SPM Adalah Permulaan

SPM Adalah Permulaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan pembaca sekalian.

Semalam merupakan hari di mana keputusan SPM keluar. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana anda telah berjaya melayari kehidupan sebagai pelajar sekolah selama 17 tahun dan tahniah atas keputusan anda semua. Anda semua memang pelajar yang hebat.

Tujuan confession ini ditulis adalah untuk berkongsi pengalaman dan memberikan sedikit semangat kepada adik2 yang rasa down dengan keputusan yang diterima hari ini. Adik2, percaya atau tak, terima atau tak, sedih atau tak, itu semua adalah keputusan yang kita dapat atas usaha kita sendiri selama ini.

Result yang kurang cemerlang adalah ujian dari Allah. Result yang cmerlang juga adalah ujian dari Allah. Mungkin Allah nk uji tahap sabar, syukur dan redha kita bila dapat result yang kurang. dan mngkin Allah nk uji thap syukur, riak dan sombong bila dpat result yang cemerlang. Allah itu adil, dia bagi apa yang kita perlu bukan kita nak.

Ada orang cakap SPM bukan segalanya, ada jugak orang cakap SPM adalah pengakhirannya. Tapi, bagi saya seorang budak kampung yag hidup serba sederhana, SPM adalah sebuah permulaan kepada kehidupan seterusnya. Beberapa tahun yang lalu, bila dapat tahu dapat result yang kurang cemerlang which means bilangan A tu nampak tak nampak jer dalam slip keputusan hati memang sedih rabak sebab time percubaan result punyalah gempak.

2 3 hari berkurung dalam bilik sebab tak dapat nak terima knyataan time tu rsa diri ni useless sangat sbb sebelum dan sepanjang exam akan stay kat sekolah smpai 6 7 petang untuk study then balik rumah bangun pkul 2 3 pg sambung study dengan solat hajat tahajjud tambah2 lagi sekolah, guru2, family harapkan kita dpat bnyak A dan cemerlang. Tapi kenyataannya TIDAK.

Tapi, lepas fikir2 balik kenapa nak bersedih? Allah tahu apa yang terbaik untuk kau. Sesungguhnya perancangan Allah lebih baik. Lepastu, saya terus bangkit dari kesedihan dan move forward utk smbung belajar. semua saya apply dri SPA, UPU, matriks, biasiswa semua saya tapau walau saya tahu mustahil untuk saya dpat semua tu dengan result yang sedemikian rupa.

Tapi, saya tetap teruskan niat dan dah berazam kalau dapat mana2 insitusi yang saya apply, saya akan tebus balik kesilapan sewaktu SPM dulu2. And YES aturan Allah adalah yang paling cantik dan hebat. kalau difikirkan balik, mustahil saya dapat berada pada keadaan sekarang kalau dapat keputusan yang cemerlang malah mungkin lebih teruk dari perjalanan hidup yang sekarang.

Jadi adik2, tolong redha dengan keputusan yang dapat dan ambik nilai yang positif. Tak salah nak bersedih dan menyesal tapi jangan sampai menyalahkan takdir dan berfikir negatif tentang Allah. percayalah, once kita redha dan bersyukur dengan hati yang terbuka, Allah akan lebihkan lagi rezeki kita malah mudahkan lagi perjalanan kita untuk capai kejayaan.

Kejayaan adalah subjektif. Tak semestinya bila dpt kerjaya yang bagus duit yang banyak kita dah berjaya. Tak. Kejayaan tu bila kita puas dengan apa yang kita dapat. Tapi, nak dapatkan kejayaan dan aturan yang cantik dari Allah kena la jugak usaha. Usaha sebaik mungkin, then tawakal, dan serahkan pada Allah. Disamping tu, jangan pulak lupa dengan restu mak ayah kita, sebab restu Allah tu ada pada restu ibu bapa. Kalau ibu bapa kita restu dan redha dengan apa yang kita buat, in shaa Allah, Allah juga redha.

Time dekat uni dulu2, pada suatu hari, time nak exam saya sibuk dengan study smpai saya lupa call parents sebab dalam sehari wajib call sekali, sekejap pon takpa sbb mak ayh bukan nak dengar sangat kita cerita, diorang cuma nak tahu yang anak dia ni ingat tak dekat diorang. Nak dijadikan cerita saya lupa call haritu, saya masuk dewan exam dan tengah2 jawab paper tiba2 saya blank, tak faham dan tak tahu nak jawab apa. Berpuluh kali baca soalan dan still tak faham dia nak apa.

So last2 terpaksa jawab mengarut. Lepastu baru teringat saya tak call mak ayah saya pada hari kejadian. Then, cepat2 saya call diorang mintak maaf semua sebab tak ingat. Last2 result keluar dan subjek tu saya dpt c+ which means lulus je. Jadi adik2 apa2 yang kita buat letak mak ayah pada tempat pertama.. Hiraukan orang2 luar tapi jangan la smpai kecikkan hati diorang.

Pengajaran dekat sini, Allah bagi sesuatu ada sebab. Mungkin apa yang kita nak bukan yang terbaik untuk kita, tapi apa yang kita nak hindar tu la yang terbaik untuk kita. Just follow dan percaya akan setiap aturan Allah. Teruskan life kita, pedulikan orang cakap sebab kehidupan lepas SPM double triple lagi mencabar.

Last words,
BELIEVE IN ALLAH.
ALLAH IS THE BEST PLANNER!

Thank you.

– Hakak

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit