utk keluar hangout.

Tempat belajar aku dulu, tak besar sangat. Just shop lots with few blocks. Dua blok kelas dan pentadbiran, dua blok asrama lelaki dan dua blok asrama perempuan.

Ada satu surau dekat blok pentadbiran ni. Paling tepi sebelah sana. Setiap kali masuk waktu solat ada lah orang akan azan dan azan tu kuat sampai boleh dengar ke blok asrama aku.

Bila hujung minggu dekat asrama takde buat apa apa, duk lepak lepak dekat hall atau dekat bilik, aku akan dengar azan ni dikumandangkan. I don’t remember how it started, tapi setiap kali dengar azan je aku akan terus bangun ambil wudhu’ utk solat. Lama lama dia jadi kebiasaan pada aku.

Kalau weekdays, dah tentulah habis kelas tengah hari sebelum waktu rehat. Jadi lepas tu boleh terus balik dan solat dekat asrama. Dan petang kalau ada kelas pun sebelum asar dah habis. Lepas tu boleh solat dekat asrama jugak.

Dah beberapa lama duk situ, jadi kebiasaan pada aku utk solat awal waktu. Mungkin aku antara manusia yang Allah pilih utk perbaiki solat masa tu.

Bila aku dah mula jaga waktu solat aku dengan baik, ada beberapa perkara yang berubah pada aku masa tu. Yg pertama sekali is tudung aku. Aku sejenis yang suka pakai shawl. Even sampai sekarang pun. Masa tu dah mula timbul rasa malu pada aku bila shawl aku singkat atas dada. Jadi aku mula labuhkan tudung sampai boleh tutup dada aku.

Perubahan yang kedua, dalam hati aku mula timbul rasa malu bila baju kurung yang aku pakai pergi kelas sekali sekala, lengannya terselak selak kalau aku angkat tangan. Jadi aku start pakai handsock. Ada kawan kelas yang perasan perubahan tu dan dia tanya pada aku;

“Linda, kenapa Linda pakai handsock? Malu eh kalau laki nampak?”.

Jadi aku jawab “Haah, segan pulak kalau orang nampak, hehe”.

Sejak tu, kalau aku ke kelas pakai baju kurung, aku akan sentiasa pakai handsock. Dekat area asrama aku tu, setiap hari Isnin ada pasar malam. Dekat situlah aku beli handsock aku. Jenis yang mula mula keluar dulu. Material nipis stretchable, berenda dekat hujung. Girls confirm tahu.

Perubahan terakhir yang Allah gerakkan hati aku utk ubah, adalah pakai stokin. Masa ni dalam hati, aku terlintas. Kalau aku nak pakai stokin, it means this is going to be the titik tolak perubahan total aku. No more form-fitting clothes. Memang tak boleh pakai dah segala baju ketat yang ada. And also all the jeans.

Jadi bila sampai hari Isnin in which ada pasar malam tu, aku dah niat nak cari baju dan seluar yang sesuai dekat situ. Baju berserta seluar yang lose dan selesa. Baju pertama yang longgar beli dekat pasar malam je okay, haha.

Sbb itu je tempat paling dekat dan hari paling hampir masa tu utk aku beli baju baru. Kalau nak tunggu hujung minggu, bila aku nak kenakan pakaian longgar pada badan kan? I had to.

Masa pergi pasar tu, aku ada ajak dua orang kawan yang aku close utk pergi sekali. Of course utk beli makan adalah plan utama dan kedua adalah utk beli apa yang aku hajat dan perlu.

Ada sorang kawan aku yang ikut ni, dia pun dah mula perasan perubahan aku sikit sikit. Bila kitorang dah balik asrama and started to eat dekat meja, dia tanya aku;

“Linda nak berhijrah eh?”

Then I said “Haa, nanti kalau tiba tiba Linda pakai stokin, jangan terkejut pulak ye haha”.

“Hahah”. She went laughing too.

Jadi dari situlah aku belajar menutup aurat dengan sempurna hari demi hari. Asbab dari solat yang aku jaga dan waktunya, Allah bukakan hati aku, campakkan rasa malu dan masukkan cahaya dalam hati aku utk lihat bahawa cara pemakaian aku adalah salah dan membawa dosa.

Perlahan lahan aku mula tambah koleksi baju aku dan seluar yang longgar utk aku pakai. Hari-hari yang aku lalui utk ke kelas dah berlainan. Aku rasa selesa dan seronok dgn cara pemakaian yang baru.

Solat aku, aku jaga macam biasa walau aku ke mana mana. Sentiasa awal waktu, sampaikan aku dapat menikmati apa yang orang sebut sebagai kemanisan solat.

Kalau aku musafir dengan family, pergi travel jalan jalan dan kemudian kami masih dalam kereta tapi waktu solat dah masuk, aku jadi gelisah. Aku jadi risau. Aku nak cepat cepat singgah masjid atau surau utk solat. Tak boleh tangguh.

Aku jadi seorang yang sentiasa update dengan waktu solat. Aku akan sentiasa cek jam dekat tangan aku, supaya aku tak terlepas waktu. Tengok jam, sejam lagi nak masuk waktu. Tengok jam kali kedua, setengah jam lagi. Tengok kali ketiga, ok dah masuk waktu. Cepat cepat aku pergi solat.

Kalau dekat mall, dengan segeralah aku akan ke surau dan ajak siapa yang ada dekat aku masa tu utk solat sekali. Kalau dekat rumah aku tengah menyapu, bila tengok jam dah masuk waktu je, aku akan kumpul sampah sekejap dekat tepi then terus letak penyapu tu dan segera ke bilik air utk berwudhu’.

Tapi itulah. Itu semua cerita lama. Sekarang kemanisan solat tu semua dah hilang bila aku dah habis belajar. Mungkin setahun atau dua tahun sahaja kemanisan solat tu kekal dgn aku. Aku pun dah tak ingat.

Dekat rumah, aku dah mula lewatkan solat. Aku sendiri tak ingat macam mana aku boleh timbul rasa nak lewatkan solat. Mula mula lewat 15 minit, lepas tu jadi setengah jam, lepas tu jadi sejam, lepas tu dah tinggal 10 minit nak habis waktu barulah aku nak berlari cari toilet ambil wudhu’.

Akhirnya, aku tinggalkan solat. Bila kau dah biasa lambatkan solat, yes, lama lama kau akan tinggalkan solat terus. Sebab kau tengok jam pun dah tinggal 5 ke 10 minit je, baik kau tinggalkan terus. Betul tak? Tak payah terkejar kejar dah.

Kalau dulu aku rasa gelisah masih tak solat lagi bila dah masuk waktu, sekarang aku tak rasa apa apa pun bila aku tak solat. Solat aku on off. Even sekarang aku dah berkahwin pun, solat aku masih on off. Cuma kebanyakan masanya aku masih solat berbanding tak solat.

Pernah dengar kan orang cakap “Berubah itu mudah, tapi utk istiqomah itu yang payah”. Yes, itulah yang terjadi pada aku sekarang.

But surprisingly, aku masih menutup aurat dengan sempurna until this day. Allah tak cabut langsung perasaan utk aku ubah semula penampilan aku kepada cara yang lama, sedangkan ramai di sekeliling aku yang dahulunya bertudung labuh, pakai stokin, pakai handsock, baju longgar dan akhirnya kembali kepada cara pemakaian yang tak dibenarkan agama.

Mungkin juga masih ada sayang Allah pada aku, jadi Dia tak izinkan aku utk 100% jadi teruk. Dia masih selamatkan aku, masih kekalkan aku dalam keadaan menutup aurat.

Dan mungkin juga orang orang yang Allah tak pandu dia utk terus tutup aurat, tapi Allah selamatkan dia dari segi solat. Mungkin orang orang itu semua sampai ke hari ini masih solat dengan sempurna. Who knows? I don’t either bcs I don’t get to see.

Sekarang, aku struggle utk dapatkan balik kemanisan solat aku. Susah, sangat susah. Sampaikan kadang kadang lepas aku solat dan berdoa, aku menangis nangis mengenangkan solat aku sekarang. Aku nak sangat ubah kembali solat aku jadi macam mana sebelum ni. Ada masa aku dapat solat awal waktu, ada masa aku lewat. Dan ada masa aku tinggal.

Allah, kalau lah ada sesiapa tahu apa yang ada dalam hati aku dan macam mana setiap hari dalam hidup, aku niat utk taknak lewatkan solat, taknak tinggalkan solat tapi ada juga yang akan tertinggal dan ada ada juga yang akan lambat.

Sikap aku masa solat aku sempurna dengan sikap aku masa solat aku dah tak sempurna sekarang, memang berbeza. Sampai aku sendiri boleh perasan.

Dulu bila aku jaga solat, aku seorang yang penyabar. Tenang. Aku tak mudah rasa marah. Aku tak mencarut. Bila aku nampak perempuan perempuan yang berpakaian ketat, tidak menutup aurat dengan sempurna aku akan doa dalam hati supaya Allah beri mereka hidayah.

Tapi sekarang, semua tu dah terbalik.

Sabar aku makin hilang, hati aku tak setenang dulu. Aku mudah marah. Ada masa bila aku terlalu marah, aku akan mencarut. Except that I don’t curse in front of people. I only curse when there’s no one around. When there’s only me. And when I’ve cursed, aku akan cepat cepat istighfar. Tapi bukan ke lebih baik kalau aku tak mencarut langsung? Sigh.

Bukan itu je. Aku juga dah tak lagi mendoakan perempuan perempuan yang tak menutup aurat. Instead, aku akan marah dorang dalam hati aku. Aku akan sebut mereka sebagai bodoh sebab pakai baju baju yang ketat. Aku benci dorang.

MashaAllah, banyak sebenarnya yang akan berubah dalam hidup kita bila kita jaga solat atau tak jaga solat. Sesiapa yang duduk dalam keadaan aku sekarang, dia akan tahu. Dia akan nampak dan rasa semua tu.

Dah bertahun dah aku macam ni. Masih struggling hard utk tune balik solat aku. I never knew it’s going to be this hard. Kalau lah aku tahu nak dapatkan kemanisan solat ni semula akan jadi susah, aku takkan mula lewatkan solat dan kemudian tinggalkan. Tapi itu semua “kalau”.

Sebab itu di awal penulisan aku, aku ada sebut;

“Bila kau hilang kebaikan ni, kau akan alami difficult times in life to get it back on track”.

Jadi, sesiapa yang Allah dah bantu utk sentiasa bersolat dan bersolat di awal waktu, tolong lah jangan sia siakan kasih sayang Allah. Kita ni kalau nak jadi baik Allah yang lorongkan dan kalau nak sesat, Allah jugalah yang akan sesatkan.

Maka pilihlah utk jadi manusia yang Allah dorong ke arah kebaikan, bukan kesesatan.

Aku mohon pada sahabat sahabat yang baik yang tengah baca post aku ni, doakan lah kebaikan buat aku. Doakan supaya aku jadi cemerlang dalam solat macam mana aku cemerlang sebelum ni. Aku nak sangat dapatkan balik kemanisan solat tu dan segala hal hal yang positif dalam diri aku mcm mana yang aku ceritakan tadi.

Allah menyebut dalam surah Al-Ankabut ayat ke 45;

“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”.

Ya, aku pernah terhindar daripada perbuatan perbuatan keji dan mungkar itu semasa dalam tempoh hebatnya solat yang aku jaga dan sekarang perbuatan perbuatan keji serta mungkar itulah yang kembali pada aku semula bila solat sudah tidak lagi menjadi keutamaan aku.

Sebab itu Ustaz Ebit Lew juga ada sebut “Orang yang memperbaiki solat ini sebenarnya dia sedang memperbaiki hidup dia”.

Terlalu banyak kelebihan hidup yang kita akan dapat lihat bila kita sangat menitikberatkan solat. Tapi, kalau kita rasa kita seorang yang bersolat tapi solat yang kita kerjakan masih tak mampu utk mengubah diri kita, trust me, ada yang kurang dalam solat kita. Kita mesti cek balik, renung semula solat kita dan tambah baik.

Aku harap perkongsian panjang aku dapat korang manfaatkan dalam hidup. Dapat dijadikan pengajaran besar utk pandu hidup masing masing. Aku bercerita bukan nak buka aib diri, tapi niat aku utk remind korang semua dan utk bagi korang bersemangat supaya tak tinggalkan solat.

Terima kasih banyak sebab sudi luangkan masa untuk membaca.

– Linda

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *