Strategi Investment Untuk Gaji Bawah RM1500 Kebawah

Azam tahun baru nak simpan duit kan???

Untuk yang gaji bawah 1500 atau bajet untuk menyimpan bawah RM300 sebulan dan teringin nak buat asb financing, boleh apply bawah 50k….

20k = RM108 sebulan.
30k = RM162 sebulan.
40k = RM220 sebulan.
50k = RM267 sebulan.

Ada budget lebih siket, 100k = RM531 sebulan atau 200k = RM1060 sebulan.

Lepas tu buat Teknik Hybrid (apply setiap tahun)..

Contoh,
Tahun ni apply 50k, tahun depan apply 50k, dan seterusnya sehinggalah cukup max 200k.. komitmen maintain sahaja. X bertambah.

Tahun 1
Apply sijil (1) apply 50k. Commit setahun. Dapat dividen, tahun seterusnya rolling.

Tahun 2
Apply sijil (2) apply 50k. Commit setahun. Dapat dividen, tahun seterusnya rolling.

Tahun 3
Apply sijil (3) apply 50k. Commit setahun. Dapat dividen, tahun seterusnya rolling.

Tahun 4
Apply sijil (4) apply 50k. Commit setahun. Dapat dividen, tahun seterusnya rolling.

Tahun 5
Terminate semua..

Korang akan dapat total lebihan dividen dari rolling dan surrender value dari semua sijil..

Aku ada share sekali kat bawah tu, pada yang kata simpan sendiri lagi bagus tu, ASBF ni kau untungkan bank je. Kononnya kau di tindas oleh sistem kapitalis! Haha!

Ni aku tunjuk, kalau kau simpan sendiri tahun ke 5, kau dapat RM19,115.

Compare dengan kau buat ASBF: tahun ke 5: RM24,336! Jumlah simpanan dan modal sama je.

Kau nak simpan 3 tahun je sebab nak kahwin? Pun boleh. Haa, kau bijak ke, siapa yang bijak? Kalau kau rasa ilmu ni berguna, tag kawan korang dan sharekan di timeline.

Sekian sahaja, semoga bermanfaat.

– Haiqal Azmi

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *