Stop It LGBT Warrior

Stop It LGBT Warrior

Hai, assalamualaikum. Ya, confession ini berkaitan lgbt, terutama pejuang lgbt diluar sana. Me as a “gay in the closet” guy, aku nak cakap kepada pejuang hak asasi lgbt, just stop it la. You guy really mess Malaysia up. Terlalu banyak pandangan, kritikan, sokongan yang aku baca, which is mostly by someone who is straight, which is totally don’t know how its feel to be homosexual human, that I can’t really relate with their words but as the one who is silently in secret, afraid of being recognized as a gay, just want to say something about this. Sikit je.

Di luar sana, terdapat sangat ramai lgbt, ada yang tanpa segan silu bercakap menuntut hak, ada yang sedang mengamalkannya tanpa heboh, dan, lagi ramai lagi yang sedang bertarung dalam diam tanpa mengamalkannya, dan aku adalah golongan itu. Ada juga yang dalam kesangsian, ada yang suka-suka dan banyak lagi yang you can’t expect. Ya banyak cadangan yang aku baca, ada yang terus mengecam, ada yang cuba mendekati, Tapi, apa yang sesungguhnya patut diubah bukan hak hak lgbt, tapi bagaimana layanan masyarakat sahaja.

Jujurnya, aku tak suka apabila mereka tanpa segan silu, siap berbangga dengan perubahan mereka, dan kebanyakkannya, mereka yang transexual. Dear trans, you guys really exceeded the limit, and that is totally wrong. And you guys expect people to accept you? Bermula dengan selebriti2 produk founder yang menggunakan fame untuk kekayaan mereka, dengan cara yang salah. Sehinggalah ke Menteri agama yang siap buat PC untuk golongan ini. Satu sahaja persoalan, perlu kah sampai buat sidang media dengan menjemput “pejuang” lgbt itu? Seriously, menteri itu tak faham, untuk membezakan apa sebenarnya yang mereka nak, dan apa yang mereka perlu.

Yang mereka nak ialah, hak yang sama rata, untuk melakukan segalanya tanpa halangan. Adalah sangat kelakar apabila menteri agama itu seolah membenarkan penggunaan tandas wanita oleh trans, samada beliau tak faham trans itu hakikatnya tetap lelaki, dimana hukum aurat tetap sama, atau dia sengaja mahu menjaga hati mereka? ok, this one really confused me, menteri itu tak boleh fikir ke? dan apa yang mereka nak sebenarnya melebih-lebih daripada apa yang mereka perlu.

Yang mereka perlu hanyalah, layanan tanpa diskriminasi masyarakat terhadap lgbt ini. Maksudnya pendekatan yang lembut tetapi tegas dalam beberapa hal. Aku sangat faham bagaimana membesar diejek sebagai pondan sehingga sekarang. Dan inilah sikap masyarakat yang perlu diubah, bukan menuruti kehendak mereka. Mereka tidak sama dengan manusia normal yang lain, yang sebenarnya mereka dahagakan kasih sayang, daripada orang sekeliling. Tolong ajarkan masyarakat untuk menyantuni mereka, bukan membenarkan tindak tanduk mereka, bukan juga untuk membahan mereka. To me, this is the only core and enough about this issue. Aku yang biasa-biasa ni tak minta lebih, cukup jangan diejek, dipulau dan dibenci. Kerana aku hanya manusia biasa dan aku tahu mana yang betul dan mana yang tidak. Dan aku percaya ramai diluar sana seperti aku, berpakaian seperti normal, ada juga yang berperwatakan lembut. There is nothing wrong being soft. right?

I think this enough to express my view. Sebenarnya mudah je nak faham. Doakan sahaja lah kami ini untuk lebih kuat dan berubah. Kepada lgbt warrior, kamu perjuangkan benda yang salah, accept it. Kalau betul ingin perjuangkan hak, kembali dahulu kepada fitrah, dan perjuangkan apa yang perlu. Terima diri sendiri, kerana tuhan telah menjadikan kita cukup sempurna, anggaplah ini sekadar ujian, yang diberikan kepada yang terpilih. Deal with it. Diluar sana masih ramai yang diuji lebih dahsyat. Selagi kita boleh berjalan, bergerak. Be strong, You are stronger than what people think of you, I know you are. Keep it to God, the best Listener. because human will never understand.

– Joey

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit